Chapter 11

214 11 0
                                    

"Tupai terbang!" panggil Woo Bin apabila melihat gadis itu berjengket-jengket ke dapur seperti pencuri.

Eunbi kaku disitu. Dia tidak menoleh. Takut untuk melihat wajah Woo Bin . Woo Bin melepasinya dan duduk di meja dapur.

"Kau kenapa? Nak buat air ke?" tanya Woo Bin sambil tangannya mencapai roti dan jem.

"Ha'aa...Song Mino suruh saya buat kan air." Kata Eunbi sambil tunduk. Dia terus berjalan ke kabinet dapur.

"Erghhh~ Song Mino!..mana lah aku tahu barang-barang dapur ni kat mana~" rungut Eunbi dalam hati. Woo Bin dibelakang hanya memerhati.

"Milo mana? Kopi mana? Teh mana? Gula mana? Culap mana????! Aku tak tahu!!" Eunbi berdiri binggung di situ.

Woo Bin bangun dari duduk. Dia menghampiri Eunbi. Rapat. Dia berdiri betul-betul dibelakang Eunbi.

"Kopi..Milo..Teh..gula..garam..semua kat atas ni." Woo Bin membuka kabinet atas.

Eunbi memusingkan badan bila merasa lelaki itu terlalu rapat. Dia pegun. Masa seakan berhenti. Dia betul-betul berada di dada lelaki itu. Jantungnya berdegup laju. Dia menelan air liur dan mendongak perlahan. Dia kelu.

Woo Bin memandang Eunbi dengan senyuman dibibir . "Arasseo??" tanya Woo Bin.

Eunbi menangguk laju. Woo Bin kembali ke meja makan. Dia perhatikan gerak geri Eunbi.

" Michyeosseo!! michyeosseo!!" getus Eunbi, dia mahu cepat pergi dari situ. Tangan bergerak tanpa sempat berfikir.

Dia tidak tahu apa yang dibuatnya. Kopi? Milo? Teh? dia tak pasti. Setelah air misteri itu siap dibancuh dia terus naik ke atas.

Woo Bin melihat Eunbi hingga hilang dari pandangan. Dia senyum senget. Briefcase dicapai. Dia perlu ke Gangnam kerana ada meeting penting walhal hari ni merupakan hari cutinya.

......................................................

"Pangg!" Pintu ditutup kuat. Eunbi tercungap-cungap.

"Ohmakhang!" Mino terkejut.
"Yahh! Kau dah kenapa?! Ada hantu kejar kau ke hah?!" tanya Mino sambil mengurut dada.

Eunbi senyum sumbing.."he.he.he..tak ade apa-apa ada lipas kejar" kata Eunbi dan menghulurkan air pada Mino.
Dia duduk kembali di depan lelaki itu. Peluh didahi dipedap. Mino meneguk air misteri itu.

"PFUHHHHHHHH!!!" Habis basah buku di atas meja dan juga.. Eunbi ,disembur air misteri itu.

"Kau nak bunuh aku ke hah??!!" Jerit Mino sambil terbatuk-batuk.Eunbi pejam mata.
Terasa air misteri itu membasahi mukanya dan mengalir ke dagu.

Mino pecah ketawa melihat muka dan rambut Eunbi basah.

"Hah! Tu makan dia!. Nak kenakan aku sangat kan.." kata Mino dalam sisa tawa.

"Yahh!!" Jerit Eunbi geram. Dia pedap wajahnya dengan hujung lengan baju.
"Malang betul nasib aku..hu..huu" getus Eunbi.

"Yah..yahh..sini.." Mino tarik tangan Eunbi kebawah. Eunbi tersentak apabila Mino menyentuh wajahnya. Dilap air yang ada di muka Eunbi .

Dia memandang Mino tanpa berkedip. Satu perasaan halus singgah di hati Eunbi.

"Jom..pergi basuh muka kau. Nanti aku ambilkan tuala." Mino bangun. Dihulur tangan pada Eunbi. Eunbi pegun melihat sisi lain lelaki dihadapannya itu. Tapi cepat dia sedar dan bangun sendiri.

Eunbi ikut Mino ke biliknya. Eunbi melihat sekeliling. Kemas!. Terdapat banyak figura kartun tersusun kemas diatas rak.

Mino membuka almari dan mengeluarkan sehelai tuala dan baju t-shirt miliknya.

"Nah! Baju tu mungkin besar untuk kau. Tapi tukar jelah. Takkan kau nakk......."
Mino senyum sinis dengan kening terangkat . Sengaja menduga Eunbi. Mata Eunbi membulat. Tangan disilangkan ke dada. Byuntae!.

Mino ketawa perlahan. Dia keluar dari bilik dan menutup pintu, memberi privasi pada gadis itu.

Selesai menukar baju Eunbi duduk di katil Mino. Dia lihat sekeliling ,sesekali dia lompat perlahan di atas katil.

"Hurmm..bilik ni..bau Mino!" kata Eunbi tanpa sedar. Dia tersenyum.

"Wait! Eunbi kau dah gila!!" Sedar Eunbi dia bangun dari duduk. Ditampar mukanya perlahan.

"Jongshin chariyo Eunbi-yaa!" Dia usir perasaan halus yang singgah di hati.

Hari sudah petang. Eunbi pulang ke rumah menaiki bas. Baju Mino yang agak besar tersarung dibadannya. Entah mengapa selepas dari kejadian tadi. Mereka menjadi awkward.

Dia tak mampu hendak memandang wajah lelaki itu. Malah apabila Mino mahu menghantarnya pulang ,dia tolak.

"Song Mino~...Kim Woo Bin~.." dia mengeluh.

Ada banyak kesilapan tatabahasa. Harap maklum. Saya cuba mudahkan ayat utk senang difaham. Thanks to reader yg sudi baca ff ni.....😄😄😄

LET'S FALL IN LOVE! (사랑하자 우리!) (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now