[Minjoo's pov]
Kepala aku sakit sangat sebab duk study add math dari tadi. Dah berapa jam tanpa rehat. Balik sekolah terus hadap benda alah ni sebab aku tak berapa nak pandai addmath. Senarnya ada lagi subjek aku lemah ni, tapi aku terlalu fokuskan pulak dekat addmath. "Arghhhh!" Aku serabutkan rambut aku. Pening sia buat soalan kbat++ yang dia bagi ni. Tapi aku tak nak berhenti sebab sepanjang aku study ni, tak fikirkan apa pun. Aku pun tengok jam dekat dinding. Dah pukul 2 pagi dah. Tak apalah. Esok pulak aku sambung. Pft cakap je esok nak sambung, tapi minggu depan pulak baru sambung.Aku pun turun bawah nak buat air coklat panas sebab aku tengah stress gila, lepas siap bancuh aku ambik biskut then aku makan dengan cicah biskut dalam air coklat panas. Aku pun duk pusing-pusing stool bar yang ada kat meja kaunter ni. Haaa aku datang ke dapur pukul 2 pagi woo. Berani an? Tu pun nasib la rumah ni tangga tarak banyak kena mendaki.
--lala--
Bunyi jam loceng aku buatkan aku terbangun. Jadi aku serta merta bangun dan bersihkan diri, lepastu aku pakai baju dan semburkan minyak wangi. Lepas tu aku turun bawah. Eomma tengah sarapan, aku pun join. "Minjoo, hari ni abang kamu Mingyu akan balik dari US. Jadi bilik dia tu tolong kemaskan lepas balik sekolah boleh? Sebab eomma nak keluar lepas ni dan eomma tak balik lagi waktu kamu dah balik sekolah, tambahan eomma nak pergi ambil abang kamu dekat airport." Kata eomma. "Okay." Aku buat tanda okay dengan tangan. Lepas habis makan roti yang disapukan mentega kacang, aku pun terus jalan kaki pergi bus stop.
Aku letak earphone dekat telinga. Bila bas datang, aku pun naik.
----
Aku pun turun sebaik saja dah sampai dekat sekolah. Aku masuk begitu juga pelajar lain. Aku jalan mendekati loker aku. Tiba-tiba aku ada nampak macam satu poster dilekatkan dekat loker aku. Aku tengok pelajar lain, diorang pandang aku lain macam. Aku pun jalan semakin dekat.
Mata aku terbeliak kerana terkejut. Sapa yang sanggup buat macam ni?! Aku ambik poster tu dan koyak-koyakannya. Sapa berani edit gambar aku berbogel ni?! Aku terus ambik buku apa yang patut dan jalan pergi ke kelas. Pelajar-pelajar lelaki yang nampak aku tengah berjalan, diorang bersiul. Ada yang kata "kau buat perkhidmatan eh? Puaskan aku boleh?" Aku tutup telinga dan lari.
Manusia bangang mana yang sanggup buat aku macam ni?!
Aku masuk dalam kelas, budak lelaki pandang aku dengan senyuman sinis. Tahu sangat. Tiba-tiba ada budak laki angkat skirt aku. Aku menjerit. Aku duduk dekat tempat aku dan menahan malu. Apa salah aku sampai perlu terima benda-benda macam ni?
Aku meletakkan muka aku ke dalam lengan aku. Air mata pun mengalir. Emosi aku terganggu. Ni mesti kerja Jimin, tak pun perempuan tu, Dahae. Aku bangun dan berjalan ke arah diorang yang tengah duk bersembang, lepas tu aku tampar muka dorang. "Woi pompuan. Kau apahal?" Tanya Jimin yang bangun dari tempatnya. Dahae menjeling ke arah aku. "Kau dua yang aku macam ni kan? Kau dua yang edit gambar aku berbogel lepas tu sebar satu sekolah!""So? Lain kali, jangan cari pasal dengan aku. Jimin, jom pergi tempat lain la." Kata Dahae. Aku dah tak kira, kemarahan kuasai diri aku. Aku tarik tangan Dahae, dan tolak dia ke dinding. "AARGH!" Tanpa sengaja, kepala dia terkena bucu meja. Dia pun tak sedarkan diri. "Kau tak guna!" Aku tak tahu Jimin nak buat apa. Dia tumbuk aku dengan kuat. Dan akhirnya aku tak nampak apa-apa hanya gelap.
Aku bukak mata aku. Aku dengar bunyi 'bip, bip, bip'. "Syukur kamu dah bangun. Nasib kamu tak apa-apa; cuma pengsan saja." Kata eomma sambil usap tangan aku. Aku tersenyum pahit. "Minjoo, ni oppa." Mingyu oppa munculkan diri depan aku. Tiba-tiba pintu bilik wad aku diketuk dan kemudian dibuka. Orang tu Jungkook. Dia senyum melihat aku. "Nasib baik awak dah sedar. Makcik, saya bawakan buah tangan." Kata Jungkook. "Terima kasih ya Jungkook." jungkook duduk sebelah aku, dan ambil tangan aku. "Minjoo. Maafkan aku sebab aku tak ada dekat situ waktu tu. Jeongmal mianhae. Aku ni lelaki tak guna. Aku kata je suka kau, tapi aku tak lindungi kau pun!" Katanya. Aku dapat tengok yang dia ikhlas dan maksudkannya. Air mata dia mengalir. Mingyu oppa perhatikan dia dan mengeluh. Kemudian dia dan eomma keluar dari bilik wad aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/74177951-288-k155528.jpg)
YOU ARE READING
Sticky Notes
Fanfic❝Kenapa kertas ni boleh ada pada kau? ❞ ❝Entah. Kertas kau tak suka awek kau kot, sebab tu dia melayang pergi kat aku. Kalau kau nak melayang pergi kat aku pun boleh jugak. ❞