Chapter 16

210 9 1
                                    

Dengan malas Mino kemas beg pakaian untuk dibawa ke Jeju-do esok. Percutian yang dirancang sendiri oleh ommanya jadi mereka sekeluarga terpaksa bersetuju.

Mendengar tentang keluarga Eunbi juga mengikuti percutian itu. Perasaan Mino bercampur baur..

Teringatkan sikap dingin yang sengaja dilakukan pada Eunbi disebabkan oleh pengakuan hyungnya tempoh hari .

Dia rasa bersalah kerana bersikap begitu pada Eunbi walhal perasaannya makin menebal pada gadis itu.

"Perlu ke aku berebutkan dia? Patut ke aku mengalah dengan hyung? Dia rasa tak apa yang aku rasa?" Persoalan² itu bermain difikiran.Mino mengeluh kuat .
Badan dihempaskan ke katil.

*seminggu lepas.

"Huge boy!" Mino menoleh bila namanya dipanggil. Hanya Woo Bin gemar memanggilnya dengan panggilan itu sejak kecil lagi. Kerana sikap Mino yang tough + macho gitu.

Woo Bin yang baru pulang dari pejabat mendekati adik sepupunya sambil tangan membawa makanan kegemaran lelaki itu.

"Mwo-hae?" tegur Woo Bin. Bahu Mino ditepuk lembut. Mino menyambut plastik makanan itu.

"Tahu² je perut aku tengah berRapping. " getus Mino suka.

"Hyung tengok kau makin hari makin ceria je..Wae?? Dah ade girlfriend ke hah?" Duga Woo Bin membuatkan Mino tersedak perlahan..

"Aniya hyung!.." kata Mino lalu ngap! sepotong sundae masuk ke dalam mulutnya.

Woo Bin senyum sumbing. "Chishhh~"tin bir dibuka dan diteguk. Woo Bin ingin mengatur ayat.

"Park Eunbi..."nama itu disebut Woo Bin. Mino mendongak melihat hyungnya. Pelik.

"Eunbi kenapa?"tanya Mino acuh tak acuh. Makanan tak jadi disuap ke mulut. Dia menanti ayat Woo Bin seterusnya.

"Keu-yeoja..Hyung rasa hyung suka kan dia.".mengaku Woo Bin selamba lalu meneguk bir lagi.

Mino tersentak dengan pengakuan lelaki dihadapannya. Reaksi apa yang perlu dilakukan dia buntu.

"I want her to be mine." Sambung Woo Bin lagi buat Mino tak senang duduk.

"Lagipun dia cakap dia tak ada sukakan sesiapa. Jadi hyung nak jadi orang tu." Kata Woo Bin tekad.

Mino mengeluh tiada kata yang mampu dikeluarkan.

"Neo..Gwenchana?" duga Woo Bin sengaja. Hakikatnya dia tahu apa yang dirasa Mino saat ini. Tapi....

"Arhhh...of cause i'm okay! Bagus lah kalau begitu. Lagipun dia tak ada sukakan sesiapa right?.." kata Mino dengan nada kecewa yang cuba disorok.

"Baguslah kalau Mino okay." Kata Woo Bin lalu meneguk Birnya.

"Apa yang aku nak rasa sekarang? Kenapa Eunbi??" getus Mino serabut. Seleranya mati.

Pada hari terakhir sekolah. Mino tekad untuk menghiraukan Eunbi. Dia masih tak tahu apa yang perlu dilakukan dan akhirnya dia dapat melihat riak kecewa Eunbi pada hari itu.
...........................................................

Hari yang sangat dinanti Puan Sun Hee dan Puan Sulbi tiba. Tetapi tidak bagi Eunbi. Dia sudah cuba sedaya upaya untuk mengelak dari tidak mengikuti percutian itu tetapi ditentang hebat oleh Puan Sun Hee dan disokong oleh Ommanya..

Jadi dia terpaksa akur. Walaupun semangat untuk bercuti tiada.

Mereka berkumpul di Incheon airport.
"Omooo~~"sambut Puan Sun Hee bila melihat sahabat baiknya itu seperti lama tidak berjumpa padahal baru semalam berkopi bersama.

Eunbi menapak perlahan dengan senyuman paksa. Dari jauh dapat dilihat kelibat Woo Bin dan lelaki yang...'dirinduinya'?....

"Uwaaa!!!Daebak!! Itu ke anak² lelaki Puan Sun Hee??" Jerit Nami teruja. Ditampar lengan Eunbi berkali-kali seperti anjing laut.

Ya..Nami jiran sebelah Eunbi juga mengikuti percutian itu setelah dirasuah Eunbi. Nami bersetuju.

"Awat handsome sangat oii..Makeup akak okay tak Eunbi??" habis keluar dialek yang diturunkan nenek Nami semasa belajar di Malaysia dulu.

Nami terlalu Excited!
Eunbi mencebik. Penyakit betul bawa eonni ni. Gelojoh sangat!.

Tapi dalam diam Eunbi juga mengiakan. Dilihat dua lelaki kacak itu berpakaian kasual tidak ubah seperti k-idol dengan fashion airport mereka. Sangat menarik perhatian gadis² disitu.

Pandangan dimatikan pada Mino. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan kehadirannya. Dia hanya duduk sambil memakai headphone. Eunbi rasa kecewa.

Tapi lain bagi Woo Bin.
Dia mendekati gadis² itu. Nami disebelah sudah seperti pepijat melihat lelaki tampan itu mendekati mereka.

"Annyeong~" ucap Woo Bin ceria. Sunglass dibuka dan diselit dibaju.

"Ann..Annyeong.."sahut Eunbi perlahan . Dia tak selesa untuk bertentang mata dengan Woo Bin disebabkan kejadian malam tu.

"Annyeong!! Saya Nami! Oh Nami!.." Nami dengan lantang memperkenalkan dirinya.
Eunbi disebelah bagai mahu tepuk dahi.
"Cover eonni..cover sikit " getus Eunbi malu.

"Woo Bin-imnida.. kha-ja!.."kata Woo Bin dengan senyum mesra dan mencapai bagasi kedua gadis itu.Namja sangat! Nami bertambah berbunga.

Mereka bertujuh memasuki perut kapal terbang dan mengambil tempat.

Appa Mino,Puan Sun Hee, Puan Sulbi dan Eunha duduk sebaris bersama. Jadi Eunbi dan Nami akan duduk bersama dua lelaki itu.

Tidak seperti Nami, Eunbi gementar.
Woo Bin mengambil tempat di hujung tingkap lalu Woo Bin memberi syarat pada Eunbi untuk duduk disebelahnya.

Mino cuba mengawal riak. Tiba² dengan sepontan Nami bergegas duduk disebelah Woo Bin. Woo Bin senyum sumbing.

Eunbi mendongak melihat Mino disebelah. Mata mereka berpaut sebentar. Dengan riak serius Mino menyuruh Eunbi duduk disebelah Nami. Lalu dia mengambil tempat disebelah Eunbi.

Eunbi tidak selesa dengan situasi itu. Lagi bertambah tidak selesa apabila Woo Bin yang melihat keadaan itu meminta Nami untuk bertukar tempat dengannya.

Ya..Eunbi berada ditengah-tengah mereka sekarang.

"Arghh...Waeeee!"jerit hati Eunbi.

To be continue......

LET'S FALL IN LOVE! (사랑하자 우리!) (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now