Part 1

775 41 14
                                    

Syee

Kad kecil bewarna pink cair itu dibeleknya lagi.
'Ive surprise fr you. Pls come to our heaven sharp on 4p.m.' -Amri-

PPPONNNNNN!! PPOONNNN!!

Pemandu di belakang membunyikan hon. Syee tersentak. Dilihat trafic light sudah bertukar warna hijau. Dia tidak mengendahkan makian dari pemandu lain. Typical malaysian. Pedal minyak ditekan, laju kereta suzuki swift putih meluncur di celah-celah kenderaan lain. Beberapa minit lagi tepat pukul 5. Dia harus segera. Tidak sabar untuk bertemu kekasih hati sehinggakan terpaksa keluar awal dari pejabat. Walaupun keluar awal, jalan tetap JEM!

'Kalau takut lambat sampai destinasi sebab jalan jem, jangan lupa bawak roti. Nanti sapu je jem kat roti tu hahahahahaha' teringat pulak lawak hambar Amirah. Such a noob.

Stereng diputar ke kanan memasuki kawan kondominium mewah di Damansara Perdana. Kondo dikawal rapi, bukan calang-calang orang boleh masuk. JAIS nak masuk pon payah! Senang nak buat projek. Hihihihi.

Pinnn pinnn!! Hon dibunyikan. Lembab pulak bangla ni nak buka laluan. Sejurus palang automatik terangkat, laju dia menghala ke parking lot.

Kad dilekatkan ke kotak di tepi pintu automatik untuk memasuki bangunan itu. Butang lif ditekan ke arah atas. Beberapa saat kemudian lif tiba. Cepat-cepat dia memasuki lif dan menekan butang ke tingkat 3.

Kunci di masukkan ke lubang pintu. Tombol di pulas. Dia melangkah masuk sebelum menutup pintu.
"Sayang awak kat ma..."
Syee tergaman. Tubuhnya kaku tidak bergerak. Hormon adreanalin dirembes keluar dari kelenjar adreanalina begitu banyak.

Kelihatan tubuh Amri tidak bergerak. Hanya jasad. Jasad tanpa roh. Keadaan sekeliling amat mengerikan. Darah terpecik merata tempat. Dan gambar..
Gambar berterabur di seluruh ruang. Gambar-gambar Amri bersama beberapa GRO sedang berpelukan mesra. Hatinya hancur luluh. Dan paling menghancurkan hatinya apabila dia terpandang gambar Amri sedang tidur bersama seekor betina lain.

Jasad Amri dihampiri. Antara percaya atau tidak, orang yang dicintainya sudah tidak bernyawa di depan mata. Dia duduk berteleku di tepi. Memandang sepi tubuh itu. Amri telah mengkhianati cintanya? Siapa yang bunuh Amri?

Pisau yang tercacak di tubuh itu dicabut. Pisau itu dipandang. Tiba-tiba sepasukan polis menghentam pintu rumahnya dan mengacu pistol ke arahnya.
'Sila letakkan senjata anda!'

Dia terpinga-pinga sebelum menyedari bahawa dia telah di perangkap!

※※※

Kayana

Topeng muka ditanggalkan. Fuh, panas gila. Topeng berwajah Syee itu disimpan didalam beg bersama rambut palsunya. Beg hitam yang mengandungi baju berdarah di tepi dipandang seketika. Destinasi seterusnya, Rumah Syee.

Rumah itu sepi tatkala dia melangkah masuk. Tak banyak yang berubah. Kakinya berhenti di ruang tamu. Bagaikan skrin terpapar saat manis dia bersama Syee. Ketika mereka bergurau senda sambil menonton televisyen. Kaki melangkah ke meja makan. Ketika dia saling bersuapan ketika makan bersama. Ah, andainya dia tidak mengkhinati aku. Pasti semua ini takkan terjadi. Masih dia teringat memori 5 tahun lepas. Sehingga membuatkan dia terpaksa pulang ke dunia asalnya.

Kedengaran tawa kecil seorang lelaki. Bersilih ganti dengan suara wanita. Kedua dua suara itu amat dia kenali. Pintu bilik Syee diterjah. Hatinya diibaratkan cermin kaca yang dihempas ke batu. Melihat teman baiknya bersama teman lelakinya bermesra bagaikan suami isteri. Dia berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang. Dia meninggalkan semuanya. SEMUANYA. Segala kenangan, kebahagian dan orang yang dia sayangi.


Sejak hari itu, dia tidak lagi kembali ke rumah ini. Sehingga kini, kaki nya kembali menjejak rumah ini. Untuk menyelesaikan urusan. Kaki memanjat tangga ke tingkat 1 menuju ke bilik Syee. Beg hitam di tangan di genggam kemas. Pintu bilik Syee dibuka. Gambar-gambarnya bersama Amri dilekatkan di dinding. Meja cermin di dekati. Ada satu bingkai gambar yang telah ditelangkup. Berhabuk. Mungkin sudah lama tidak bersihkan. Atau tidak disentuh. Bingkai diangkat. Kelihatan 3 orang remaja yang sedang meningkat dewasa. Mereka tersenyum. Tergambar pada senyuman mereka yang mereka sangat bahagia. Ya. Dulu aku sangat bahagia di samping orang yang aku sayangi. Tapi tidak disangka madu dibalas tuba. Bingkai itu diambil dan di simpan di dalam begnya. Beg diletakkan diatas katil manakala beg hitam yang mengandungi baju berdarah dan beberapa barangan lain disimpan bawah katil. Dia mengambil beberapa keping gambar Amri bersama GRO-GRO itu di simpan didalam laci cermin. Telefon bimbit Syee yang di'pinjam' turut diletakkan didalam laci.

Sebelum keluar, dia memastikan tiada apa yang tertinggal atau berubah. Dia berpegang teguh pada prinsip 'leave no trace behind' and puts blame on others.

Pintu dikunci rapat. Kunci rumah yang masih dia simpan itu digoyang-goyangkan dan dia menuju ke kereta beatles hitam merah kesayangannya dan meninggalkan rumah itu. Mungkin untuk kali terakhir.

DEBU (Completed)Where stories live. Discover now