BaB 6/Gelisah

249 11 2
                                    

Jejak sahaja kaki di Malaysia.Telefonnya dihidupkan.Debaran di dada masih terasa malah bertambah kuat.Jawapan kepada persoalannya akan terjawab sebentar nanti.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bimbangnya dia saat ini.

Dari jauh Damian sudah dapat melihat kelibat Adiknya yang sedang melambai ke arahnya.Sebelum berangkat semalam memang dia sudah berpesan kepada Adiknya untuk mengambilnya di Airport.Ini semua disebabkan dirinya teringin sangat untuk mengetahui jawapan itu secepat yang boleh.

Sampai sahaja di hadapan Adiknya,Dania terus menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Adik dah lama sampai ke?"Soal Damian.

"Taklah.Baru juga.Apasal Abang tiba-tiba minta Nia ambil ni?"Pelik dengan Abangnya yang telefon meminta dia supaya mengambilnya di Airport.Kerana kalau biasanya Abangnya akan menolak apabila ditawarkan untuk diambil.

"Lah...Tak boleh ke Abang nak manja- manja dengan Nia.Biasanya Nia juga yang selalu offer nak ambil Abang.Hari ni Abang sajalah nak kasi chance pada Nia untuk ambil Abang."Ujar Damian ingin menyembunyikan niat sebenar.

"Ok.fine."Balas Dania sambil menarik beg luggage Abangnya itu menuju ke kereta.

Suasana di dalam kereta agak sunyi hanya suara radio sahaja yang berkumandang ketika itu.Dari tadi Dania perasan Abang asyik menoleh ke arahnya seperti ingin memperkatakan sesuatu.Abangnya ini dah kenapa.Tengah drive tu pandang jelah ke depan.

"Abang nak cakap apa?Cakap jelah."Ujarnya apabila melihat Abangnya masih lagi seperti tadi.

"Hmmm...Nia tahu tak pasal jawapan dari pihak Atuk Ishak tentang hasrat Abang tu?"Takut-takut Damian mengutarakan soalan.

"Hah...Nia dah agak dah Abang memang ada agenda tersembunyi minta Nia ambil ni.Tak tahu.Kalau Nia tahu pun,Nia tetap takkan beritahu Abang."Dengan gaya sombong dia menjawab.

"Sikit pun?"Meminta belas kasihan Adiknya.

"Sikit pun takkan."Katanya sambil tangan berpeluk tubuh.

"Kejamnya."Fikirnya Adiknya itu akan memberitahu lebih awal tetapi hampa.

"Kejam tak kejam.Abang tetap kena dengar daripada mulut Mummy and Atuk."Tetap pendirian betul Adiknya yang seorang ini.Fikir Damian,dia akan mendapat tahu jawapan itu lebih awal.Sabarlah Damian.

Sampai sahaja di rumah.Suasana hanya berjalan seperti biasa.Masuk rumah je Mummy dengan Atuk sambut.Damian menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-duanya.Atuk tak nak tarik tangan aku ke?Mana tahu nak bisik ke?Damian pelik dengan semua orang yang beriak biasa seperti tiada apa-apa yang terjadi.Takkan takde apa-apa kut.

Tanpa berlengah Damian terus melangkah naik ke bilik untuk membersihkan diri.Fikirannya masih memikirkan mengenai perangai Mummy,Atuk dan Adiknya sebentar tadi.Semua orang macam tak peduli saja perasan aku ni.Hish...Tak boleh jadi ni.

Selesai mandi,Damian merehatkan badan yang penat berada di dalam kapal terbang hampir sehari itu.Sedang termenung memikirkan jawapan apa yang bakal dia terima nanti,tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.

Tuk..Tuk...Tuk

"Damian!!!Kamu buat apa dalam bilik tu?Mari turun makan,jom."Suara Mummy kedengaran di sebalik pintu.

"Ya,Mummy.Tak buat apa pun."Mukanya dijengulkan sedikit.

"Dah,jom turun makan.Semua orang dah tunggu kamu kat meja tu."Risau anaknya tidak turun-turun padahal sudah dipesan sebelum Damian naik tadi.

Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now