"Myeonji !" Panggil Jungkook.
Myeonji yang duduk diatas kayu balak yang dah lama itu hanya membuat pekak.Dia mencabut-cabut daun-daun dan merungut.Jungkook mengeluh dan menampak kearah Myeonji.
Dia mendakap tubuh Myeonji dan meletakkan kepalanya dibahu Myeonji.
"Merajuk ke sayang~?" soal Jungkook sambil bermain rambut Myeonji.
"Lepaslah !" Myeonji melepaskan dakapan Jungkook dan kembali merungut.Hey , kau sesuka hati je nak peluk anak dara orang.Kena sekali dengan bapak nya , HAH ! Kau !
Jungkook mencebik.Dia duduk mencangkung dihadapan Myeonji.Dia meraih tangan Myeonji dan diletakkan dipipinya.
"Takyah nak gedik ah" kata Myeonji menolak muka Jungkook sambil memberi pakej penampar.Jungkook spontan mengusap Pipinya yang terasa sakit dan panas itu.
"Kau ni , dengan Hana pun nak marah ke?" soal Jungkook.
"Siapa suruh dia menyemak , perempuan sundal ! Ceih !"
"Myeonji , jaga sikit mulut kau tu , sebelum aku pulak yang tampar kau" kata Jungkook mendatar.
"Apalah , semua orang nak bela dia ! Pergilah bela dia ! Senang , kawin je terus ! Aku tak kesahlah !!!" Tengking Myeonji dan terus berlalu dari situ.
"Myeonji ! Ahn Myeonji ! Ok fine ! Kalau kau sesat jangan cari aku !!! Aku pun tak kesahlah !!! KAU INGAT AKU SUKA KAU KE ?!!! AKU SANGGUP COUPLE DENGAN HANA DARI KAU !!! KAU TU YANG SUNDAL !!!" jerit Jungkook.
"PERGI MAMPUSLAH !!!!" jerit Myeonji yang sudah jauh dihadapan.Dia masuk kedalam semak iaitu ke Dalam pelusuk hutan.Dada Jungkook naik turun menahan marah.Kini , Myeonji sudahpun hilang dimatanya.
Dia meraup mukanya.Dia memandang sekali lagi.Perasaan bersalah mula singgah dihatinya.
"Myeonji ..." perkataan itu meniti dibibirnya.
--
"Weyh , Myeonji mana?" soal Bippu.
"Kawan kau dah masuk dalam hutan dah , aku marah dia tadi." kata Jungkook.
"Apa?!" soal mereka semua.Bippu mencengkam kolar baju Jungkook.
"Apahal kau marah dia ?!"
"Masalahnya dia cakap Hana tu perempuan sundal ! Aku marahlah ! Koyt ye pun benci sangat takpayah nak panggil orang macam tu !" kata Jungkook.
"Kalau dia sesat macam mana?"Joosang bertanya Setelah lama mendiamkan diri.
" Ah gi mampuslah !!!" kata Jungkook dan pergi ke tengah kantin.Semua disitu hanya diam manakala Hana hanya tersenyum nipis.
"Ni semua kau punya pasal ! Takyah nak terharu sangat sebab Jungkook sunbae bela kau tadi.Ingat eh , kau bukan heroin dalam fanfic ni and sekarang readers semua kecam kau tau , ada yang Nak join campak kat masuk parit atok Suga pun ada.So , takyah happy sangat.Well , kau memang bitch" kata Bippu dan pergi dari situ berlaga bahu dengan Hana.
"Dahlah, jom.Hana , jom biarkan je Bippu tu.Tapi , jangan ingat sunbae boleh berbaik dengan kau.Sunbae pun tak puas hati bila kau sendiri tak hormat Myeonji.Cepat" kata Joosang mendatar.Mereka semua berkumpul dikawasan perkhemahan untuk mendirikan khemah.
--
"Ish ! Kat dalam hutan memang takda line ! Macam mana aku nak mengadu kat pokemon ni ! Dahlah aku tak tau aku kat mana sekarang " gumam Myeonji seorang diri sambil memerhati sekeliling.
Jam di screen handphone dilihat.Sudah masuk senja.Keadaan hutan itu mula gelap.Bunyi-bunyi cengkerik mula menyinggah ditelinga Myeonji.
Dia duduk memeluk lutut.
YOU ARE READING
wrong app | jk ✔
Diversosbila kau frust nonggeng pasal berat badan naik seciput, tak semena-mena salah download apps.