BaB 10/model????

205 17 3
                                    

Thank you for readers...😍😍😍😍
Jgn lupa click bintang kat bawah tu utk vote⭐⭐⭐

Sudah dua minggu Zara asyik menerima mesej daripada Haziq@mamat emoticon yang agak berbaur jiwang pada setiap malam.Dan semenjak itu jugaklah kehidupan dia jadi tak tenang.Entah apalah masalah mamat emoticon ini pun dia tak tahu.Kalau nak mesej pun,tulis jelah huruf tak payah nak emoticon love,kisslah bagai.Hish...Menakutkan betul.

Zara yang sedang duduk di kerusi yang tersedia di laman rumah sambil membelek telefonnya hanya memerhati Alongnya yang sedang sibuk mencuci kereta di garaj.Maklumlah hari cuti,itu sajalah yang selalu dilakukan Alongnya.Lain pula dengan Angah yang masih sambung berdengkur selepas subuh tadi.Lagipun Along dan Angahnya ini bukannya ada girlfriend pun nak diajak dating hujung-hujung minggu macam ni .Dua-dua pentingkan kerja.Asal ditanya nenek,mulalah buka cerita lain.Atuk dan Nenek sudah keluar awal pagi tadi.Katanya menguruskan hal untuk majlis perkahwinannya nanti.

Haa...Cerita tentang majlis aku.Alhamdulillah...Urusan akad nikah semua dah settle.Tinggal nak nikah aje.Hehe...Banyak yang
dah settle,itupun atas pertolongan dan kerjasama kedua-dua keluarga. Barang hantaran untuk Damian pun aku hanya beli sendiri menggunakan saiz-saiz yang sudah diberi Mummy. Rancangnya nak pergi beli sama-sama,at last Mummy beritahu yang Damian kena outstation. Huhu...Tak dapat nak jumpa bakal encik suami.Hehe...Dah makin gatal kau sekarang Zara.

"Haa...Dah kenapa tersenyum sorang-sorang tu?Teringat bakal suamilah tu."Zara pantas menoleh ke arah datangnya suara itu.

Alongnya sudah tersenyum tayang gigi ke arahnya sambil tangan masih menggosok keretanya yang masih bersabun.

"Mmm...Mana ada."

"Jawab pun gagap.Tak nak mengaku pulak tu."Usikan Alongnya tidak diendahkan.

Tiba-tiba Zara teringatkan sesuatu yang sudah lama disimpan untuk ditanya kepada Ziqri.

"Hah...Memandangkan Along dah cakap pasal bakal suami Adik ni,Adik nak tanya satu soalan,boleh?" Zara sudah bangun mendekati Ziqri yang masih khusyuk membasuh.

"Apa dia?Tanyalah." Tangan Ziqri masih sibuk menggosok keretanya.

"Hmmm...Along kan kenal dengan Damian tu,kan?" Ziqri mengangguk.

"Adik nak tahu tentang latar belakang Damian daripada Along,boleh?" Terhenti seketika kerja Ziqri bila mendengar soalan Zara."Yalah,Adikkan bakal isteri dia.Naklah jugak tahu pasal bakal suami Adik."Zara memandang tepat ke arah Ziqri.

Ziqri memusingkan tubuhnya memandang Zara.

"So,Adik sekarang nak tahulah tentang siapa sebenarnya Damian Harraz@bakal suamimu.Hahaha..."Ziqri sudah tersenyum memandang Zara sambil menjongketkan sedikit keningnya.

Zara menjeling Ziqri.Setelah itu dianggukkan kepalanya.

Ziqri sudah berjalan ke arah kerusi yang diduduki Zara sebentar tadi.Zara hanya membuntut lalu menarik kerusi di hadapan Ziqri.

"So,apa je yang Adik nak tahu tentang dia?"Mata Ziqri difokuskan kepada Zara yang tampak sudah bersedia.

"Apa nama sebenar Damian?"

"Damian Harraz bin Dahlan."

"Umur?"

"26 tahun." Ziqri menjawab tenang.

"Dia kerja apa?"

"Hmm...model."Tiba-tiba terlintas di kepalanya untuk membuat kejutan tentang pekerjaan bakal adik iparnya itu.

"Model?"Keningnya dijungkitkan sebelah.

"Yalah...Model.Why?."Ziqri mengelap peluh yang menitis.Senyumannya disembunyikan.

"Ohh...ok.Thanks Along."Zara sudah tersenyum lebar.

Tiba-tiba ada suatu bunyi yang kuat menarik perhatian Zara dan Ziqri.Terus kedua-duanya memandang ke langit di mana datangnya bunyi tersebut.

"Arghhh...Bakal suami Zara ada dalam tu."Zara menjerit.

Ziqri sudah memandang dengan pandangan menyampah.

"Eh...Jangan nak perasan sangat.Lupa ke future husband awak tu kerja apa?" Senyuman dilorekkan sedikit.

"Ya Allah,semoga bakal suami hambaMu ini ada dalam kapal terbang tu.Amin."Tangan diraup ke muka.Dipandang wajah Ziqri yang selamba.Tidak diendahkan percakapan Alongnya tadi.

"Along!'Amin'kanlah doa Adik ni."Didekatkan wajahnya ke telinga Ziqri lalu dijeritkan.

Terkejut Ziqri.Terasa macam baru sedar ke dunia baru.Wajahnya serta-merta dipalingkan memandang ke sebelah dengan riak muka yang marah.

Zara di sebelah sudah tersengih tayang gigi melihat wajah Alongnya.Liur ditelan berkali-kali.Baik kau lari dulu Zara sebelum...Arghhh!!!

Ziqri sudah mengejar Zara keliling rumah.Lintang-pukang Zara berlari sambil mulutnya tidak berhenti menjerit.Kecoh sungguh.Penat berlari akhirnya Zara berhenti di sebelah pemandu kereta milik Ziqri.

"Okey...okey...Dahlah Along.Adik minta maaf sangat-sangat.Please..."Gigi putih miliknya ditayangkan ke arah Ziqri yang berdiri di sebelah bahagian penumpang.

"Okey..."Jawab Ziqri meleret sambil mata memandang ke arah suatu sudut."Tapi dengan satu syarat..."Tangan terus laju menarik getah paip yang tergantung pada paip air.

Zara yang tidak perasan perbuatan abang sulungnya itu sudah mengecilkan mata.Takkan nak maafkan pun perlu ada syarat.

"Hmm...Apa syaratnya?"

"Syaratnya Adik kena tolong Along basuh kereta."Serentak itu getah paip dihalakan terus ke arah Zara.

Zara yang terkejut disimbah dengan air serta-merta menjerit kuat.Lantas aksi kejar-mengejar bermula sekali lagi dalam keadaan Zara dan Ziqri yang basah.Getah paip direbutkan.

"Hoi!Apa ni main kejar-kejar,budak-budak sangatlah korang berdua ni."Suara Zaqim mengejutkan mereka berdua yang sudah basah lencun dengan air.

Aksi kejar-mengejar tadi terhenti seketika sebelum Ziqri merampas getah paip dari tangan Zara dan terus dihalakan terus ke wajah Zaqim yang masih mamai baru bangun tidur.

"Budak-budak sangat eh..."Zaqim sudah menjerit.

"Siaplah korang!Hish..."Ziqri dan Zara sudah tergelak kuat melihatkan wajah Zaqim yang baru lepas disimbah air.

Aksi kejar-mengejar bermula sekali lagi.Kali ini bukan berdua tapi bertiga.Orang yang kata main kejar-kejar itu 'budak-budak sangat' akhirnya termasuk sekali.

Pagi itu,rumah mereka hanya dipenuhi dengan suara gelak ketawa bahagia tiga beradik.Mujurlah Atuk dengan Nenek tiada,kalau tidak mesti dah kena jerit.Semoga keluarga ini kekal bahagia hingga ke akhirnya.

*****

Maaf korang...sikit je I dapat bagi...
Jgn lupa click ⭐⭐⭐⭐ kat bawah tu





Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now