Part 7

406 25 5
                                    

"Dah tahu kita nak keluar hari ni kenapa tak bersiap je awal awal. Ha kan dah lewat ni" Hariz membebel dari tadi.

"Eh asal pulak I. You yang amik I lambat. I ingatkan cancel" Kayana membidas semula.

"Bende ni penting. Takkan la cancel pulak" Hariz memberhentikan keretanya di hadapan gate rumah teres itu.

Kayana dan Hariz keluar dan menutup pintu kereta hampir serentak.

Hariz berjalan menghampiri tembok di pagar. Punat loceng di tekan berkali-kali.

"Macam mana ni?" Hariz memandang Kayana

"Macam takde orang je" Kayana membalas.

"Kereta ada. Lampu terbuka"

"Macam tu redah je lah"

Mereka kemudian membuka pagar dan melangkah masuk. Tombol dipulas. Mereka saling berpandangan.

"Tak kunci?"

"Ha masuk je lah"

Kayana dan Hariz berjalan melintasi ruang tamu yang agak kemas. Dapur dijelajahi. Segenap ruang diterokai. Mereka mula menukar tujuan dan naik ke tingkat atas. Pintu bilik yang tertutup menjadi perhatian. Setelah pintu itu dibuka, kedua dua mereka terkejut

"Kayana tutup hidung!" Teriak Hariz seraya menekup mulut Kayana dan membawanya keluar dari rumah.

Mereka tercungap-cungap setelah sampai di beranda rumah tersebut.

"Sial lah. Macam mana perempuan tu boleh mati pulak" Hariz mengomel sendirian.

"Asal you gelabah semacam? Sampai tekup muka I bagai" Kayana memberi pandangan jelik.

"You ada perasan ada semacam bau pelik?" Hariz memandang tepat wajah Kayana.

"Haa ada. Kenapa? Bau mayat ke?" Kayana membuat wajah bingung. Hariz menggeleng.

"Tu bau cynide. Racun tu. Bahaya" kata Hariz seraya mendail nombor polis.

※※※※

Inspektor Sazali melepaskan keluhan kasar. Dua kes orang mati pada hari yang sama!

Adnan menepuk bahu rakannya itu, Sazali tersentak.

"Aku jumpa paket potassium sianida dalam laci mangsa. Nak kira kes bunuh diri jugak ke?"

"Aku tak rasa ni kes bunuh diri" Sazali mengurut dagunya.

"Tapi kan ada banyak tulisan comot tu?"

"Kau tak rasa ke kes ni sama dengan kes lelaki Jerman tadi? Plus, peguam tu tadi kata perempuan ni pun ada kaitan dengan kes Debu kita tu."

"Hm mungkin juga. Sebab bukti sengaja disimpan tempat mudah dijumpai"

"Haih, makin serabut la kes ni"

※※※※

Kayana memapah Hariz masuk ke biliknya. Setelah membuat pemeriksaan di Hospital swasta sebentar tadi, Hariz didapati terhidu Hidrogen Cynide tetapi dia bernasib baik kerana saluran pernafasannya tidak terganggu. Cuma dia agak lemah.

Bilik itu agak bersepah, hanya katil saiz King nya sahaja benar benar kemas. Kayana memapah Hariz hingga ke katil.

"Thank you Kayana sebab hantar i" lengannya dilekapkan ke dahi dengan mata terpejam.

"Its okey. You nak apa apa tak Hariz?"

"I nak you...."

"Ha?"

"I nak you temankan I boleh?"

"Lebih dari tu pun boleh" Kayana tersenyum nakal. Gotchaa! Ikan dah makan umpan.

DEBU (Completed)Where stories live. Discover now