"Jungkook ! Jungkook nanti dulu" Joong Ki melaung memanggil Jungkook yang sedang berjalan dihadapan.
Jungkook yang terdengar namanya dipanggil menoleh dan berhenti dari jalan.Dia memasukkan kedua tangannya kedalam poket blazer.Joong Ki menghampirinya dengan tercungap-cungap.
"Fuh, emm aku nak tanya...betulke yang Myeonji accident?" soalnya setelah nafasnya betul.Jungkook hanya diam sambil menatap lain sekolah itu.Joong Ki masih menanti jawapannya.
"Mana kau tau?" soalnya sambil berpaling kearah lain.Dia terush berubah menjadi dingin.
"Emm, Hyun bagitau.Semua orang" jawabnya satu persatu.Jungkook memandangnya tajam.
"Semua? Maksud kau?"
"Err, kelas kita jelah yang dia bagi tau" jawabnya selamba.Jungkook menghela nafas.Hal ni, biarlah dia, keluarga Myeonji saja tau.Mengapa perlu dihebohkan.Kadang perangai Hyun melampau.Jungkook tanpa berkata apa-apa terus berlalu pergi.
Joong Ki mengejarnya dibelakang.Mereka berdua naik keatas dan berjalan masuk kekelas.
"Lee Jay Hyun !" sergah Jungkook.Semua yang berada didalam kelas itu terdiam dan memandang Jungkook.
"Kenapa? Kenapa kau bagitau semua orang ?! Myeonji takde pape kaitan dengan dia orang semua pun.Kecuali aku.Biarlah perkara ni aku dan keluarga je yang tahu.Tak perlulah kau nak heboh yang Myeonji accident.Antara dia orang semua ni ada ke yang kenal Myeonji ? Paling kurang pun dua tiga orang je." Kata Jungkook.
"Jungkook-ah, aku-" ayat Hyun segera dipotong oleh Jungkook.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa Hyun.Aku namja chingu dia biar aku yang settle.Kalau niat kau cuma nak tolong aku, takpe.Cuma fikirlah apa yang kau buat.Tolonglah Hyun, aku penat.Kau jangan buat aku jadi gila" sambungnya lagi dengan suara tersekat-sekat.
Joong Ki perasan yang air mata Jungkook mengalir perlahan dipipi namun, dia hanya berdiam diri.Andai dia tempat Jungkook, dia juga sedih.Hyun hanya diam.Ah, mulut pun satu kepoh sangat.Semua dalam kelas itu diam.
"Tolonglah.Kau cuma kawan rapat aku.Patutnya kau bagi sokongan.Bukan melemahkan semangat aku untuk tunggu Myeonji bangun" katanya perlahan.Kini, air matanya diseka kasar dan Dia berjalan ketempat duduknya.
Dia mengambil beg sekolahnya yang tersangkut ditepi meja dan berjalan keluar dari kelas.Joong Ki menggeleng kepala sambil memandang Hyun.Hyun pula tertunduk mengenang kesalahannya.
"Hyun, Jungkook tak marah.Cuma dia kecewa sebab perangai kau.Dia tengah stress.Aku harap sangat, sesiapa jangan tambah tekanan dekat Jungkook.Biarkan dia tenang." kata Joong Ki dan berjalan ketempat duduknya.
----
Unit lobi iaitu unit utama dijejaki Jungkook.Dia mengelap air matanya lagi dan berjalan kearah lift.Matanya melilau melihat keadaan sekeliling.Ada beberapa kanak terpaksa menunggu dibawah kerana hari ni adalah hari biasa.Kanak-kanak tidak dibenarkan melawat melainkan sudah menginjak umur 12 tahun keatas.
Tiba-tiba, matanya terpadang susuk tubuh seorang kanak-kanak perempuan yang berdiri menunggu disitu.
Myeori? Apa dia buat kat sini? Sorang² pulak tu?
Dia mendekati Myeori yang sedang berpusing riang disitu.
"Annyeong Myeori" sapanya sambil mencangkung menghadap Myeori.Myeori yang sedang berpusing itu terkejut apabila Jungkook sudah ada didepan matanya.
"Oppa !" dia terus memeluk leher Jungkook.Jungkook tersenyum dan membalas gadis kecil itu.Pipinya dikucup oleh Myeori dan dia tertawa melihat wajah Jungkook.
YOU ARE READING
wrong app | jk ✔
Randombila kau frust nonggeng pasal berat badan naik seciput, tak semena-mena salah download apps.