Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumisCara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
YOU ARE READING
Himpunan Resepi
RandomResepi-resepi pelbagai masakan yang telah dihimpun dari setiap laluan yang pernah dicapai.