BaB 7/Malu

253 7 2
                                    


Lagu ni suwit-muwit je muzik dia...Same dgn cite ni sweeet sgt...😘😘😘😘


"Hujung minggu ni ya?Baiklah.Dalam pukul berapa tu,Suf?Ha...Oklah kalau macam tu.Waalaikumsalam."Jawab Atuk Ishak dengan telefon bimbit di telinganya.

"Kenapa Atuk Yusuf call,Tuk?Dia nak datang ke?"Soal Zara apabila melihat rancak Atuknya bersembang di telefon.

Malam ni mereka sekeluarga hanya bersantai di hadapan televisyen setelah usai makan malam.Maklumlah esok kerja,jadi semua hanya merehatkan diri sahaja di rumah.

"A'ah,diorang nak datang hujung minggu ni,katanya nak bincangkan tarikh untuk majlis kamu nanti."Jelas Atuk sambil memandang ke arah Zara."Haa...Kamu jangan nak keluar pula hujung minggu ni."Sambung Atuk Ishak.

"Adik takkan keluar punya Tuk,percayalah.Sukalah Adik tu.Nak jumpa bakal suamilah katakan."Sengaja Zaqim mengusik adiknya sambil dimuncungkan bibir ke arah adiknya.

"Hish...Angah ni,malulah Adik.Macam tahu-tahu je perasaan Adik ni.Berdebar-debar tau dalam hati ni.Obvious sangat ke?"Zara sengaja membuat suara 'gedik' sambil sambil memegang dadanya.Layankan sajalah perangai Angahnya yang sengal itu.

"Alah adik ni,tak payahlah nak sorok sangat perasaan 'bahagia' tu.Kitorang fahamlah orang nak kahwin ni macam mana.Nervous-nervous gitu."Sengaja Ziqri menekankan perkataan bahagia itu.Sengaja menanmbahkan lagi usikan itu.

Atuk Ishak dan Nenek sudah menggelengkan kepala melihat telatah cucu-cucu mereka.

"Dahlah Adik nak naik atas,nak tidur.Kot-kot malam ni dapat mimpi Encik Tunang.Aduhai,bertuahnya badan."Zara masih meneruskan lagak gediknya lagi.Kakinya terus melangkah menuju ke tangga untuk naik ke biliknya di tingkat atas rumah banglo itu.

Ziqri dan Zaqim sudah bantai gelak tengok perangai adik mereka yang sorang ni.

"Hish...Kamu berdua ni suka sangat mengusik si Zara tu.Haa...Cakap-cakap orang diri sendiri tu bila kalanya?Umur tu makin meningkat bukannya menurun.Calon,mana calon?"Dibebelkan kedua-dua cucu lelakinya itu.Ini kalau tidak ditegur,dibuat tak tahu sajalah perkara jodoh ni.

Terdiam Ziqri dan Zaqim dengan bebelan Nenek.Habislah mereka kalau Nenek dah bangkit soal calon.Tiba-tiba kedengaran tawa seseorang daripada tingkat atas rumah banglo itu.Siapa lagi kalau bukan Zara.

"Padanlah dengan muka tu.Jangan menyakat orang je kerjanya.Calon,mana calon?Hahaha"Tergelak besar dia apabila melihat muka kedua-dua abangnya berubah kelat.

Atuk Ishak hanya menggeleng melihat perangai cucu-cucunya itu.Itu sahajalah penyeri rumah besar itu.Dalam hati mengucap syukur pada Allah kerana memberi segala kemewahan dan cucu-cucunya sebagai penyeri rumahtangganya.


*****

Tibalah hari yang dijanjikan oleh kedua-dua buah keluarga itu untuk bertemu pada hujung minggu tersebut.

Sejak pagi lagi Zara dan Nenek bertungkus-lumus menyiapkan hidangan di dapur.Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dapur.Kebiasaannya bertiga iaitu termasuk Mak Leha,tetapi disebabkan Mak Leha mengambil cuti dua bulan untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya yang bakal berlangsung bulan hadapan di Melaka.Jadi terpaksalah mereka berdua sahaja yang melakukan semua kerja dapur ini.

Mak Leha merupakan pengasuh mereka tiga beradik sejak mereka mula tinggal di rumah agam Atuk Ishak ini dan sudah dianggap seperti ibu mereka sendiri sehingga mereka sendiri menggelar Mak Leha sebagai 'Mak'.

Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now