BaB 2/Jumpa

331 13 0
                                    

Gambar kat atas ni...Damian tengah otw ke rumah Atuk Ishak...huhu

Tangannya menarik luggage sambil mata tertancap pada Iphone 6 di tangan.Suasana yang agak bising di KLIA itu tidak sedikit pun mengganggunya.Tiba-tiba terasa bahunya dicuit membuatkan dia terus berpaling.

"Mian,penat aku panggil kau dari tadi.Fokus betul kau dengan telefon tu."Keluh Ryan.Mana taknya dari tadi dia panggil tapi Damian masih tak menoleh.Apa yang best sangat dengan telefon tu pun tak tahu.Nak kata dia ni ada girlfriend,memang taklah.Berlambak je perempuan nak dekat tapi sorang pun dia tak layan.

"Hoi!!"Tadi panggil kemain beria,bila dah menyahut dia berangan pula.

"Ha...Apa?"Sempat pula kau termenung Ryan.Hihi...

"Eh,bukan kau ke yang beria panggil aku tadi?"Tanya Damian semula.

"Oh...Ya...Lupa pula aku.Ni aku nak tanya,esok kau free tak?"Dia merancang untuk mengajak rakannya itu pergi ke kenduri arwah di rumah sepupu belah ibunya memandangkan kedua ibu bapanya tiada di Malaysia jadi dia terpaksa mewakilkan mereka.

"Kenapa kalau aku free pun?Kau nak ajak aku jumpa girlfriend kau eh?"Damian tersenyum sambil menepuk bahu Ryan.

"Banyaklah kau.Aku nak ajak kau pergi rumah sepupu aku.Dia buat kenduri arwah.Kau pun tahu kan Ummi dengan Baba aku takde kat sini.So,aku kenalah jadi wakil diorang."Luah Ryan memandangkan dia pun dah tak tahu nak ajak siapa lagi.

"Sorry bro.Tak bolehlah.Aku dah janji dengan Atuk aku untuk ikut dia pergi rumah kawan baik dia esok.Dahlah hari tu aku dah janji dengan dia time dia nak dinner dengan kawan baik dia tu,tiba-tiba si Fariz tu pula minta aku ganti pergi Amsterdam.Ni tengah nak try pujuklah ni,tu yang siap dah janji nak ikut dia pergi rumah kawan baik dia tu."

"Ohh...Takpelah kalau macam tu.Kesian pula pada Atuk kau.Ambillah hati dia balik.Orang tua ni kalau dah merajuk,susah nak pujuk tau."Cakap berdasarkan pengalamanlah tu....haha.

"Ha..oklah bro.Aku gerak dulu.Adik aku dah tunggu tu." Tangannya membalas lambaian si adik yang berdiri di tepi kereta.

"Oklah.Aku pun nak gerak baliklah.Assalamualaikum."Pamit Ryan.

" Waalaikumussalam."Jawab Damian.

*****

T

angan Zara lincah menolong mengisikan kuih karipap ke dalam bekas buffet.Suasana di rumah itu sangat meriah dengan kehadiran jiran-jiran yang datang membantu mereka untuk menyiapkan juadah untuk para tetamu yang akan hadir selepas maghrib nanti kerana majlis kenduri arwah itu akan bermula selepas maghrib.

"Dik,kuih tu dah siap penuhkan ke belum?"Tersentak Zara dengan teguran Angahnya itu.

"Hah...Apa?"Tanya Zara dalam keadaan masih blur.Terkelip-kelip matanya memandang abang keduanya itu.

"Ha...Berangan lagi.Tu...Kuih karipap tu dah siap masukkan ke belum?Angah dah nak bawa ke depan dah ni."Jelas Zaqim.

"Oh...Ya.Dah...Dah."Malu dia.Terkantoi berangan depan Angahnya pula tadi.

"Hish...budak sorang.Berangan je kerjanya.Kalau macam ni Angah suruh Along kahwinkan jelah Adik ni." Usik Zaqim.

"Hish...Ape Angah ni.Dahlah pergilah depan hantar bekas ni.Orang nak sambung buat kerja lain pula.Bye!!!"Zara terus berlalu meninggalkan Angahnya yang masih tersenyum memandangnya.

Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now