Kuih Getas

248 5 0
                                    

Bahan Bahannya :

250gm tepung pulut 

1/2 cawan kelapa parut (bubuh lebih kalau nak lagi sedap) 

1 cawan air (jangan tuang semua) sedikit garam 

Bahan untuk sira : 

1 cawan air

 2 sudu gula 

Cara Cara Penyediaan :

Satukan tepung pulut, kelapa dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. Rehatkan doh selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibentuk. (Paling elok, buat malam pastu bentukkan bujur dan goreng esok paginya) Bentukkan bujur dan leperkan. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan Toskan Proses menyira Sediakan kuali, masukkan air dan gula Masak sehingga ia menjadi pekat (buih2 gula naik penuh dan kecil-kecil) Tutup api Masukkan kuih dan kacau sehingga terbit bunga gula. Angkat dan hidangkan. 

Bila tengok balik resepi ni, rasanya mesti org jepun suka sebab dia ala-ala mochi kan.. pakai tepung pulut. Cuma ia digoreng. Siapa org mesia kat jepun boleh test market nih.

Himpunan ResepiWhere stories live. Discover now