Churros

500 10 1
                                    

Bahan-bahan:

2 cawan air
2 sudu besar gula
3 cawan tepung
2 biji telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak. Pilihlah yang mana satu.

Cara-cara:

1.Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api.
2.Masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.
3.Angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati.
4.Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping.
5.Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.
Angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.

Himpunan ResepiWhere stories live. Discover now