BaB 8/Terkejut

229 7 0
                                    

"Semua pun dah setuju,jadinya majlis diorang berdua ni hujung bulan depanlah,kan?Tak lama dah tu.Yang bekerja tu mintalah cuti cepat-cepat,takut nanti time-time itulah yang kamu takde.Keluarga kita bukan ramai mana pun.Sorang takde,macam sepuluh orang takde tahu?"Seloroh Atuk Ishak disambut gelak dengan yang lain.

Ziqri dan Zaqim sudah mengangkat kening sesama sendiri,tahulah mereka yang atuk sedang memerli mereka berdua.

"Pesan sekali pada cucu aku tu Ishak.Takut nanti masa majlis itulah yang dia nak 'terbang'.Bukan boleh percaya budak sorang ni."Sambut Atuk Yusuf mengenakan sekali cucunya.

"Hish...Takdelah Tuk.Dah kata majlis Mian,takkanlah tak cuti.Kalau Mian terbang pun,takdenya Mian nak tinggalkan wife to be Mian tu sorang-sorang."Damian memandang ke arah Zara.

Zara yang terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Damian terus mengangkat kepala memandang.Pandangan bertaut dengan Damian.Lama.Suara di sekeliling sudah tidak dihiraukan mereka.Mereka seperti berada di dalam dunia lain.

Tiba-tiba kedengaran deheman orang yang bersambut-sambut.Tersentak kedua-duanya.Pandangan kedua-duanya terus dialihkan ke arah lain.

"Kamu berdua ni dah kenapa?Sakit tekak ke?"Nenek mengalihkan pandangan ke arah dua orang cucu lelakinya itu.

"Hah...Takdelah nek.Mungkin tadi kami makan tak sempat nak minum air, itu yang tekak ni rasa panas aje."Perkataan 'panas' itu ditekankan.

"Hish...kamu berdua ni.Macam-macamlah."Menggeleng nenek dengan perangai cucu-cucunya.

Zara yang sudah tahu gerangan siapa yang berdeham tadi lambat-lambat dia menggerakkan mukanya memandang ke arah sofa yang paling hujung yang diduduki oleh kedua-dua abangnya itu.Dalam hatinya sudah kecut.Mesti Along dengan Angah perasan.Habislah aku!

Ziqri dan Zaqim terus membuat isyarat mencucuk mata pada Zara.Bagai membawa maksud 'cucuk mata tu nanti'.Sengaja menggerunkan adik mereka.Dalam hati seperti hendak gelak berguling-guling melihat muka gerun Zara.

*****

Usai sahaja perbincangan tadi,Atuk-atuk mereka masih lagi meneruskan perbualan tentang kisah-kisah dahulu mereka.Damian meminta diri ingin ke luar melihat sekeliling rumah katanya.

Zara pula disuruh nenek untuk menggoreng pisang nangka yang sudah beberapa hari diperam itu.Dahlia dan Dania yang sudah bangun ingin mengikut Zara ke dapur dihalang nenek dan Zara.'Takkanlah tetamu yang tolong' kata nenek.

Ziqri dan Zaqim yang melihat Zara keseorangan di dapur terus mengikut langkah adiknya itu.Kasihan pula mereka melihat Zara.Dari pagi tadi tidak berhenti kerjanya.Dari memasak,mengemas,mencuci semua dia buat.Nenek mereka juga tidaklah begitu sihat,jadi memang semua kerja di rumah ini diserah kepada Zara seratus peratus sepanjang ketiadaan Mak Leha di sini.

Sampai sahaja di dapur,Zara mengambil pisau dan terus pergi ke bangsal di belakang rumah.Pisang nangka yang sudah kuning di atas meja yang terdapat dalam bangsal itu disisir dengan pisau.Setelah mendapat dua sisir pisang untuk digoreng,badan dipusing ingin kembali ke dalam rumah.

Arrgghhh!!!!Zara menjerit.

Arghhhhhhh!!!!

"Awak...awak.Ini sayalah Damian Harraz,bakal suami awak."Terkejut dirinya saat Zara menjerit di hadapan mukanya menyebabkan dia juga terjerit sama.Niatnya ingin menegur Zara,tapi belum sempat ditegur dia dijeritkan dulu.

Terdiam Zara.Mata yang tertutup dibuka perlahan.Terlihat riak wajah Damian yang cemas.Malunya aku!Sekali lagi.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?"Pelik melihat lelaki itu di situ.

"Tadi saya jalan-jalan keliling rumah ni.Lepas tu saya nampak awak kat sini.Saya fikir nak datang tegurlah tapi tak sangka pulak yang saya akan ditegur dengan jeritan."Senyuman dihadiahkan kepada Zara.

"Salah awaklah yang tiba-tiba duduk belakang saya macam tu.Mahu tak saya menjerit.Yalah...Tadi saya datang sini sorang tapi tiba-tiba ada orang kat belakang saya."Jawab Zara berani.

"Adik,kenapa?Kenapa ni?"Jelas riak cemas di wajah Ziqri dan Zaqim.Nafas mereka laju bagai baru lepas lari Marathon.

Zara dan Damian sudah berpandangan sesama sendiri.

"Haa...Damian,kenapa ni?"Mata dialihkan pula memandang bakal adik iparnya inginkan jawapan.

"Along,Angah.Sebenarnya takde apa-apa pun jadi.Cuma Adik aje yang terkejut tiba-tiba ada orang kat belakang Adik.Itu yang menjerit tadi."Zara sudah tertunduk malu.

Ziqri dan Zaqim sudah mengetap bibir.Rupanya hanya sebab terkejut saja.Kalau adiknya itu menjerit masih boleh diterima tapi apabila kedengaran jeritan Zara disambut dengan jeritan seorang lelaki.Siapa aje yang tak risau.

"Ziqri,Zaqim.Kenapa dengan Zara tu?"Kedengaran suara risau atuk Ishak dari arah pintu belakang rumah.

Keempat-empat mereka terus terdiam.Berpandangan sesama sendiri.

"Takde apa-apalah Tuk.Zara nampak katak 'besar' tadi.Itu yang terjerit tu."Jerit Ziqri dari bangsal.Sengaja ditekankan perkataan 'besar' itu.Mata memandang terus ke arah Damian.

Damian di sebelah sudah tersenyum malu.Zara pula masih menunduk.Tak sanggup dia melihaat pandangan tajam kedua-dua abangnya itu.

"Hish...Macam-macamlah kamu ni.Risau atuk dengar dia menjerit tadi.Hah...kalau macam tu Atuk ke depan dulu.Eh!Lupalah pula...Kalau kamu jumpa Damian beritahu dia yang keluarga dia dah nak bertolak balik.Tadi abang ipar dia cari kat depan tak jumpa."Kaki terus melangkah ke ruang depan menyambung semula perbualan yang masih tergantung dengan tetamunya angkara cucu perempuannya itu.

"Baiklah Tuk."

Damian yang tadinya diam terus meminta diri ke dalam rumah.Sebelum pergi sempat dia meminta maaf dari Ziqri,Zaqim dan Zara.

"Sukalah tu dapat jumpa bakal suami depan-depan."Zara yang dari tadi diam diusik Zaqim.

"Apa angah ni.Dahlah Zara nak masuk dalam.Tengok,dah tak sempat Zara nak goreng pisang tanduk ni."Disuakan pisang tanduk yang berada di tangan kepada Zaqim."Ini semua salah Along dengan Angahlah ni."

Kaki terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil dihentak-hentakkan ke tanah.

"Eh...Salah dia kita pulak yang kena."

Terburai ketawa mereka berdua melihat gelagat Zara.


Nanti sy smbung lgi eh
Maaflah bab yg ni pendek sikit
Oklah byeeeee












Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now