BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung pulut
½ cawan tepung jagung
200gm pes kacang merah/nuttela/apa2 inti yang korang suka
¼ cawan gula
1 cawan air
Sedikit pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung pulut, air, pewarna dan gula ke dalam bekas dan masukkan ke dalam microwave selama dua minit. Kemudian digaul sehingga adunan menjadi kental. Kena trial dan error ni sebab setiap microwave ni power dia berbeza. Yang penting aduanan tu kena jadi kental dan semi transparent/opac.
Taburkan tepung jagung di atas dulang dan letakkan adunan mochi di atasnya. Bentukkan adunan menjadi memanjang dan potong kepada beberapa bahagian kecil (untuk membentuk mochi). Baik-baik panas melecur nih. Pernah kena, he he he...
Ambil satu potongan mochi dan ratakan. Masukkan inti di tengah-tengah kuih dan tutup bahagian yang terbuka. Lagi senang kalau inti tu dah dibulatkan awal-awal dan di bekukan kalau ianya jenis cair.
Lakukan langkah yang sama sehingga adunan habis. Golekkan kuih mochi di dalam tepung jagung dan boleh terus dimakan.
YOU ARE READING
Himpunan Resepi
RandomResepi-resepi pelbagai masakan yang telah dihimpun dari setiap laluan yang pernah dicapai.