tujuh

1.9K 218 28
                                    

[Jungkook's pov]
Akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Aktiviti perkhemahan. Wush, aku tak sabar :3 aku pun kemas la semua barang-barang. Hehehe, aku ni suka buat last minute. Alah, korang pun sukakan buat kerja last minute? Besa laaahhh.

Aku pun sarungkan baju sukan dan seluar sukan sekolah. lepastu turun bawah makan sarapan. "Good morning eomma appa." Aku ambil roti dan ngap! Pastu aku teguk air susu.

Selesai menjamah, aku pun keluar dari rumah. Hari ni appa hantar. Yela, beg gua besar do. Takkan nak naik bas awam bawa beg ni pergi sekolah? Aiseh mannn, malu la aku. Appa pun pecut la, apa lagi. Aku pun turun dan ambil beg aku kat belakang.

Aku nampak Jimin. Aku pun lari kat dia sambil seret beg tu. Macam budak-budak tadika bawa beg roda pulak. "Yo man!" Aku tegur. Kami pun buat tagline kami, tumbuk tampar sana sini. "Wei, aku tak sabar ah. Kat tempat tu nanti, aku nak usha Sana puas-puas. And then, aku nak try confess pasal feeling aku." kata aku sambil duk berangan. Jimin tergelak kecil. "Orang yang entah suka kau ke tak jugakla kau nak. Orang yang duk tunggu kau, kau tak nk pula." Kata Jimin. Pft, tahu sangat sapa dia maksudkan. Sapa lagi kalau buka Minjoo. Rasa macam telinga aku ni alergik ja.

Sebut pasal dia, ha tudia. Dia datang sambik duk lambai-lambai. Lambai kat sapa la tu. "Hai korang." Sapa dia. Jimin membalas sapaan dia, tapi aku tak. Lantak kau la nakkk. Aku main henfon ai jela ye? Aku pun tak pedulikan la dia. Apa yang dia cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Akhirnya, ada sesusuk tubuh menangkap perhatian aku. Sana 😍. She looks so beautiful even just pakai baju sukan. Muka nampak natural ja. Pandai bakal bini aku mekap an? Ha, lawa ja.

Dia, orang yang aku admire. Sana.

[Minjoo's pov]
Aku perati ja Jungkook ni. Tak endahkan aku lansung. Aku ni memang tak layak dilayan oleh dia ke cane? Aku pun sembang jela dengan Jimin dah dia yang paling peramah dan nak bercakap. Muncul la si puteri yang menakluki hati Jungkook, Sana. Hemph. Aku mula la nak hilang mood. Sana pun datang dekat kami. Tapi dia pergi kat Jungkook ja.

Diorang pun sembang rancak. Jelesnya aku. Teringin aku nak dipandang oleh Jungkook macam Sana dapat. Teringin nak dilayani macam Sana dapat. Kenapa mesti Sana? Sana ni budak baru yang muncul tahun lepas je kot. Suka hati nak ambik crush aku. Bij. (Omg, jangan kecam saia XDD)

Cikgu Song Joongki dengan kakak kembar dia Song Jihyo mengarah semua pelajar untuk berkumpul di tapak perhimpunan. Cikgu-cikgu yang terlibat berdiri di belakang dua cikgu tu. "Baiklah semua. Sila bawa bertenang. Kita akan bertolak dalam 5 minit lagi. Sabar ya? Dalam masa kita duk tunggu ni, cikgu nak bagi taklimat sikit pasal rules dia. Okay? Tolong pasang telinga!

1) tak boleh merokok!
Cikgu tahu, ramai dikalangan kamu dah pandai merokok. Jadi, ni dilarang sama sekali.

2) minum arak
Ni pun cikgu tahu, ada dah yang tahu dan pandai minum. tapi takut benda tak diingini berlaku. So please, yang bawa tu tolong letak depan.

3) bergaduh
Ni benda paling popular berlaku kat sekolah. Gaduh sebab awek la apa la. Please, jangan gaduh!

4) merayau dan masuk dalam hutan
Ha ni, cikgu paling risaukan. Tolong dan tolong jangan merayau, terutama waktu malam, takut ada hantu datang culik ka binatang buas ka. Masuk dalam hutan jangan dalam sangat. Lagi bahaya. Nanti tak jumpa jalan balik sesat kami juga kena bertanggungjawab.

Setakat tu jela rules dia. So tolong patuhi rules okay?" cikgu Song joongki melihat jam tangannya.

"Baiklah, dah 5 minit pun. Jom!"

Semua pelajar berjalan dalam barisan untuk naik ke bas. Kami naik bas pertama. Kelas bercampur. Aku nak duduk sebelah Jungkook, tengok-tengok Sana dah duduk. Tengok sebelah Jimin yang kosong. Duduk jelah.

-skip-

Sampai juga akhirnya ke tapak perkhemahan. Jalan ke tapak perkhemahan tak berhutan sangat. Tapi sampai je ke tapaknya, hutan sekeliling. Semua pelajar diminta berada dalan kumpulan, satu kumpulan 5 orang. Aku pergi ke arah Jungkook. Ya, muka meluat dia tengok aku. Terima jela hakikat..

[Jungkook's pov]
Minjoo datang ke arah aku dan Jimin. Tahu sangat la tu, nak sau group ngan aku. Eish, Jimin ni bodoh la, kenapa kasi Minjoo satu kumpulan ngan kami? Rasa nak luku kepala Jimin je. --'

Aku ternampak Sana. Apa lagi, aku cepat-cepat tarik tangan dia. "Sana jom masuk kumpulan aku." Aku mengajak. Yes! Dia setuju. Kemudian Kim Taehyung datang dan masuk group aku. Yang tu aku tak kisah. Akhirnya dah cukup juga 5 orang. Kami pun tulis nama kasi kat cikgu.

Kami pun dirikan khemah. Setiap kumpulan kena ada 2 buah khemah. 1 untuk lelaki dan 1 lagi untuk perempuan. Kami semua pun dirikan satu per satu khemah. Ah, akhirnya dah siap. "Baiklah, kena ada dua tak pun tiga pergi ambil kayu api. Kita kenalah buat unggun api sendiri. Takut nanti malam sejuk sangat-sangat." Kata Jimin. Uh, dia guna kuasa dia sebagai ketua kumpulan. Tapi tak apa, aku nak pergi. Aku pun angkat tangan. "Aku nak pergi!" Jerit aku. "Okay baiklah. Jungkook, kau pergi."

"Sana jom?" Ajak aku, dia pun ikut. "Tunggu aku nak ikut jugak!" Ish, Minjoo ni sibuk je. Aku nak luangkan masa dengan Sana dia pulak menyibuk. Sepanjang kami mengutip kayu api, aku dan Sana je asyik duk bersembang sampai bergelak tawa lagi. Minjoo kekal diam. Aku nampak dia jeles, heh. Sapa suruh gatal nak ikut. Lepas tu kami balik ke tapak perkhemahan semula. Minjoo duduk menongkat wajahnya. Ah sudah, rasa bersalah pulak.. patut ke aku layan dia macam tu?

Aku tertanya-tanya. Tapi aku taknak bagi harapan palsu. Tiba-tiba aku ternampak air mata dia turun ke pipi. Jungkook, tengok apa kau buat. Aku pergi dekat dia dan aku melutut untuk jadikan aku paras dia. Aku perlahan-lahan mengesat air mata dia dengan ibu jari. Entah kenapa aku pun rasa nak menangis. Aku tersentuh. Wajah dia nampak kain dari lain.

Dia pandang aku. Dia terkejut, aku cuba senyum tapi dia kalih ke tempat lain. Dia jauhi aku. Tengok apa kau buat Jungkook. Aku hanya facepalm diri sendiri. aku pergi dekat beg aku, nak ambik buku baca sebab bosan. Sekarang ni waktu free untuk pelajar. Sekarang ni dah pukul dalam pukul 2 petang baru. Aku nampak sticky note. Heh, memang pasti mesti ada punya. Aku pun baca;

Salahkah aku sukakan kau? Kenapa layan aku macam tu?

Wadafak. Bila masa aku layan orang ni 'macam tu'. Apa dia maksudkan? Tiba-tiba ada sticky note melayang ke arah aku;

Takkan kau tak tahu aku siapa?

Tak aku tak tahu. Tolong munculkan diri. Kemudian ada lahi sticky note melayang dekat aku. Aku terkejut bila membacanya;

Ni aku, Minjoo. Kang Minjoo, orang yang kau layan nak tak nak tu. Aku yang hantar semua sticky note dekat kau. Maaf kalau aku takutkan kau ;)

Gila punya Minjoo! Dia yang hantar rupanya. Aku ambil senua sticky note tu, ronyok-ronyok dan lempar ke lantai. "Dasar psycho!" Aku jerit. aku terus pergi kepada Jimin.

a/n;
Omg, ada 1165 perkataan 😱😱 omo, for the first time buat sampai banyak tu. Ehehe rajin pulak buat panjang-panjang. Tapi sorry ka kalau tak best tambahan pula panjang sangat 😌🙇
Jangan lupa vote+comment~

Sticky NotesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang