Part 8

358 27 2
                                    

"Hah zoom kan yang tu" arah Inspektor Sazali kepada security guard bangla itu.

Bangla itu hanya mengikut arahan.
Sazali mengecilkan matanya melihat paparan skrin komputer yang memaparkan dua orang berpakaian hitam serta bertopeng baru sahaja keluar dari rumah teres mangsa pembunuhan.

"Berikan saya rakaman ini" bangla itu hanya terangguk sembelum memindahkan rakaman cctv ke dalam cd.

Nasib baik ada cctv tersorok berdekatan dengan rumah mangsa.

※※※※

Dia meletakkan envelope hitam di celah viper kereta milik Sazali. Dia menoleh ke kiri dan kanan sebelum beredar untuk memastikan sesiapa tidak melihatnya.

"Peguam bodoh tu dah di tolong, dia bagi hilang pulak. Bullshit"

"Hoiii!!"

Dia segera melarikan diri apabila pemilik kereta itu melihatnya.

※※※※

Wajah Hariz ditatap lama. Pipi dielus lembut. Hariz mengemaskan rangkulannya di pinggang Kayana.

Hati Kayana berdebar setiap kali Hariz melayannya dengan baik. Hatinya terusik.

Aku tak mungkin 'jatuh' lagi kepada lelaki.

Tetapi Hariz lain. Dia istimewa. Dia tidak hipokrit. Dia kasar tapi lembut. Annoying tapi romatik. Hurm, macam mana tu?

Kayana melepaskan keluhan kasar.

Bagaimana nanti jika kebenaran terungkai? Aku harus pergi dari sini. Tapi hati aku berat. Ah, aku benci perasaan ini.

"Dah puas belek muka I?"

"Eh, sorry lah kalau i buat you terjaga" Kayana tersengih.

"Its okey honey. Kenapa you tak tidur lagi ni?"

"I risau kan adik I kat rumah tu sensorang" Kayana melepaskan keluhan. Dia risaukan Zulaikha tapi dia mahu berada di sisi Hariz

"Kalau macam tu, I hantar you balik ye?"

"Correction, sepatutnya ayat you bunyi macam ni ' I IKUT you balik ye?" Kayana menekan kan perkataan ikut sambil meniru cara cakap Hariz

Hariz hanya tergelak. Hidung Kayana di picit lembut.

"Okey sayang"

※※※※

Pil paracetemol di telan memasuki tekak nya dan menggelungsur ke esofogus untuk dihadam. Air mineral di teguk habis sebelum botolnya di campak masuk ke raga sampah. 'Kuyop' jenama Neobun Plus dipotong 4 dan ditampal di kiri kanan dahinya.

Isi envolope itu ditatap sekali lagi. Dua orang gadis yang memakai pakaian serba hitam seperti di dalam paparan rakaman cctv tadi. Tapi gambar ini lebih jelas. Ada beberapa keping gambar ini. Seorang gadis yang berhud hitam sedang menanggalkan topeng gas muka. Wajahnya kelihatan jelas!

Aku rasa aku pernah bertemu gadis ini.

"KAYANA!" Yes, dia gadis yang dia temui semasa di lokasi jenayah bersama peguam Syee. Dia juga adalah teman baik Syee.

Tapi kenapa dia membunuh? Aku harus berhati-hati. Seperti tarik rambut di dalam tepung. Thats it.

Tetapi persoalannya sekarang ini, siapa lagi seorang gadis yang berambut putih-blonde ini?

Skrin komputer kembali bernyala.

Rakaman cctv ini kembali diputarkan. Matanya tertancap ke arah skrin. Sesaat pon tidak terlepas dari memandang skrin.

Gadis berambut blonde itu sedang membetulkan bucket hat-nya. Fikirannya terus teringatkan anaknya yang telah lama hilang. Dia menekan 'PAUSE' dan zoom kan video itu untuk melihat gambar gadis itu dengan jelas.

Terdapat calitan pink pada tulisan 'STUSSY' itu. Sazali yakin itu bucket hat milik anaknya kerana dia lah yang bertanggungjawab menyebabkan wujudnya calitan pink itu pada tulisan. Dia tidak sengaja menumpahkan pewarna merah dan terkena pada bucket hat yang diletakkan berhampiran.

Sazali tersengih. Disebabkan itu, anaknya merajuk padanya selama 3 hari.

Matanya kembali menatap skrin. Ketinggian dan bentuk badan memang persis anaknya. Tetapi anaknya mempunyai rambut hitam pekat. Bukannya putih blonde.

Bucket hat. Thats it.

"AWAK cari apa dalam bilik ika ni?" Normah bercekak pinggang memandang suaminya.

"Mana bucket hat ika yang abang tertumpah kan pewarna merah tu?" Sazali berkata tanpa memandang isterinya. Tangannya masih ligat mecari topi itu didalam almari.

"Masa ika hilang tempoh hari, dia pakai bucket hat tu lah"

Sazali serta merta berhenti. Dia memandang isterinya.

"Awak pasti?"

Normah terangguk-angguk.

Ika ada bersama Kayana?

※※※※

"You cepat lah, kita dah lambat ni" Hariz membetulkan kasut di muka pintu.

"Sabarlah kejap, ish you ni" Kayana berlari anak sambil menjijit kasut sarungnya.

"Ika, akak pergi dulu tau. Jangan lupa kunci pintu" Kayana terjerit dari muka pintu lalu menarik pintu dan ditutup rapat.

"Okeyyyyy" kedengaran Zulaikha menjerit dari dalam.

"KITA nak pergi mana ni?" Tanya Kayana sambil mencalit gincu pada bibir.

"Kita nak pergi Club Der Gröste"

"Eh, buat apa?"

"I nak jumpa bekas bos Anatasia. Mungkin kita boleh dapat maklumat dari dia"

※※※※

Kayana duduk di suatu sudut yang agak terselindung sementara Hariz bertemu Dean, bos Anatasia.

Matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dia kenali.

"Goveress" Kayana menggamit lelaki itu.

Lelaki menghampiri dan duduk di sebelahnya.

"I told you, jangan panggil aku dengan nama tu. Apa masalahnya kau ni" lelaki menumbuk perlahan bahu Kayana.

"Alah kau, tak bangga ke dengan nama yang parents kau bagi?" Kayana mengusik lelaki itu.

"Nama tu cuma official dekat Lemuria je ok"

Kayana tergelak kecil dengan kerenah rakannya.

"Dekat permukaan bumi ni, orang panggil aku Reiss. Dr Adam Reiss. Got it?" Sambungnya lagi.

"Ok ok fine, Reiss. Kau buat apa pagi pagi lagi kat sini? Setahu aku hidup kau cuma kat dalam bilik bedah mayat tu je" kata Kayana sambil menghulur gelas yang berisi air kencing syaitan kepada Reiss.

"Saja. Nak relax chill. Kau ingat aku takde life ke hah?" Reiss meneguk perlahan air.

"Oh haa aku nak tanya kau. Kes pembunuhan Amri tu angkara kau ke?" Sambung Reiss lagi.

"Shhhhhh senyap la asshole" Kayana segera menekup mulut Reiss.

"Hah aku dah agak. Dia ke lelaki yang buat kau lari balik tamadun 5 tahun lepas?" Kata Reiss setelah berjaya melepaskan tangan Kayana dari mulutnya.

"Haah. Macam mana kau tahu aku yang bunuh dia?"

"Hahaha, aku yang autopsi mayat dia. And aku jumpa something. Guess what?"

"Alah takyah nak teka teka sangat lah. Ha memang aku import khas daun tu dari Lemuria. Susah tau aku nak seludup masuk ladang orang tua tu"

"Hahahahaha aku dah agak. Daun tu je boleh buat manusia berhalusinasi sampai ikut je arahan manusia lain. Tapi kira gempak jugak kau berjaya masuk ladang pakcik tua tu. Aku pernah kene kejar dengan parang kot sebab nak rembat daun tu" Reiss tergelak apabila teringat kembali kenangan saat dia cuba mengambil daun yang boleh menyebabkan halusinasi.

DEBU (Completed)Where stories live. Discover now