[Minjoo's pov]
Bila tengok dia ronyok-ronyok sticky note tu dan lempar tambahan jerit kata aku pycho, dah cukup untuk buat hati aku ni pula rasa macam dironyok dan sakit. Memang salah untuk aku suka dia? Berdosa sangat ke? Perluka aku bertahan dan teruskan untuk suka dia atau berhenti untuk suka dia? Aku menangis sekuat hati, tapi aku pastikan tak buat bunyi. Tiba-tiba ada orang buka khemah dan duduk sebelah aku. Taehyung. Dia menepuk-nepuk belakang aku untuk memujuk. Malangnya tu tak berkesan. Buat aku nangis lagi adalah.Air mata aku berderai-derai turun. Aku tak tahan. Dia pun selama ni layan aku nak tak nak je. Tambahan pulak tadi. Tapi bila dia kesat air mata aku tu, buat aku terkejut. Ala dia buat tu cuma nak sedapkan hati aku je. Taehyung bangun dan pergi.
Aku ikut dia. Nampaknya dia pergi berjumpa Jungkook.
[Taehyung's pov]
Aku tak boleh tengok Minjoo menangis macam tu. Sampai tersedu sedan, tapi dia tahan untuk tak buat apa-apa bunyi. Jungkook memang tak guna. Apa yang dia dah buat sampai Minjoo menangis? Hati aku sakit bila tengok orang yang aku cintai nangis disebabkan laki yang tak reti hargai dia.Aku menepuk kasar bahu Jungkook. "Apa?" Jawab Jungkook dengan nada suara meluat. Lantak kau la nak meluat pun. "Kenapa kau buat Minjoo menangis?" Tanya aku. Dia hanya mengangkat bahu. Tangan aku dah sedia diangkat. Tapi pergerakkan aku terhenti bila ada orang menghentikamnya. Minjoo. "Jangan pukul dia. Nak pukul dia, pukul aku." Kata dia. Sanggup dia kata macam tu? 'Minjoo, sedar lah yang dia tu tak pernah sukakan kau! Kenapa nak lindungi dia lagi?!" Kata aku. Dia mengerut dahi. Ya, dia tengah tahan bila dia sedar pasal hal tu.
"Aku tk kesah. Tumbuk je la aku kalau nak." Akhirnya aku buat keputusan untuk tampar dia. Tolong sedar sikit. Tapi tamparan yang aku bagi terlalu kuat sampaikan dia terjatuh. Kesan luka di hujung bibir jelas nampak. Apa aku dah buat....
Jungkook cepat-cepat menolong Minjoo bangun. "Ada luka tu, jom aku tolong rawatkan." Kata Jungkook. Eleh nak tunjuk kau prihatin konon. Nasib baiklah Minjoo tepis tangan Jungkook dan pergi dari situ. Yang aku tak boleh tahannya, tengok air mata dia...
[Minjoo's pov again]
Aku cakap macam tu supaya dia hentikan apa yang dia buat, tapi tak sangka dia memang akan buat. Tapi tampar. Pedih memang pedih. Dia tampar memang kuat. Besar mana lah tapak tangan dia tu. Air mata dah berhenti mengalir. Aku nampak Jungkook, tadi dia nak tolong aku, tapi aku menolak. Aku patut minta maaf sebab menolak dengan kasar. Aku pun mendekati dia. "J-jungkook, mian sebab tadi aku tolak pelawaan kau untuk rawat luka aku ni tadi. Aku tak boleh kawal." Kata aku. Jungkook menjeling. Dia marahkah..?"Kesah apa aku. Aku just nak tunjuk baik je. Jangan salah faham eh psycho. Ei dah la gila hantar kat orang sticky note macam tu. Dah la, aku tak suka kau, aku tak suka. Aku takkan pernah suka!" kata dia.
Zupp!
Hati aku ni rasa macam kena tikam dengan beratus-ratus bilah pisau. Aku dah tak boleh. Dah banyak kali hati aku sakit disebabkan dia ni, tapi aku tahan. Sana datang. "Jungkook oppa, jom pergi sana." Katanya. Jungkook pu tersengih dan ikut Sana. Aku memegang meja untuk menampung berat badan aku. Aku rasa macam nak jatuh. Akhirnya aku jatuh. Air mata aku mengalur deras untuk sekali lagi. Sakit hati aku hanya tuhan tahu. Tiada siapa aku tahu dan dapat bayangkan. Aku menumbuk-numbuk dada aku yang kesakitan. Nafas aku menjadi berat. Aku nangis tersedu sedan. Kali ni aku lepaskan semuanya.
Aku bangun perlahan-lahan dan tengok sekitar. Aku ternampak ada sebilah pisau di atas meja. Aku ambil. Aku tujukan dekat jantung aku. Aku nak mati aku nak mati aku nak mati aku nak mati aku nak mati aku nak mati aku nak mati!!!! Hati dan jiwaku meronta. Tapi, serta merta ada orang menepis tangan aku buatkan pisau tu terpelanting. Jimin? Tak, jangan percaya helah dorang. Nanti kau akan patah hati juga Minjoo. Aku pergi dari situ dan masuk ke dalam khemah.
-skip-
Sehari dah pun berlalu. Pagi tu kami semua buat senaman sebab kami akan buat aktiviti iaitu berjalan dalam hutan. Dalam hutan tu, cikgu-cikgu dah tanda penanda ke arah jalan pulang.
Setiap orang kena ada pasangan. Aku tak nak ada pasangan, tapi Jimin duduk sebelah aku. Taehyung berpasangan dengan orang lain. Akhirnya perjalanan kami bermula.
Aku tak ikut semua orang. Aku ikut jalan sendiri. Biar sesat dalam ni. Biar aku mati sorang-sorang. "Apa yang kau buat ni?" Aku toleh ke belakang. Jimin. Dia ni pehal. Aku nak mati sorang-sorang dia nak join sekali. "biar kat akulah. Blah." Kataku. Tiba-tiba dia tarik tangan aku. "Kau tak boleh ikut jalan sendiri, nanti sesat." Katanya. Kami pun berjalan bersama. Orang lain dah lepas depan sana, tinggal aku dan dia ja. Tiba-tiba aku rasa macam ada benda aku dah tersepak dan buatkan aku terjatuh dan kaki aku terseliuh. Pulak dah! Jimin mengangkat aku dan menolong aku untuk berjalan.
Dah dekat 1 jam kami berjalan. Dia mesti penat. Kenapa jauh sangat?? Ni bukannya merentas desa. "Dah la, kita berhenti dulu. Kita berehat. Kau nampak penat." Kata aku. Dia senyum dan kami duduk sekejap. "Kau dah okay?" tanya dia. "Maksud kau?"
"Kan Jungkook banyak patahkan hati kau hari ni, dah okay sikit ke?" Soalan tu rupanya. Aku menggeleng. "Tak, tak okay." Kataku. Aku tak memandang dia. Dia menolak perlahan muka aku untuk pandang dia.
Mataku terus terbeliak. Betulka apa yang aku rasa ni? Jantung aku makin laju berdegup. Bibir dia lembut mendarat di bibir aku. Kenapa dia cium aku? Kenapa..? Park Jimin, kau ni dah kenapa?
Dia meleraikan ciuman tu. Aku cuba menangkap udara. Lama sia. Pandai dia ni bercium. Ops, heheh. Aku memandang dia dengan tidak percaya. "Kenapa kau cium aku tadi..?" soalku. Dia bangun dan menyuakan tangannya. Aku pun mencapai tangannya. "Dah la jom, kita balik ke tapak perkhemahan. Dah nak dekat ni." Katanya. Aku tersenyum.
"Kau tak jawab lagi soalan aku." Kataku. "Aku sebenarnya dah lama suka kau. Tapi biarlah aku rahsiakan sebab aku tau kau suka Jungkook." Katanya. Patutla dia layan aku baik semacam. Hatiku tersentuh. Aku melihat wajah dia. Dia senyum hingga tidak menampakkan matanya. Okay, Park jimin!! Kenapa buat aku melting??
Akhirnya sampai juga. Kami psangan yang paling lambat sampai. Heheh, semuanya salah aku. Aku dan Jimin pergi ke tempat rawatan untuk rawat kaki aku yang terseliuh ni.
"terima kasih, Jimin." Dia senyum. "Sama-sama." Dia pun berlalu pergi. Aku pun tersenyum sekali. Wajah dia buat hati aku tenang, buat aku rasa sukakan dia. Dia ni memang pandai buat orang jatuh cinta dengan dia. --'
Tapi, dia layan aku baik. Perlukah aku lupakan Jungkook, dan sukakan Jimin?
a/n;
Oyemjiii, walaweiiii. Jimin suka Minjoo larh >< heheheheh apa pendapat korang?vote+comment! Lap you gais~
YOU ARE READING
Sticky Notes
Fanfiction❝Kenapa kertas ni boleh ada pada kau? ❞ ❝Entah. Kertas kau tak suka awek kau kot, sebab tu dia melayang pergi kat aku. Kalau kau nak melayang pergi kat aku pun boleh jugak. ❞