sembilan

1.6K 202 20
                                    

Dah masuk hari ketiga untuk aktiviti perkhemahan. Minjoo, Jimin, Jungkook, Sana dan Taehyung agak kebosanan. Diorang tak ada benda nak buat. Cikgu suruh buat kerja masing-masing sebelum mulakan aktiviti yang bakal dilakukan. Mereka hanya duduk di dalam bulatan. Minjoo, duduk jauh-jauh dari 3 manusia tu. Dia duduk dekat dengan Jimin.

"Nak buat apa?" Tanya Jungkook. Masing-masing angkat bahu. "Huh, kita duduk jela macam ni." Jawab Taehyung. Jimin bangun dan menarik tangan Minjoo. Minjoo terkejut, dia hanya mengikut ke mana Jimin bawa dia. Jimin bawa dia tak jauh dari mereka semua. Jungkook, Taehyung dan Sana hanya memerhati.

"Awak dah tahu kan pasal perasaan saya terhadap awak?" Tanya Jimin. Minjoo hanya angguk. "Kalau macam tu, terimalah saya jadi teman lelaki awak. Saya janji akan bahagiakan awak." Kata Jimin sambil menatap mata Minjoo. Minjoo meneguk air liur. "S-saya nak fikir dulu." Kata dia dan berlalu pergi.

[Jungkook's pov]
Pehal duh si Jimin ni tarik tangan Minjoo? Nak bawak pergi mana la tu... aku pun perhati je dorang ni. Aku tengok Jimin cakap sambil pandang tepat kat mata Minjoo. Pergh apa ni? Ada hubungan rahsia yang aku tak tahu ke apa?

Ish, pehal aku nak kesah sangat? Lantak dorang lah. Aku bukan jeles okay, aku cuma tak suka kawan aku cuba nak rapat dengan orang aku benci. Aku tak nafikan apa-apa! Minah tu blah jugak tinggalkan Jimin. Tiba-tiba aku rasa ada orang pegang tangan aku. Oh, Sana.

"Awak okey ke Jungkook?" tanya dia. Aku hanya angguk sambil senyum.

-skip-

Sejak pagi tadi, aku tak terima satu pun sticky note. Mungkin dia malas la kot nak tulis. Lantak la, aman sikit hidup aku. Tiba-tiba Cikgu meniup wisel dan mengarahkan semua pelajar untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing.

"Baiklah semua, harini kita masih ada aktiviti. Jangan ingat cikgu nak biarkan kamu buat apa yang kamu nak!" Aku tak kisah pun kalau ada aktiviti, dapat juga isi masa dari buag benda tak berfaedahkan. Lain la kalau macam si Min Yoongi tu, tau tidur je.

"Aktiviti kita harini, mencari harta karun. Cikgu semua dah tanamkan kotak yang dalamnya ada 500 won dekat sekitar kawasan hutan. Jadi ketua kumpulan sila ambil peta dekat sini. Terdapat juga kotak yang palsu. Jadi goodluck guys!" Jimin sebagai ketua kumpulan pergi ambil peta tu.

"Baiklah, hati-hati ya. Jangan sampai sesat." Pesan cikgu. Aku mengikat ketat tali kasut aku. Cikgu pun meniup wisel. Semua pelajar pun kelam kabut cari tempat.

Aku periksa peta. Bapak kau, banyam siot kotak cikgu tanam. Boleh dikatakan ada 36 jugaklah. Kalau macam ni sampai esok mungkin tak jumpa. Banyak tu, dia tanam pun bukan dekat-dekat.

"Baiklah, jangan berpisah faham? Okay, sekarang kita akan pergi ke arah utara dulu." Kata Jimin sambil menunjukkan arahnya di peta. Jami semua angguk. Kami bergerak dalam kumpulan. Sampai saja di kawasan tu, aku pun mula menggali menggunakan pencedok yang kecil. (Aku tak tahu nama benda tu >\\\<) jumpa pun kotak. Aku pun bukak. Ah sial, bukan kotak ni.

"Apa kata kita pergi sini pulak?" Kata minah sewel tu. "Boleh je." Jawab la pulak si ketot Jimin. Jimin, janganlah dengar cakap minah sewel ni. "Kenapa sini pulak? dekat sini lah." Kata pula Sana sambil menunjuk ke arah yang bertentangan. Minjoo sewel memandang tajam Sana. Wuu takut sia. "Tak payah. Kita pergi dulu tempat Minjoo tunjuk." Kata Jimin. Dia tolak mentah-mentah cadangan awek aku?! Sampai hati.

Agagagaga, bukan awek lagi :3

Kami pun pergi la tempat minah sewel tu cadangkan. Aku konfem, mesti kosong punya! Aku pun gali dengan malasnya. Kotak tu dikeluarkan dan aku bukak perlahan-lahan. Rasa macam ada benda bersinar-sinar depan aku. Ada 500 won depan aku. Aku ternganga. Minah sewel ni macam tahu-tahu ja.

"Asal?" Dia tarik kotak tu dari aku. Muka dia pun nampaj terkejut. Tiba-tiba ada orang melompat depan kami dan cuba nak rampas kotak yang dipegang oleh Minjoo. Nasib Jimin menghalang dengan memeluk Minjoo, belakan dia terdedah. Jadi orang tu tak sengaja tersepak Jimin. So, Jimin jatuh sekali dengan Minjoo. Muka Jimin menahan sakit. "J-jimin.. kwaenchana?" Minjoo bertanya. Jimin hanya angguk. Puih! Acah hero.

"Ops, sorry Jimin. Aku nak ambik kotak tu. Kau halang asal? Tengok aku dab tersepak." Yoongi rupanya. Dia ni sepupu belah mak Jimin. Dia ni nampak je kuat tidur, tapi ninja tau.

Kami pun pulang ke tapak perkhemahan dengan harta karun tu. Jimin jalan sambil dipimpin oleh Minjoo yang prihatin gilaaa. Entah kenapa meluat aku tengok dua ni. Sweet ada jugak.. hmm. Jeles ai. Bukan jeles sebab Minjoo tu pimpin Jimin! Tapi aku jeles dua ni dah la sweet, bila aku ngan Sana pulak?

Aku pun tunggu minah sewel tu keluar untuk tanya keadaan Jimin yang dirawat dekat khemah rawatan. Keluar pun. Jap, pehal muka dia merah-merah ni. Macam menahan malu ja. Ni mesti syok tengok Jimin tak pakai baju ni.. tau sangat. Sapa tak cair. Dengan abs lagi. Aku ni pernah tengok kay, aku kawan laki dia ofkos la. Jangan pikir macam-macam.

"Macam mana Jimin. Dia okey?" Aku tanya. Dia angguk. Pehal duh, mulut ada jawab la dengan mulut. "Asal ngan kau? Muka merah semacam." Tanya aku lagi. Mata dia membesar. Terkejut la tu sebab aku perasan. "T-tak ada apa-apa!" Dia gagao sikit dan blah. Ecehh nak cover malu. Aku pun masuk dalam khemah rawatan tu. Khemah ni besar, dun worry.

Aku duduk dekat hujung katil Jimin. "Kau okay?" Tanya aku. "Okay. Nasib takde tulang patah ke apa. Kuat jugak Yoongj tu tendang." Kata Jimin. Tujuan aku masuk bukanlah sebab tu, aku cuma nak tanya dia kenapa minah sewel tadi keluar muka merah semacam.

"Ha ni, nak tanya. Tadikan minah sewel tu masuk. Apa yang jadi sampa muka dia merah gila-gila?" Tanya aku lagi. "Haih, jangan panggil dia minah sewel. Dia ada nama kot." Kata Jimin. Muka dia pun nampak kemerahan bila aku tanya. Pehak duh?!! Tell me! Satu gi, kenapa Jimin ni macam asyik memihak Minjoo eh?? Hmm..

"Cerita la."

"Malu."

"Cerita!"

"Okay, tapi jangan gelak."

[Minjoo's pov]
Ya tuhan, muka aku rasa macam tengah merah. Apa yang dah berlaku tadi? Betulka apa yang dah jadi? Muka aku merah sangat ke sampai orang boleh nampak? Yelah sebab sampai Jungkook tegur. Nak tahu ke apa jadi?

Ha meh aku crita.












[Flashback]
Aku pimpin Jimin masuk dalam khemah rawatan. Dalam khemah ni takde nurse atau doktor. Semuanya kena buat sendiri, tak pun cikgu sendiri NAK tolong. Memandangkan kami taknak susahkan cikgu, kami buatla sendiri.

Aku pun suruh Jimin duduk dekat atas katil. Dia pun bukak baju dia. Woa woa der, pehal duh. "Er, napa bukak baju?" aku tanya. "La, kan awak nak sapu ubat dan nak balut, kenalah bukak." Ye tak ye jugak. aku pun ambik peti kecemasan. Aku rasa malu sikit tengok badan sado dia tu. Dah la berketak-ketak >< aku rasa aku tengah blush ni weyh.

Aku pun duduk depan Jimin. Aku suruh dia pusing belakang. Aku urut-urut dulu belakang dia, then sapu sikit ubat (lol betulka? >\\\<) then aku suruh dia pusing depan balik untuk balut. Balut punya balut, aku pun dah selesai kerja aku. Aku pun pergi simpan then duduk sebelah dia, saja nak sembang-sembang sikit. "Pakai la baju." Kata aku bila aku perasan dia masih tak pakai baju. "Hm?" Dia pandang aku, then senyum sinis. OMG, WADAFKK PARK JIMIN, KENAPA PANDANG AKU MACAM TU?! Aku pandang dia dengan hati berdebar. Tiba-tiba dia tolak aku baring ke katil. TIDAKKKK! K

Kami saling berpandangan tepat ke arah mata masing-masing. Ya tuhan, jantung aku dup dap dup dap! Muka aku apa lagi, merah gila la! Dia macam tersedar apa yang dia buat dan cepat-cepat bangun dan suruh aku keluar. Aku pun tak nak buang masa, aku keluar. Muka aku.. rasa hangat menahan malu. Malu bukan sebab aku buat apa, tapi balu sebab aku yang baru terjadi. Omagaddd!!

[End of flashback]

Ha, tu la apa yang dah terjadi. Malu weyh >\\\< ha dah dah, aku nak pergi sembunyi bawah selimut.

a/n;
Sorry tak update :'D abaikan typi sekiranya ada 🙇🙇🙆🙆

Sticky NotesWhere stories live. Discover now