Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap
YOU ARE READING
Himpunan Resepi
RandomResepi-resepi pelbagai masakan yang telah dihimpun dari setiap laluan yang pernah dicapai.