BaB 3/Angau

318 10 3
                                    


Kat atas ni gambar Zara...Cantik tak???
I suka sangat dengan dia....

Pulang sahaja dari rumah Atuk Ishak.Damian terus melangkah ke bilik selepas menghantar Atuk ke biliknya.Songkok diletakkan di atas meja sisi katil.Badannya terus dibaringkan ke atas katil.Mata diarahkan memandang siling bilik itu.

Tiba-tiba terbayang sekilas wajah adik sepupu Ryan yang diperkenalkan kepadanya tadi.Terus Damian tersedar daripada bayangan tadi.Apa kau ni Mian!! Sejak bila kau terbayang anak dara orang ni.

"Astaghfirullah hal azhim."Terlafaz istighfar di bibir.

Terus dirinya bingkas bangun dari baringan menuju ke bilik wardrobe.Baju melayu yang tadinya dipakai diganti dengan Tshirt dan tracksuit.Keluar sahaja dari bilik wardrobe,langkah kakinya diatur turun ke bawah.

Ketika sampai di bawah,Damian terus menuju ke bilik Atuknya.Pintu bilik itu direnggangkan sedikit untuk melihat keadaan Atuknya itu.

"Atuk!!"Muka dijengulkan sedikit.

"Kamu Mian,masuklah.Ada apa kamu ke sini?"Pelik melihat cucunya muncul saat orang lain sudah siap untuk tidur.Dia sendiri sudah berada di atas katil sedang bersedia untuk tidur.

"Saja nak jenguk Atuk.Atuk,Mian minta maaf sebab hari tu tak dapat join Atuk dinner dengan family Atuk Ishak.Mesti Atuk kecewa dengan Mian,kan?"Sayu Damian memohon maaf daripada Atuknya.

"Dahlah,Atuk dah maafkan kamu.Atuk faham itukan kerja kamu.Atuk tak kecewa langsung pun dengan kamu."Faham sangat dah dia dengan cucunya yang seorang ni.Cucunya ini kalau boleh tak nak kecewakan atau dibenci sesiapapun.Bagi dia seperti apa yang dibuat selepas itu tidak direstu selagi dia belum memohon maaf.

"Betul ni,sikit pun tak kecewa dengan Mian?"Katanya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan oleh Atuknya.

"Be...tul.Hish...budak sorang ni."

"Terima Kasih,Atuk.Love You.Muah."Manjanya dia hanya ditunjukkan dengan Atuk dan ahli keluarganya sahaja.Biasalah lelakikan mesti nak tunjuk sado pada luaran tapi dalaman ada taman.haha...

"Oklah,Tuk.Mian masuk bilik dulu.Good Night."Damian menarikkan selimut Atuk Yusuf menutup sehingga ke paras dada.

"Night."

*****

Tepat jam sebelas malam.Tetamu sudah beransur pulang.Lega hati mereka akhirnya selesai juga majlis yang dirancang hampir 2 minggu ini.Kini tinggal mereka berempat yang cucu-cucu ini sahaja termasuk Abang Ryan.Itupun atas belas kasihan dia untuk membantu.Kalau tak memang kami bertiga sajalah.

Atuk dengan nenek sudah dipaksa oleh mereka untuk berehat.Zara dan Zaqim ditugaskan membasuh pinggan manakala Ziqri dan Ryan mengambil alih mengemas khemah.

"Adik,tak terpikat ke kat cucu Atuk Yusof tadi?"Sengaja Zaqim mengusik adiknya.

"Apa Angah ni.Tak payah nak terpikat sangatlah.Kan dia dah ada tunang ke isteri entah yang tadi sebelah dia tu."Balas Zara.Memang taklah dia nak rampas orang punya.

"Hah...Bila masa Damian tu ada isteri.Tak silap Angah dia memang belum kahwin.Adik ni biar betul."Pelik Zaqim dengan jawapan adik dia.

"Alah...Yang tadi tu.Yang duduk sebelah dia tu."Terang Zara.

"Apanya.Itukan adik dia.Adik ni apalah.Suka-suka hati dia je cakap orang tu dah kahwin."Keluh Zaqim.

Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now