"Shah sekarang mana nak tegur member en"
Send! Biar bendalah tu terpacak dekat kMoment Wechat nya.Sebenarnya saja je Raihana buat macam tu.Bosan,takda siapa yang ganggu life dia cuti cuti macam ni.Boyfriend?Mengenang akhir relationship dia dengan Zarith,Raihana sengih sendiri.Masih segar di ingatan,malam yang betul betul menghancurkan jiwa kental seorang Raihana.Ingatkan bila dia beri peluang entah kali ke berapa pada Zarith,boleh tebus silapnya pada lelaki tu dan mereka akan kekal.HELL NO.Ternyata Raihana salah percaturan lagi.Dan paling teruk,kali ni dia benar benar sayang pada Zarith.Bukan saja untuk lepaskan bosan,saja nak main mainkan perasaan orang macam yang dia biasa buat.Okay.Ye betul.Raihana tak pernah serius dalam mana mana relationship nya.Dengan Zarith pun entah berapa kali putus lepastu sambung semula.Bukan salah dia okay!Siapa suruh Zarith tak reti jaga hati dia.Memang Raihana tinggalkan jela."Weh,aku nak break"
Mudah bukan?Semudah 123 bak kata Chef Riz dalam iklan spageti apa tah tu.Sungguh,bukan Raihana tak sayangkan Zarith.Dia benar benar harapkan segalanya elok kali ni.Tapi malam tu,dia ambil keputusan untuk tamatkan segalanya.Dia ingatkan dia takkan apa apa.Dan sekali lagi,Raihana silap.Bukan jenis dia menangis sampai bengkak teruk mata ni.Tapi malam tu,dia betul betul terluka.Hatinya hancur.Lebur.Penat menangis,Raihana tertidur dengan bantal yang basah dengan airmata.Pukul 3 pagi baru dia boleh lelap semula bila dia terbangun sebab dada terasa sesak.
"Tinggggggggg!"
Bunyi notification tone menandakan ada mesej masuk mematikan lamunan panjang Raihana.
***************
YOU ARE READING
Oh,Miss Heartless!
RomanceOh,Miss Heartless! "Mengenali kau,aku belajar satu benda.Nak tahu apa?" "Apa?" "Jangan percayakan lelaki.Yang cinta cuma di bibir bukan hatinya.Yang perkataan sayangnya cuma bertahan sekejap,bukan untuk selamanya.Yang cintanya bukan kerana Tuhan tap...