Part 3

485 31 1
                                    

Dia memarkir kereta di luar masuk ke kawasan balai polis bukit aman itu. Dia memberi senyuman pada polis pengawal di pagar.

"Hai, nak buat laporan ke?" Tegur ramah si polis itu tadi.

"Eh tak, nak jumpa orang" balasnya.

"Siapa?"

"Kawan saya, Syee. Katanya ditahan di balai polis ni sebab kes membunuh"

"Oh yang bunuh teman lelaki itu?"

"Haa betul lah tu. Macam mana eh saya nak berjumpa dia?"

"Oh cik masuk je ke dalam dan cakap pada orang yang ada di kaunter"

"Ok terima kasih banyak"

Dia teruskan berjalan masuk ke dalam.

※※※

"Siapa yang nak jumpa saya?"

Warden itu hanya mendiamkan diri dan membawanya ke suatu ruang. Terdapat satu meja panjang dan dua kerusi panjang. Macam di kantin sekolah. Terdapat seorang wanita yang kurus tinggi lampai berambut panjang mengikat ponytail membelakangi dia. Dia seperti kenal susuk tubuh itu. Warden tadi menutup pintu dan menunggu di luar.

"Ka..ka..kayana?" Dia menghampiri wanita itu. Wanita memusingkan badannya lalu menampar kuat wajah Syee sehingga dia terjatuh.

"Aku redha bila kau rampas dia dari aku. Aku tak marah. Mungkin sebab kau jauh lebih bagus dari aku. Jauh lebih cantik dari aku. Tapi kenapa kau sanggup bunuh dia? I thought you really love him. Like i do" air mata mula turun di pipinya.

Syee bingkas bangun dan duduk disebelah Kayana. Dia memeluk erat tubuh Kayana. Orang yang pernah dia khianati. Demi lelaki.

"Kau kena percaya kan aku. Kau kenal aku. Kau tahu aku sayang dia. Takkan aku sanggup nak bunuh dia" Syee memandang tepat wajah Kayana.

"Habistu siapa yang bunuh dia? Polis polis kat rumah kau tadi kata kau yang bunuh Amri"

"Polis ada kat rumah aku?"

"Haah. Aku datang nak cari kau. Aku dah redha semuanya. Mungkin Amri memang untuk kau bukan untuk aku. Tapi bila aku sampai, aku tengok ada garisan polis. Bila aku tanya, polis tu kata kau ditahan di balai polis ni sebab membunuh"

"Tak Yana. Bukan aku yang membunuh. Bila aku sampai kat rumah tu, aku tengok Amri dah mati. Sekeliling dia ada banyak gambar gambar dia dengan perempuan lain. Pastu ada gambar dia tidur dengan betina mana tah. DIA YANG CURANG WEH" Syee mula mengalirkan air mata. Dia menekup wajahnya dengan tangan.

"Habis tu siapa yang bunuh dia?"

"Dalam banyak banyak gambar tu, semua gambar dah dikoyak. Kecuali gambar yang dia tidur dengan betina tu. Mungkin betina tu ke yang bunuh dia. Abang betina tu ke. Mana tahu Amri dah pregnant kan perempuan tu pastu dia taknak bertanggungjawab ke"

"Kau dah beri keterangan kat polis ke belum?"

"Keterangan dan bagi. Tapi mungkin akan ada soal siasat. Aku taktahu apahal dorang amik masa yang lama nak soal siasat aku. Nak dera mental aku agaknya"

"Hm, sabar lah Syee. Aku akan cuba bantu kau. Esok aku datang lagi" Kayana memeluk temannya.

"Kau kene tolong aku"

※※※

"Abang, sampai bila nak macam ni? Abang memang tak sayang kan keluarga ke? Busy kerja 24 jam. Abang ingat saya ni tunggul ke kat rumah?" Normah bercekak pinggang memandang suaminya.

"Apa awak merepek ni? Saya ni polis. Saya memang suami awak tapi saya ni hak rakyat jugak." Sazali sedang membutangkan bajunya.

"Oh hak rakyat, habis tu apa hak saya pulak? Kalau betul awak ni membantu rakyat yang memerlukan, habis tu saya perlukan bantuan awak macam mana . Awak kata awak polis. Tapi anak kita yang dah 5 hari hilang macam mana? Saya tak nampak sebarang usaha pon awak nak cari dia" Normah mula membebel panjang.

DEBU (Completed)Where stories live. Discover now