Chapter 7

191 11 0
                                    

"Yahhh!!lepaslah! Apa korang nak buat ni hah?!" lolong Eunbi bila 'The Gijibae' mengheretnya ke taman belakang sekolah.

Pada mulanya Eunbi bersetuju untuk bertemu dengan June kerana kononnya dia ingin minta maaf tentang hal hari tu.

Tapi lain pula jadi bila ahli kumpulan 'The Gijibae' datang dan mula memegang kedua belah tangannya dengan kasar.

June senyum sinis. Sebuah baldi berisi cecair berwarna kelabu di bawa dekat. Busuk!

"Apa salah aku kat korang hah?!Lepaskan aku sekarang." arah Eunbi dia tak berdaya nak melawan kerana salah seorang gadis yang memegangnya mempunyai badan yang sado.

"Sakit..Appa tolong Eunbi.." rintih Eunbi pejam mata.Lengannya sakit apabila digenggam dengan kuat.

"Kau tanya apa salah kau?! Dasar perempuan malang. Kau dah malukan aku depan Song Mino and then kau rapat dengan dia. Kau memang tak guna kan?! Sepatutnya dari dulu kau blah dari sekolah ni!" Bentak June panas hati dengan Eunbi. Sempat dia menunjal dahi Eunbi.

"Song Mino...."getus Eunbi. Kenapa kerana lelaki itu dia perlu hadapi semua ni.

June memberi isyarat pada SooJin untuk menyimbah air dari dalam baldi ke badan Eunbi. Eunbi pejam mata. Tiada apa yang dia mampu buat.

"Yahh~ Korang buat apa ni??!" Tengking Mino sambil tangan dimasukkan ke dalam poket. Dia mendekati gadis-gadis itu. Dia melihat Eunbi yang menunduk.

June kaget tidak menyangka Mino akan muncul. "Haishhh!" Getus June. Dia memberi isyarat pada ahli kumpulannya agar melepaskan Eunbi.

Mereka menolak Eunbi kuat sehingga tersungkur ke tanah. "Auchh!!" Eunbi mengaduh.

"Mino-yaa~ jangan salah faham.Ka..kami cuma melawak je." June senyum kambing cuba menutup salah. Mino senyum sinis.

"Kau tak payah lah nak buli perempuan ni sebab dia dekat dengan aku. Dia dengan aku bukan siapa-siapa. Dia tak ada kena mengena pun dalam hidup aku." Jawab Mino selamba.

Eunbi mendongak , dia memandang Mino dengan muka geram.
June mengukir senyuman gedik apabila mendengar kata Mino.

Tetapi dia pelik apabila Mino menghulurkan tangan pada Eunbi. Eunbi mengecilkan mata. Tangan Mino ditepis. Dia bagun.

"See?! kau dengarkan apa lelaki ni cakap?! Jangan ganggu aku lagi." Eunbi menapak pergi dengan hati yang sakit. Sakit kerana dibuli atau sakit mendengar jawapan Mino dia tidak pasti .

Mino memandang Eunbi yang berlalu pergi. Dia menoleh memandang June. Tangan disilangkan. June mula tersipu- sipu melihat pandangan Mino. Mino senyum sinis.

"And..kalau kau tak buli dia pun. Kau still bukan taste aku. Perempuan macam kau ni bersepah." Mata June membuntang mendengar kata-kata Mino.

"Mi..Mino sampai hati awak.." suara June bergetar. Mino buat muka menyampah.
Dia melihat baldi yang berisi air busuk itu.

Tanpa sebarang isyarat, dia menyepak kuat baldi itu. Habis June dan
ahli 'The Gijibae' terkena tempias air busuk itu. Mereka menjerit gedik. Mino berlalu pergi dengan hati yang puas.

"Park Eunbi.." getus hati Mino..

==== Park Eunbi POV ====

"Mwo?! Tak ada kena mengena!? " soal Eunbi geram. "Nappeun Nom!"

Dia singgah ke taman perumahannya. Dia tidak mahu Omma melihat keadaannya. Lutut yang luka disapu ubat dan ditampal plaster comel bercorak kartun.

"Pasal dia lah nenek-nenek kebayan tu buli aku! Erghhh~Dia tak ada kena mengena dengan hidup aku???! Shit!" Kata Eunbi mengajuk cara Mino bercakap tadi. Dia geram. Kemudian dia mengeluh.

"Tapi betul jugak apa yang lelaki sarcastic tu cakap. Aku bukan siapa-siapa." Eunbi melepaskan keluhan.

"Arghhh~~lantak lah. Aku tak nak ada apa-apa kaitan dah dengan laki tu! Kkeut! " tegas Eunbi. Dia menyandang beg sekolah dan berjalan pulang dengan kaki terhinjut-hinjut.
.......................................................

" Omma mwohae??" Tanya Eunbi yang baru keluar dari bilik. Kelihatan Puan Sulbi sedang memasukkan beberapa jenis side dish kedalam bekas makanan.

"Omma tengah asingkan side dish yang halmeoni kamu buatkan untuk beri pada Puan Sun Hee esok.." kata Puan Sulbi ceria.

"Ouhhhh...." Eunbi baru teringat yang dia perlu mengikut Omma kerumah Kawan baiknya. Dia mencapai sedikit kimchi dan ngap! Kimchi dimasukkan kedalam mulut.

"Ohyaa..kata Puan Sun Hee, dia ada seorang anak lelaki tunggal dan dia sebaya kamu. Kebetulan dia juga sama sekolah dengan kamu. Mungkin kamu kenal?" omel Puan Sulbi. Eunbi menangkat bahu tidak berminat untuk tahu.

"Omma~bab isseo??" Eunbi senyum manja meminta nasi. Selera hulknya buat comeback. Puan Sulbi tersenyum melihat anak gadisnya yang kuat makan itu.

LET'S FALL IN LOVE! (사랑하자 우리!) (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now