Cuti sekolah bermula setelah pelajar tinggi Hansung tamat menduduki peperiksaan akhir .
Eunbi kembali membuat kerja sambilan. Dia bekerja di kedai serbaneka pada waktu malam dan membantu Ommanya di kedai dobi pada waktu siang .
Dia mengemas stok barang yang baru tiba di kedai serbaneka. Fikirannya melayang sebentar.
Eunbi teringatkan lelaki yang memiliki ciuman pertamanya. Ya Song Mino!.
Sudah lima hari dia tak berhubung dengan lelaki itu sejak peperiksaan akhir tamat.
Reaksi yang diberi Mino pada hari terakhir persekolahan tempoh hari membuatkan perasaan Eunbi bercampur baur. Eunbi mengeluh.
*Hari Terakhir persekolahan
Pelajar tinggi Hansung bersorak gembira apabila peperiksaan tamat.
Eunbi mengemas beg sekolah dengan senyuman dibibir.
Dalam perjalanan keluar dari sekolah,dia ternampak kelibat Mino yang jalan melepasinya. Eunbi senyum suka.
"Song Mino!" sahut Eunbi berkali- kali. Tetapi lelaki itu tidak menoleh. Eunbi berlari anak mendapatkan Mino . Lengan Mino dipegang perlahan.
"Song Mino!..exam ottae.." belum sempat ayat dihabiskan. Mino menoleh dan berdecit. Tiada secalit senyuman diwajah lelaki itu.
"Apa kau nak!? Aku nak cepat." Kata Mino dengan nada kasar. Eunbi pegun, terkejut dengan sikap Mino. Lengan Mino dilepaskan.
"An..aniyo..sa..saya cuma.." Eunbi seperti tercekik kan sesuatu untuk meneruskan ayat. Tubir mata terasa panas.
"Erghh!" Mino berlalu pergi begitu saja meninggalkan Eunbi.
'The gijibae' yang kebetulannya lalu disitu memberikan senyuman sinis pada Eunbi.
Entah mengapa dia sedih dengan sikap Mino yang tiba² berubah tidak seperti hari² yang lepas.
...................."Hemm...dia ada masalah ke?" duga Eunbi tidak mahu bersangka buruk. Tangan kembali sibuk menyusun barang.
Tiba² kedengaran seseorang berdehem dan setin minuman sejuk ditekapkan ke pipi Eunbi dari belakang.
Eunbi kaget. Cepat dia menoleh.
"Uhh...Kim Woo Bin shi??" sahut Eunbi terkejut melihat lelaki itu.
Woo Bin tersenyum manis. Dia menghulurkan tin minuman pada Eunbi.
"Nah!..jum temankan aku makan ramen kat meja tu." ajak Woo Bin. Eunbi teragak-agak dan setelah dipujuk Woo Bin, Eunbi akur. Kebetulan kedai serbaneka itu agak lenggang.
Ramen panas ditiup Woo Bin. Eunbi hanya memerhati, sesekali dia meneguk minuman.
"Hemm..Woo Bin shi..Song Mino -ga.... gwenchanaseyo??" Eunbi mengatur ayat menanyakan tentang Mino.
Woo Bin tidak terus menjawab . Dia menghirup kuah ramen. Kemudian riaknya sedikit berubah. Eunbi setia menanti jawapan Woo Bin.
"Arhhh...Song Mino?.. dia okay je..By the way..tak payah la ber'shi'² dengan aku. Panggil je Woo Bin oppa .." gurau Woo Bin membuatkan Eunbi tersedak.
Mereka ketawa kecil.
"Wae? Dia ada cakap apa² ke?" tanya Woo Bin dan sambung menyuap ramen ke mulut."Aniya..geunyang ~"Eunbi geleng perlahan walhal dia tertanya-tanya mengapa Mino begitu.
Woo Bin mencuri pandang wajah gadis dihadapannya yang sedang meneguk minuman. Diakui Eunbi telah membuatkan hatinya merasa sesuatu..
"Tapi kenapa dia..patutkah aku..." getus Woo Bin....
....................................................
Jam menunjukkan pukul 9.45 malam. Eunbi pulang dari kerja. Kelihatan Puan Sulbi sedang melipat kain .
"Eunbi-ya waseo~ pergi lah makan. Omma dah sediakan makanan. Manhi-mokgeo~" Suruh Puan Sulbi lembut.
"Nae~nanti ya Omma. Eunbi nak mandi dulu." Kata Eunbi walaupun sebenarnya dia tidak berselera untuk makan..
"Ohya..Eunbi sini kejap " Puan Sulbi bangun mencapai sesuatu di kabinet.
"Ini. Puan Sun Hee berikan kita tiket penerbangan ke Jeju-do. Dia mahu kita sekeluarga pergi bercuti bersama keluarganya. " melopong Eunbi mendengar kata Ommanya.
"Bercuti ??? Kita??" Eunbi menjadi resah. Macam² bermain difikirannya. Sikap dingin Song Mino dan kata² Woo Bin tadi membuatkan Eunbi serabut.
Bagaimana dia hendak berhadapan dengan dua lelaki itu.
==== Kim Woo Bin POV ====
Woo Bin bersantai di meja dekat kolam. Dia teringatkan kata-kata nya pada Eunbi tadi. Dia mengeluh.
"Tak salahkan kalau kali ni aku jujur dengan perasaan aku?" soal Woo Bin pada diri sendiri.
*Di kedai serbaneka tadi.
Selesai makan Woo Bin ingin berlalu pulang. Eunbi menghantar Woo Bin ke keretanya yang berada dihadapan kedai itu.
Woo Bin berdiri mengadap Eunbi.
"Gomawo~ temankan aku makan." ucap Woo Bin dengan senyuman manis di bibir.
Eunbi mengangguk perlahan dan membalas senyuman itu.Woo Bin merenung wajah Eunbi sebentar. Eunbi jadi kalut dengan renungan itu.
"Wae?? Ada apa² ke kat muka saya?" Eunbi meraba-raba mukanya.
Woo Bin menarik tangan Eunbi perlahan kebawah lalu meletakkan kedua belah tangannya ke pipi Eunbi.
Eunbi berdebar kuat. Renungan dan senyuman lelaki itu membuatkan dia resah. Muka terasa panas.
"Hemm...tupai terbang~apa kau dah buat dekat aku dengan Mino ni?" Kata Woo Bin perlahan namun dapat didengar Eunbi. Renungan tidak putus.
"Errr..Waeyo Woo Bin shi??"dia cuba menarik tangan Woo Bin dari pipinya.
" Jamkkanman...."pinta Woo Bin lembut.Eunbi merasakan sesuatu segera melarikan pandangan.
"Eunbi-yaa.. Park Eunbi... "
"Date with me and be mine.."kata Woo Bin dalam nada serius membuatkan Eunbi melopong dan berundur sedikit kebelakangan."Mwo?!..Aku salah dengar ke?"getus Eunbi tidak percaya. Melihat Eunbi pegun begitu Woo bin menyentuh bahu gadis itu.
Eunbi menunduk. Woo Bin senyum hujung bibir.
"Aku nak jawapan kau even bukan sekarang. Aku serius." Kata Woo Bin membuatkan Eunbi mati kata.
"Err..err...awak balik lah dulu dah lewat." Eunbi cuba mengelak dan menoleh untuk pergi.
Tapi sempat Woo Bin mencapai tangan gadis itu.
"Jinjja Eunbi-ya..please think about it."
"Aku balik dulu eh!" Pamit Woo Bin dengan nada ceria. Rambut Eunbi diusap perlahan lalu dia beredar.Eunbi berdiri kaku disitu.
........................Woo Bin meraup rambutnya kebelakang.
Untuk pertama kalinya ego lelakinya ditolak tepi kerana seorang gadis. Ya.. Park Eunbi.Thanks for reading...even hanya beberapa org je yg bca ff ny..im still so happy..makaseh...kekeke....
YOU ARE READING
LET'S FALL IN LOVE! (사랑하자 우리!) (COMPLETE✔)
FanficKisah PARK EUNBI gadis yang bernasib malang dan bertambah malang bila bertemu dengan dua 'Nappeun Namja' yang memikat hati. "Song Mino, Kim Woo Bin be nice to me~~Jebal!" - Park Eunbi.