Part 2

516 34 3
                                    

Kayana membelai lembut pipi Amri yang sedang berbaring di sofa beralaskan pehanya.
"Sayang, what if one day you have to leave me? What will you do?"

Amri bangun dan duduk berhadapan dengannya. Tangan Amri memegang kedua belah pipinya. Muka mereka didekatkan. Sangat dekat. Sehingga kan nafas mereka bersatu.

"No baby. No matter what happen, i takkan tinggalkan you. You tahu kan bertapa i cinta kan you. Hanya mati memisahkan kita. Hanya mati"

"Tapi kalau you tinggalkan i juga?"

"How can i do that? I dah tak ada hati. Sebab you dah ambil hati i" Amri mengelus lembut bibirnya. Sungguh hatinya cair dengan layanan baik Amri. Selain Syee, hanya Amri dalam hidupnya. Dia tiada sesiapa lagi di dalam hidupnya. Semenjak dia bertekad untuk tinggal di atas permukaan bumi ini, dia sudah kehilangan keluarganya. Kini, hidupnya hanya Syee dan Amri.

"Ok fine. Tapi kalau you tinggalkan i, i akan rampas hati you. Biar padan muka girlfriend baru you nanti cuma dapat you, bukan hati you." Kayana terkekeh dengan lawak hambar nya sendiri.

"Fuh, pyscho-nya baby i ni. Macam mana you nak rampas hati i?"

"I belah dada you" dia mengenyit mata lalu memeluk erat menusia yang paling dia cintai.

※※※

Inspektor Sazali mengemas meja nya. Serabut! Ditambah pula dengan kes terbaru teman wanita membunuh teman lelaki kerana curang. Kes itu bukan lah suatu kes yang rumit. Tetapi disebabkan baru-baru ini terjadi pula kes ancaman bom di menara KLCC dan dia terpaksa menghadap 2 kes sekaligus, dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Dan kini malang berganti-ganti apabila anak perempuannya pula hilang selepas ditugaskan untuk selesaikan kes ini. Dia kesal, sebagai seorang polis yang disegani, dia masih tidak dapat mengusahakan pencarian anak gadisnya yang berusia 17 tahun itu kerana terlalu sibuk dengan kes kes terbaru sehinggakan isteri nya pula bermasam muka dengannya. Haih.

Pintu dikuak. Terjegul kepala Sarjan Adnan, teman sekerjanya.

"So apa update terbaru?"

"Yang mana satu? Kau tahu lah aku ni banyak kes kena hadap"

"Menara KLCC"

"Oh, terbaru ni ada cleaner jumpa beg bimbit dalam tandas wanita. Bila pasukan pemusnah bom datang, rupanya bom tu tidak diaktifkan. Mungkin itu hanya satu ugutan."

"Motif? Aku rase lately tak ada apa apa kes pemberontakan pon"

"Itulah pasal, aku pon masih tak dapat jawapan"

Sarjan Adnan menarik kerusi dihadapan meja Inspektor Sazali.
"Yang kes teman wanita bunuh teman lelaki tu pula macam mana? Aku dengar kes tu sebab lelaki tu curang"

"I called it as Kes DEBU. Sebab motif kes ni lebih kepada dendam dan bunuh. Berdasarkan bukti-bukti yang ditinggalkan, memang sebab curang. Gambar-gambar teman lelakinya bersama wanita lain banyak ditemui di tempat kejadian."

"Ha habis tu kenapa macam susah je settle? Kes ni takde lah complicated macam kes ancaman bom tu aku rasa" Sarjan Adnan menyelak fail didepan matanya yang tertulis 'KES DEBU'

"Ikutkan memang la senang. Tapi masalahnya suspek menafikan. Dia kata dia diperangkap tapi taktahu oleh siapa. Jadi aku terpaksa siasat kes ni lebih mendalam"

"Don't worry bro. Kau tahu aku sentiasa ada di sisi kau. Apa apa bantuan kau perlukan, cakap je. Aku akan tolong. Mulai hari ini, aku akan bantu kau selesaikan ketiga-tiga kes ni. "

"Aku serabut sikit. Aku lebih fokus pada kes menara KLCC. Sebab kes tu melibatkan negara. Kes DEBU ni tak besar mana pon. Tapi aku nak mintak tolong kau usahakan pencarian anak aku.

Tapi sebelum tu, jom pergi hospital. Nak ambil result autopsi mayat." Sazali memandang kosong fail DEBU di tangan Sarjan Adnan.

※※※※

Hospital Chamatkar

"Nurse, kami dari pihak polis. Boleh kami berjumpa Dr. Adam Reiss?"

Jururawat itu menganggukkan kepala dan menunjukkan jalan. "Okey Encik berdua jalan je terus di lorong ni, pintu kedua belah kanan ada tertulis bilik autopsi. Dr Reiss ada di dalam. "

Mereka berdua menganggukan kepala. "Terima kasih" setelah jururawat itu beredar, mereka terus berjalan kearah yang ditunjuk oleh jururawat yang tertera nama Sara di tag namanya.

Hati Inspektor Sazali berdebar. Tombol dipulas dan pintu dikuak. Atmosfera di dalam bilik itu amat berlainan. Sunyi. Kusam. Gelap. Dingin. Bulu roma mula bangkit. Seram sejuk. Kelihatan seorang doktor sedang melakukan kerja kerjanya.

"Dr. Reiss?" Sarjan Adnan menegur.

"Yes. What can i help you?" Doktor itu tersenyum lalu menghulurkan tangan.

Mereka berdua menyambut salam dari doktor kacukan melayu-texas itu.

"Kami dari pihak polis. Macam mana dengan autopsi yang dijalankan ke atas mayat yang kami hantar dua hari lepas?" Inspektor Sazali bertanya.

"Oh, saya masih sedang melakukan pembedahan siasat. Cuma sementara waktu ini maklumat yang saya boleh berikan hanya lah mayat itu tiada hati."

"Tiada hati? Maksudnya? Hatinya dikeluarkan?"

"Ya. Dadanya dibelah lalu dikeluarkan hati. Dan semasa proses dada dibelah dan hatinya diambil, mangsa masih hidup"

"Tapi hatinya tidak dijumpai ditempat kejadian." Sarjan Adnan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mungkin telah disorok. Mengikut maklumat yang diberikan oleh pengawal kondo tersebut, rakaman cctv dapat menangkap imej suspek. Suspek datang pada pukul 3 untuk membunuh dan pulang ke rumah untuk menukar baju kemudian pada pukul 4 suspek datang semula. " terang inspektor Sazali

"Saya mengesyaki mangsa telah diberi dadah atau sesuatu sebelum dia dibunuh. Berikan saya lagi dua atau tiga hari untuk menganalisis apa yang telah diberikan kepada mangsa. "

Mereka berdua mengangguk. "Kalau begitu, kami pulang dulu. Apa apa maklumat yang diperlukan atau maklumat yang ingin diberitahu, sila hubungi saya secepat mungkin. "

Dr. Adam Reiss mengangguk faham.

Inspektor Sazali dan Sarjan Adnan keluar dari bilik yang menyeramkan tersebut. "So lepas ni mana pulak?" Adnan memandang Sazali.

"Rumah suspek"

※※※

Sial betul. Aku tak tahu apa yang aku patut rasa. Marah, bengang, sedih? Aku dikhianati oleh teman lelaki aku sendiri. Aku telah diperangkap sebagai pembunuh. Dan aku kehilangan orang yang aku cintai.

Aku yakin. Pasti ada orang lain yang berdendam pada Amri. Atau pada aku. Tapi siapa? Everyone loves me! Aku tak ada musuh. Aku baik pada semua orang. Aku cantik. Semua suka kan aku.

Dia bersandar di dinding dengan dagu ditongkat pada lutut. Lutut di peluk rapat. Dia perlukan bantuan. Dia perlukan lawyer. Tetapi kenapa masih tidak ada peguam yang datang untuk membantu dia. Adakah orang diluar sana masih mempercayai dia? Adakah mereka percaya yang dia pembunuh? SERABUT!!

"Cik Syee Fana, awak ada tetamu" seorang warden penjara membuka kunci sel.

"Siapa?"

DEBU (Completed)Where stories live. Discover now