Sazali mengetuk-ngetuk rokoknya di dalam ashtray. 'Mana pulak si Adnan ni. Lembab betul' seorang pekerja mamak menghantar odernya tadi. 'Dia ni pon lembab. Dah separuh air aku baru nak hantar makanan. Sengaja nak suruh aku oder air lain la tu' getus Sazali.
Kelihatan seorang lelaki akhir 30'an sedang berjalan menghampirinya.
"Sorry bro, jalan jem sikit" Adnan terus duduk nak menggamit seorang pekerja mamak. Setelah oder diambil, dia terus mengeluarkan sebatang rokok. Rokok di cucuh api."Dah lah lambat, kau buat muka tak bersalah pulak"
"Sorry lah. Kau tahu lah, jalan kat kl ni tak pernah tak sesak. So apa cer?"
"Bini aku kat rumah tu tak abis abis membebel. Penat telinga aku mendengarnya"
"Ceh, dulu Normah tu jugak yang kau gila sampai tak sempat sempat nak kahwin. Ni baru 22 tahun kahwin, dah bosan ke bro?"
"Kau diamlah.
Weh, aku pelik do pasal kes DEBU ni"
Sazali mengurut dagunya. Rokok di tangan yang sudah kontot di sumbat dalam bekas ashtray."Hah apahal? Bukan bukti dah jumpa ke? Terang-terang perempuan tu pembunuhnya"
"Yang tu aku tahu lah, yang aku peliknya, Syee tu ada rumah sendiri, mangsa tu pon ada rumah sendiri, habistu kenapa diaorang dua sewa kondo mewah tu? Kalau nak kata bersekedudukan tu boleh je duduk kat rumah salah seorang tu kan?"
"Hm musykil gak. Ala nanti time soal siasat kau tanya je lah." Makanan dan minuman yang dipesannya sudah sampai. Adnan terus menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya.
"Ouch panas" Sazali hanya memandang temannya yang gelojoh makan. Dah tua bangka pon perangai tak senonoh. Ptuih."Nombor telefon yang suspek selalu hubungi tu dah dapat detect?" Tanya Sazali lalu menyuapkan makanannya ke dalam mulut.
"Aku baru hantar semalam. Belum lagi la kot" jawab Adnan dengan mulut penuh. Tak senonoh betul.
"Haih, yang Doktor Reiss ni pon satu hal. Kata 2 3 hari je. Ni da 3 hari takde pon call" sejurus itu telefon bimbitnya mendendangkan lagu Zamani. Jiwang gitu.
Nama doktor Reiss terpapar di skrin telefon Samsung Edge miliknya. "Panjang umur doktor ni" kata Sazali pada Adnan. Adnan hanya tetgelak kecil lalu sambung menghabiskan mee gorengnya.
"Hello Doktor"
"Ye"
"Baiklah"
"Saya akan sampai 30 minit lagi"
"Baiklah doktor"
Sazali mematikan talian. Adnan memandang minta penjelasan."Mayat dah siap autopsi. Dia suruh kita datang. Dah makan cepat" Adnan menganggukkan kepala.
※※※
Kayana mengetuk-ngetuk meja memainkan irama tah apa apa tah. Lauk dihadapannya dihidu. 'Pandai jugak budak tu masak. Ingatkan reti sepahkan rumah dengan mengadap video video MGK dia tu je'
Pintu di buka. Kelihatan warden sedang membuka gari ditangan Syee. Wajah Syee masam mencuka. Syee lantas duduk dihadapan Kayana. Wajah Syee jelas berubah apabila melihat tupperware dihadapan Ka.
"Hari tu kata nak datang semalam. Kenapa hari ni baru datang? Semalam kau pergi mana?" Syee memuncungkan mulutnya.
"Sorry semalam aku busy sikit. Ni aku ada bawakkan kau makanan. Makanan penjara mesti tak sedapkan?" Kayana menghulur tupperware kehadapan Syee. Syee mengambil dan menghidu aroma makanan tersebut.
"Weh sedapnya bau. Apa ni?" Syee lantas membuka penutup tupperware. Tanpa bismillah, terus sahaja disudu makanan itu dan disuap ke mulutnya.
"Nasi lemak dengan hati masak hitam" Kayana tersenyum makna.

YOU ARE READING
DEBU (Completed)
Mystery / ThrillerChaos Double Edge Fixed Blade terpacak atas jasad kaku Amri. Gambar-gambar Amri bersama beberapa ekor betina GRO yang telah dikoyak dua merata tempat. Matanya menangkap satu gambar yang kelihatan Amri tidur bersama seekor betina. Kejutan apa yang di...