Seolah-olah terdapat sebuah banner bertulis "Welcome To The Hell!" dipagar banglo mewah itu 'menyambut' kedatangannya.
Dia menapak perlahan ke pintu banglo itu . Hari ni merupakan hari pertama dia perlu menjadi tutor kepada lelaki sarcastic itu.
Eunbi masuk ke banglo itu bila pintu dibuka oleh pembantu mereka. Dia menjenguk-jenguk sekeliling mencari kelibat penghuni rumah.
"Ohyaa...Tuan dan Puan Song tiada di rumah. Mereka ada urusan diluar. Tapi tuan muda Song Mino ada diatas. Dibiliknya." Terang wanita itu.
"Ehh??~"melopong Eunbi mendengar kata wanita itu. "Takkan aku berdua saja dengan penyu jahat tu?!" Getus Eunbi gelabah.
"Cik Eunbi naik ya." Pesan wanita itu. Eunbi menangguk paksa lalu dia berjalan menaiki tangga banglo itu.
Dia sampai di tingkat dua banglo itu. Terdapat 5 buah bilik di aras itu.
"Uhhh~ajumma tak bagitahu pulak bilik yang mana~"kata Eunbi resah.Dia pergi ke satu pintu dan pintu yang lain. Eunbi mengetuk pintu dan telinganya ditekupkan ke pintu.
Tiada sahutan dari semua bilik itu.Eunbi memutuskan untuk mengunakan cara mudah.
"Mak mak pegi pasar,mak beli baju warna apakah?". Okay settel!.Bilik terakhir dipilih. Eunbi cuba ketuk lagi. Tapi masih tiada sahutan.
Tanpa membuang masa dia terus memulas tombol pintu itu dan menapak masuk.Bilik besar itu kelihatan kemas dan menarik perhatian Eunbi. Dia berjalan ke arah katil.
"Uh?!Dia tak bangun lagi?" kata Eunbi melihat jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10.45 pagi.
"Haishh~dia tahu kan aku akan datang. Menyusahkan betul!" Getus Eunbi apabila melihat lelaki itu masih berselubung dengan comforter."Yahh..bangunlah.." Eunbi menepuk-nepuk comforter itu. Tiada pergerakkan. Dia mendekati lagi. Bahagian tepi pula ditepuknya. .
"Haishh!~dia tidur ke mati ni?" Getus Eunbi geram. "Yah!Song Mino!!" Jerit Eunbi sederhana kuat. Lelaki itu masih tidak mengendahkan panggilannya.
"Erghh~lantak kau lah." Eunbi menoleh untuk berlalu pergi.
"Arhhh!" Jerit Eunbi apabila tangannya ditarik kuat. Dia tersembam ke katil di atas lelaki itu.
"Kim Woo Bin?!!!"jerit Eunbi terkejut. Woo Bin menyelak comforter dari menutup mukanya sehingga menampakkan dada tegapnya. Muka Eunbi pucat lesi. Satu nyawa Eunbi melayang ke langit seperti nyawa seekor kucing.
"Shhhhh~ aku nak tidurlah tupai terbang. Kau bising pagi-pagi ni dah kenapa?" Kata Woo Bin selamba dengan mata tertutup. Tangannya masih merangkul badan Eunbi.
"Ommaaaa!!" Eunbi melompat bangun dan menampar-nampar badan lelaki itu perlahan. Muka Eunbi menjadi merah seperti sos capsaicin. Malu teramat.
"Maaf!! Saya salah bilik!! Saya cari Song Mino!" Terang Eunbi kalut dan keluar dari bilik Woo Bin.
Dia terjelopok setelah keluar dari bilik itu.
Dia tak percaya dengan apa yang dah jadi tadi. Kenapa Woo Bin buat begitu?
"Andwaeeeee~~" jerit Kwangsoo..Eh! Eunbi.."Yahh! Apa kau buat kat lantai tu?" tanya Mino yang baru keluar dari bilik tengah. Dia pelik melihat Eunbi terjelopok di lantai.
"Jatuh lagi ke perempuan ni?? Tsk..tsk.." kata Mino perlahan.Eunbi menoleh. Entah mengapa dia berasa gembira melihat muka lelaki dihadapannya..
" Song Mino!!" Jerit Eunbi teruja. Dia cepat bangun."Taa..taa..tak ada apa-apa saya terjatuhkan subang tadi. " tergagap-gagap Eunbi menipu. Mino mengangkat kening. Kemudian mereka melangkah masuk kebilik study.
.................................................................Buku penuh diatas meja belajar. Mino memusing-musing pen ditangan. Eunbi mencebik.
"Awak faham tak ni?" tanya Eunbi bila melihat riak selamba lelaki dihadapannya.
"Dah banyak kali saya ulang. Awak nak saya ulang lagi ke?" Eunbi hampir hilang sabar.
"Kau yang tak reti mengajar, nak salahkan aku pulak." Sindir Mino saja ingin menyakitkan hati gadis itu. Eunbi mengecilkan mata.
"Dah tahu kenapa awak setuju?" Soal Eunbi menyampah.
"Suka hati aku lah. Lagipun takkan kau nak kecewa kan Omma aku pulak kan??" Saja ditekankan perkataan Omma. Dia cuba mengunci mulut Eunbi dari menjawab. Eunbi mencebik.
"Okay!..cuba awak tengok ni betul- betul....." Eunbi menerangkan untuk kesekian kalinya. Mino menangguk-angguk.
Mino membaling pen nya ke atas meja. Mata Eunbi membulat.
"Rehat dululah~~nanti kita sambung balik. Bosan aku dengar kau mengajar." Kata Mino selamba. Dia mengeliat malas.
"Mwo?! rehat??kita baru je mula belajar." Kata Eunbi rimas dengan karenah lelaki dihadapnya.
"Just a few minutes."kata Mino ,badan diregangkan. Beberapa minit berlalu.
Sesekali Mino memerhati gadis itu. Eunbi sedang sediakan beberapa soalan latihan untuk Mino.
Entah mengapa dia merasa sesuatu apabila melihat Eunbi. Mino mengeluh perlahan. Dia teringatkan kejadian pagi tadi.
Pagi tadi..............
Mino bersandar di kepala katil sambil mendengar lagu melalui headphonenya.
Sesekali dia memandang jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi."Mana perempuan ni? Dah 2 jam aku tunggu. " getus Mino. Headphone dibuka. Dia ingin turun ke bawah untuk menunggu Eunbi.
Daun pintu dikuak sedikit. Berhenti. Dia tersentak apabila melihat Eunbi baru sahaja keluar dari bilik Woo Bin. Dilihat Eunbi terjelopok dengan muka merah.
"Apa dia buat dalam bilik hyung?" getus Mino. Perasaan Mino bercampur baur. Dia menarik nafas cuba mengusir perasaan itu. Dia keluar.
..........................................................
"Hellooooo" Eunbi mengibas-gibas tangannya dihadapan muka Mino. Pelik melihat lelaki itu termenung.
"Kenapa awak termenung ni? Fikir masa depan eh?" Eunbi ketawa perlahan. Mino beriak serius dan merenung Eunbi. Ketawa Eunbi mati , dia menelan air liur melihat pandangan Mino.
"Park Eunbi.." panggil Mino perlahan. Eunbi gelabah.
"Mamat ni dah kenapa pulak ni??~" getus Eunbi. Pandangan mata dilarikan."Sebelum ni kau pernah kenal dengan Hyung? Woo Bin hyung.." Soal Mino serius membuatkan Eunbi nervous.
"A..a...aniyo! Tak pernah!. Langsung tak pernah." Tipu Eunbi. Dia tak pasti kenapa dia harus menipu.
Mino tunduk dan mengeluh. Suasana di bilik itu menjadi awkward.
"Eunbi-yaa..."panggil Mino lagi. Eunbi tersentak. "Uh..uh..Waeyo??" tanya Eunbi risau."Pergi buatkan aku air." Wajah sarcastic Mino muncul balik. Tangan disilangkan. Mata Eunbi membuntang.
"Dia kenakan aku eh?!" getus Eunbi geram."Ehhhh! Saya tutor awak, bukan maid awak okay!" Kata Eunbi lantang.
"Ehhhh! Ini rumah aku, bukan rumah kau okay!" Mino mengajuk cara Eunbi bercakap. Eunbi memberi pandangan menyampah pada Mino.
Eunbi turun untuk ke dapur. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian pagi tadi. Jantungnya berdebar. Eunbi berharap dia tidak bertembung dengan lelaki itu.
Dia berjengket-jengket ke dapur sambil melihat sekeliling.
"Tupai terbang!." sahut Woo Bin dengan suara garau dari belakang Eunbi.
Eunbi tersentak. Dia mengigit bibir."Aishhh~~" Resah Eunbi. Satu lagi makhluk yang perlu dihadapnya. Kim Woo Bin..
Scene to be continue.......
Thank you pada yang membaca FF yang clishe ni..huhuhu..
Pangbob tq support...😙😙😙
YOU ARE READING
LET'S FALL IN LOVE! (사랑하자 우리!) (COMPLETE✔)
FanficKisah PARK EUNBI gadis yang bernasib malang dan bertambah malang bila bertemu dengan dua 'Nappeun Namja' yang memikat hati. "Song Mino, Kim Woo Bin be nice to me~~Jebal!" - Park Eunbi.