Hari Perbicaraan
Syee berdiri di dalam kandang mahkahmah. Setelah mengangkat sumpah, prosiding mahkahmah diteruskan. Hariz membelek fail fail yang telah disediakan.
Hariz sendiri tidak pasti dari mana Kayana memperoleh maklumat tersebut. Tidak kisah lah, asalkan Syee tidak mengamuk. Yang penting menang atau kalah, dia tetap akan terima bayaran cuma jumlah besar atau sikit sahaja yang membezakan.
Pada awalnya segalanya berjalan lancar. Syee tetap menafikan dia adalah pembunuh.
"Menurut maklumat yang saya ada, pada masa pembunuhan itu berlaku antara pada pukul 3 sehingga pukul 4. Dan rakaman cctv di lokasi menunjukkan suspek meninggalkan lokasi pada pukul 4 sebelum defenden tiba pada pukul 5. Sedangkan, sekitar pukul 2 sehingga pukul 4, defendan berada di pejabat. Jadi mana mungkin Syee adalah pembunuhnya"
"Ada saksi untuk keterangan ini?" Hakim bertanya.
Hariz mengangguk sebelum memanggil seorang wanita. Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Hada, teman sekerja Syee.
"Sekitar pada pukul 3 dan 4, saya bersama Syee berada di pejabat untuk menyiapkan projek terbaharu sebelum sekitar pukul 0430 Syee meminta diri untuk pulang terlebih awal" terang Hada sebaik sahaja mengangkat sumpah.
"Bukti ini masih belum cukup kuat untuk mendakwa Syee tidak bersalah" Hakim itu berkata.
"Seperti yang telah kita ketahui saksi utama untuk kes ini, Jos dan Anatasia telah mati bunuh diri. Tetapi saya masih ada lagi seorang saksi kuat untuk membuktikan Syee tidak bersalah"
Kemudian seorang lelaki cina bertubuh sasa tampil ke hadapan.
"Saya Dean, bos kepada Anastasia" dia memulakan bicara
"Seorang perempuan telah memperkenalkan diri sebagai Syee kerap kali datang berjumpa dengan Anastasia.
Anastasia kemudian menyatakan hasrat untuk tidak mahu lagi bekerja untuk saya. Dia juga ada memberitahu tentang Syee ada menawarkan wang tunai yang banyak untuk melakukan sesuatu kerja yang saya sendiri tidak tahu" sambungnya lagi.
Tiba-tiba Syee menjerit lantang.
"Penipu! Aku tak kenal kau! Penipu penipu..."
Teriakan Syee dihentikan dengan arahan dari Hakim.
"Minta bertenang dan tolong hormati prosiding mahkahmah" arah Hakim tegas.
Dean memandang tepat ke arah Syee sebelum berkata.
"Tapi dia bukan perempuan itu. Perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Syee itu lebih cerah kulitnya dan lebih cantik" kata Dean. Syee hanya mencebik.
"Jadi siapa perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Syee itu?" Hakim menyoal.
Kayana beriak tenang. Dia harus sentiasa bersedia dengan plan seterusnya.
Ekor mata Dean menangkap jelas rupa perempuan yang dikatakannya.
"Itu dia! Saya yakin, dia perempuan itu" Dean menunjuk ke arah Kayana.
Kayana mula berkelakuan gelabah. Apa yang patut aku buat? Kenapa hari ini menjadi hari malang buat aku? Nak lari ke tak? Ok cool down Kayana. Ini mahkahmah. Setiap dakwaan perlukan bukti. Kayana menghembus nafas perlahan.
Setiap mata yang berada di hall tersebut memandang tepat ke arah Kayana.
"Eh, apa bukti kau nak kata dia pula? Kau tak boleh menuduh melulu!" Hariz membentak. Tidak dia menyangka dengan membawa Dean ke mahkahmah sebagai saksi akan mengeruhkan lagi keadaan.
YOU ARE READING
DEBU (Completed)
Mystery / ThrillerChaos Double Edge Fixed Blade terpacak atas jasad kaku Amri. Gambar-gambar Amri bersama beberapa ekor betina GRO yang telah dikoyak dua merata tempat. Matanya menangkap satu gambar yang kelihatan Amri tidur bersama seekor betina. Kejutan apa yang di...