[Minjoo's pov]
Lepas nampak yang dia peluk perempuan lain depan-depan mata aku, air mata aku pun jatuh. Sapa tal sedih bila nampak boyfriend sendiri curang? Aku cuba fikir positif. Tapi otak aku ni fikir lain, perasaan aku lain macam. Aku tak leh terima. "Minjoo?" Seseorang pegang bahu aku. Aku pun terkejut. Lah Jungkook rupanya. Eyy buat orang terkejut lak."J-jungkook.." aku panggil nama dia perlahan. Dia terkejut tengok aku. Yelah sebab aku tengah menangis. "Kau okey tak?" Tanya dia. Boleh gi tanya. Terang-terang nampak aku tengah menangis. Aku tak okey la Jeon Jungkook oi --'
"Ofkos la tak. Kau nampak aku macam okey ke?" Tanya aku dengan sedikit kasar. "Kau dah nampak ke tadi?" Aku angguk. "Kalau kau nak tau, perempuan tu teman wanita Jimin. Diorang tak berpisah lagi sebenarnyam tapi Jimin nak lupakan dia. Tak sangka dia pergunakan kau.." kata Jungkook. Aku tak tahu la kalau dia ni cuba nak burukkan Jimin atau dia cakap benda yang betul. Aku tak tau. "Minjoo... aku suka kau. Lupakan dia okay?"
Sekarang Jungkook pula suka aku. Jadi pilih Jungkook atau Jimin?
[Jimin's pov]
Aku dan Dahae pun balik kelas lepas loceng bunyi. "Balik nanti kita jumpa eh?" Kata aku. Dahae senyum dan pergi ke meja dia. Tiba-tiba tangan aku ditarik. Kelihatan Minjoo berdiri depan aku sambil pandang aku dengan kerutkan wajah dia. Air mata dia pun mengalir. "M-minjoo. Waeyo?" Tanya aku. Aku tiba-tiba menjadi risau. Pehal lak dengan yeochin aku ni?Dia menumbuk dada aku dengan tumbukan yang lembut. Air mata dia mengalir. Dia genggam blazer aku dengan kuat dan kepala dia tertunduk. "Kenapa kau gunakan aku? Kalau kau tak cintakan aku, bagitahu jelah! Aku tak suka dipergunakan. KAU JAHAT!" katanya dengan menjerit. Boleh katakan ramai orang pandang. Diorang semua berbisik.
"M-minjoo.. ramai orang pandanglah.."
"Kalau kau tak cintakan aku, bagitahu! aku takkan jadi yeochin kau lagi. Kenapa kena tipu? Ah, aku tahulah aku bodoh. Tak reti fikir dan syak kalau-kalau kau ada cintakan orang lain sebenarnya. Kau tak tahu perasaan dikhianati kan? Jungkook, aku suka dia. Tapi dia suka orang lain. Kau, kata kau cintakan aku, tapi sebenarnya tipu. Cara kau lagi menyakitkan hati tau tak! ARGHHH!" Minjoo pun menjerit sekuat hati. Dia dah tahu pasal aku dah Dahae.
Apa aku kena buat?
Semenjak dia cakap semua tu dekat aku, semua orang dah tahu pasal hubungan aku dengan Minjoo. Cuma tak ada sapa tahu sapa orang ketiga tu. Makin ramai tahu, makin ramai ship kami dua, dan maki memaki orang ketiga yang cuba nak 'hancurkan' hubungan aku dan Minjoo.
Bila Dahae dapat tahu aku ada orang lain, ingatkan dia nak melalak macam Minjoo, rupanya tak. Dia tak kisah sebab dia tahu aku cintakan dia. Ya, betul. Lepas Dahae balik semula, hati aku completely berubah. Aku dah suka balik dekat Dahae.
[End of pov]
Dahae berjalan sekitar sekolah. Tiba-tiba ada tiga orang perempuan kepung dia. Orang sekeliling tak pandang dan kisah lansung. "Ouhh, kau lah betina yang cuba nak hancurkan hubungan Minjoo dengan Park Jimin tu kan?!" "Pergh, dasar perempuan sial!!" "Perampas! Orang punya jugak kau nak rembat!!" Kata tiga orang perempuan tu. Dahae pandang diorang dengan pandangan tajam. Dia tak kesah orang kata apa. Yang penting Jimin dia punya.
"Kau kata lah apa pun kat aku, aku kisah apa? Jimin aku punya. Perempuan gedik; Minjoo tu yang perampas!" Kata Dahae. "Apa kau kata?" Minjoo entah dari mana tiba-tiba muncul.
PANGGG! PANGGG!
Dua kali Dahae ditampar Minjoo. "Perempuan gedik? Aku, perampas? Well, aku tak tahu Jimin pernah bercinta dengan kau dan aku tak tahu dia masih ada hati kat kau! Kau tu la yang tiba-tiba muncul. Kau buat Jimim suka kau balik, KAU LA PERAMPAS TAK GUNA!!"
PANGG!
Sekali lagi Dahae ditampar. Ada beberapa orang gelakkan dia. Tak ada siapa yang tolong. "DAHAE!" Jimin yang tengah cari Dahae, ternampak perbuatan Minjoo yang tampar Dahae. "Gwaenchana? Muka awak ada kesan merah la. Yah, Minjoo. Suka hati kau je nak tampar orang. Dah la, kalau kau tak boleh terima aku ada orang lain, dan tambahan pulak perangai kau macam ni, kita putus. Dahae yang tahu kita berdua bercinta pun still dia dapat terima. kau? Dah la Dahae. kaja." Jimin bawa Dahae pergi.
'Kita putus'. Dua perkataan yang amat menyakitkan hati dan akan hancurkan hati siapa-siapa saja. Minjoo rasa bagai tak boleh bernafas. Dia tahu, mungkin sekarang dia nampak macam watak jahat. Tapi sapa tak marah dan kecew bila dapat tahu orang yang dicintai ada perempuan lain kan? Mesti kecewa. Macam tu lah Minjoo.
"Minjoo, pengetua nak jumpa kau."
Kata seorang pengawas. Minjoon tertunduk dan pergi ke pejabat pengetua. -- dia berdiri di depan pintu bilik pengetua. Dia lap air matanya dan buat dirinya nampak natural. Dia pun ketuk pintu. "Masuk." minjoo pun masuk.
Dia beridiri tak jauh dari meja pengetua. "Saya dengar awak tampar muka anak saya. Betul ke?" Tanya pengetua. Minjoo terkejut. Tapi dia kekalkan poker face. Rupanya Dahae anak pengetua. "Ya. Saya tampar dia." Dengan selamba dia menjawab.
"Baiklah. Disebabkan saya masih bermurah hati, saya lepaskan. Tapi kalau saya dengar lagi, awak digantung." Kata pengetua. "Keluar." Minjoo pun keluar. Sekali lagi dia menangis. Dia manusia biasa yang tak kuat. Jadi dia hanya mampu menangis.
Dia rasakan dia sedang berada dalam pelukan seseorang. Orang tu menepuk belakangnya untuk memujuk. Minjoo perlahan-lahan pandang wajah orang tu. Jungkook...
"Shhh. Nangislah sepuas hati awak."
Minjoo tolak Jungkook dan lari daripadanya. Dia dah tak boleh. Hati dia bagaikan dah tertutup. Tak dapat lagi nak terima.
Jungkook, orang pertama yang dia suka. Sebenarnya dia sukakan Jungkook dari tahun lepas, tapi lepas insiden sticky note melayang tu, dia dapatkan keberanian dari tu untuk hantar sticky note dekat Jungkook. Tapi Jungkook layan dia macam apa lagi, so dia mula tak suka. Jimin pula confess kata suka dia. Dan akhirnya diorang bercinta, tapi pengakhirannya diorang putus. Taehyung pula, dari kawan rapat, terus jadi 'orang yang tak dikenali'. Kenapa semua jadi macam ni? Sebab aku yang tulis cerita ni. Lol.
--lala--
"Baiklah kelas, peperiksaan akhir tahun dah hampir. Peperiksaan ni akan tentukan kamu lulus atau tak untuk masuk Universiti." Kata Cikgu addmath kelas 5A-1. Semua pelajar merintih. Yela dah peperiksaan akhir tahun tu, kenalah study lebih. Minjoo rasa otak dia serabut sekarang. Jadual peperiksaan diedarkan.
Dia tengok dekat jadual. Lepas dua minggu baru periksa. Dia mengeluh.
Jimin dan peperiksaan. Dua-dua menyakitkan hati, buat otak aku serabut.
a/n;
Lmao, rasa macam cepat sangat ja depa dua ni putus >< hehehe ringan-ringankanlah tangan mu untuk vote ;) abaikan typo 😂
chimyinyin
YOU ARE READING
Sticky Notes
Fanfiction❝Kenapa kertas ni boleh ada pada kau? ❞ ❝Entah. Kertas kau tak suka awek kau kot, sebab tu dia melayang pergi kat aku. Kalau kau nak melayang pergi kat aku pun boleh jugak. ❞