BaB 4/Mimpi

284 9 0
                                    

"Haziq!!!"Terkejut Zara melihat gerangan orang yang dipandang Wani.Terangkat bahu Wani akibat terkejut dengan jeritan Zara yang sedikit kuat itu.Terus ditepuk bahu Zara.Zara terus memandang wajah sahabatnya itu.

"Kau dah kenapa menjerit tiba-tiba?"Marah Wani dalam keadaan suaranya diperlahankan.

"Sorrylah aku terkejut jumpa mamat ni."Jawab Zara dalam nada berbisik.

"Kau ken..."Terhenti percakapan mereka bila ada suara yang menegur.

"Excuse me.Saya masih ada di sini."Haziq menyapa.

"Oops...Terlupa pula ada orang." Jawab Zara dan Wani.

"Zara,kan?Dah lama tak jumpa you.Apa cerita sekarang?Masih menunggu pilot yang you nak tu atau dah dapat?"Soal Haziq dengan nadanya agak sinis.

Siapalah yang tak kenal Zara yang punya impian paling pelik ketika sesi orentasi di universiti dulu,ketika ditanya apakah impiannya ketika dewasa nanti.Jawapannya sangat selamba sambil menayangkan riak muka biasa.Dia ingin bersuamikan seorang pilot.Angan-angan yang bagi orang lain adalah sangat kebudak-budakan dan kelakar.Tetapi bagi Zara itu tetap satu impian yang dia ingin capai tak kira apapun yang orang cakap.

Wani memandang wajah rakannya itu.

"Dia tahu?"Pelik Wani macam mana lelaki di hadapan mereka ini tahu Zara mempunyai impian itu.

"Ya,kenapa?Ada masalah?.Memang dah lama kita tak jumpa.Tapi I lagi suka kalau kita memang takkan jumpa sampai bila-bila.Oh ya,pasal pilot tu.I memang dah ada dan bakal jadi suami je hujung bulan ini.Pilot tetap di hatiku."Balas Zara dengan nada berlagak.Senyuman sinis dilemparkan.Wani di sisi sudah tergejil matanya.Zara memang tak suka dengan lelaki ini daripada dulu lagi.

"Wow!!!Impressive!!!Akhirnya impian you jadi kenyataanlah ni.You tak nak jemput I datang kenduri you ke?I naklah juga tengok siapa lelaki juruterbang yang jadi pilihan you tu."Nadanya masih berlagak.Kecewa di hatinya ditahan.

"Perlu ke I beritahu you?"Tanya Zara.

"Eh,yelah.I kan senior you.Ha...Mana phone you?I nak bagi phone number I.Nanti senang you nak jemput." Terus telefon bimbit Zara yang digenggam dari tadi dirampas.Zara dan Wani hanya ternganga tanpa sempat menghalang.Tak malu betul!!

"Ni phone number I.Nanti you call jelah I.I sanggup datang untuk you.Oklah,I balik dulu.Bye." Telefon bimbit Zara dipulangkan semula dan terus berlalu.Zara dan Wani sudah saling berpandangan.

*****

"Pelik betul mamat tadi.Aku baru je nak falling in love dengan dia.Teruk betullah."Rungut Wan selepas keluar dari restoran tadi.

"Kan?Tulah,daripada dulu aku memang tak berkenan dengan dia."Harap-harap Wani taklah ungkit pasal kisah pilot tadi.Kalau tak,masak aku.

"Tapi aku sedih betul dengan kau.Kau dah nak kahwin dah,tapi bukan nak inform aku dulu.Sedih tau."Wani memuncungkan bibirnya.Aduh!Masak aku nak jawab apa ni.

"Hmmm...Hmmm.Sebenarnya aku saja je cakap macam tu.Sebab aku tak naklah dia kutuk aku sebab ada impian macam tu.At least,macam jadi kenyataanlah." Serba salah Zara hendak memberitahu.

Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now