enam

2K 231 11
                                    

Waktu kelas addmath hampir tiba ke penghujungnya. Para pelajar menghantar borang ke perkhemahan nanti. Waduh, tak sabar aku ><

Akhirnya bunyi juga loceng rehat. Aku ni dah lapar sangat. Nasib bawak bekal. Tak gaduh la nak kena beratur ambil makanan. Aku dengan rileksnya jalan dengan Jimin ke tempat kami makan. Tiba-tiba minah sewel tu datang. Aish, buat aku hilang mood nak makan la pulak.

"Hai korang." Dia menyapa dengan senyumannya. Em, aku hanya balas dengan senyuman pendek dan teruskan makan. Aduh, tak selesa duh. Kenapa dalam banyak-banyaj tempat, depan aku jugak dia pilih? Aku berdehem sikit. "Ehem, nak tanya sikit boleh? Asal kau pilih untuk duduk depan aku jugak hah? Tempat lain berlambak lagi." Kata aku. Hoho, biarlah nak terasa pun. Dah dia buat aku tak selesa. Jimin pandang aku. I know i know, kurang ajar en?

Boleh nampak sangat wajah Minjoo berubah. Tapi dia senyum juga. Kay, aku tak terpesona. "Salah ke? Saya ni bukannya ada kawan. Jadi saya duduk sini, mana tau boleh buat awak jadi kawan saya ke." Balasnya. Euw, tak hingin aku jadi kawan kau. Biarlah Jimin sorang je jadi kawan aku. Herm, aku hilang selera. Aku pun ajak Jimin bangun makan kat tempat lain.

Aku tahu, mesti ada yang fikir aku ni macam kejam kan sebab layan minah tu macam tu? Bukan apa, dia tu nampak macam suka aku. Aku tak nak la bagi harapan palsu. Kang dia duk syok sendiri pula. Kesian la nanti. So aku nak tunjuk yang aku betul-betul tak sukakan dia.

[Minjoo pov]

Hati aku ni rasa macam kena cucuk-cucuk dengan pisau. Sakit hati ni. Rasa nak ambik hati ni ganti baru. Ya, aku sukakan dia. Suka sangat, jadi lepas kejadian sticky note untuk Sana melayang dekat meja aku tu, aku mula hantar kat dia sticky note. Dan yeah, ada yang agak creepy di situ. Aku memang di cop sebagai budak agan creepy sebab suka senyum sorang-sorang.

Tapi apa pun, macam mana Jungkook boleh masuk hospital? Sampai sekarang aku tak tahu. Kalau dia tahu aku yang hantar semua sticky note tu, mesti dia yang ingat aku tolak dia. Kesah apa, yang penting, perasaan aku. Perlukah dia layan aku macam ni? Aku pun main-main dengan makanan aku dengan sudu. Tiba-ti a terasa macam ada orang duduk sebelah aku.

Taehyung. Budak ceria, peramah dan happy go lucky. Memang syok kawan dengan mamat ni. Suka je buat orang gelak. "Hai Minjoo." Aku senyum saja. Hm, takdak mood la pulak. Untuk pengetahuan korang, Taehyung duduk di kelas ke dua. Tiba-tiba aku teringat pasak perkhemahan yang bakal dilansungkan.

"Wei Tae, kau pergi tak nanti perkhemahan?" soalku. Dia mengangguk laju. "Ofkos la aku pergi." Katanya. Ada juga sorang kawan aku ni pergi. Takde la lonely sangat nanti.

--skip--

ding ding ding;

Bunyi menandakan cikgu membuat pengunguman. "Kepada semua murid form 4 dan 5 dari kelas 1 hingga kelas 3, sila beri perhatian. Kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan, guru besar telah menetapkan tarikh untuk perkhemahan. Ia akan diadakan pada minggu depan, hari Isnin. Para pelajar dinasihati memakai baju sukan. Harap maklum."

Ding ding dong. (Lol)

Semua murid dalan kelas teruja. Nasib la, harini hari Jumaat. Esok Sabtu dan Ahad cuti. Lepastu mula la aktiviti perkhemahan. Sesungguhnya aku malas nak pergi. ㅠㅠ tapi dah cikgu kata murid kelas 1 wajib pergi, terpaksalah.

Kejap, kenapa aku rasa pelik eh? Aku cuba ingat apa yang aku lupa. Ouh, sticky note.. aku sepatutnya kena bagi sebelum masuk kelas. Waduh *facepalm*. Pehal boleh lupa duh. Aku usha kejap Jungkook. Dia tengah sembang dengab Jimin dan beberapa kawannya. Aduh macam mana ni?

[Jungkook pov]

Okay, ni pelik. Kenapa tak ada sticky note? Orang tu lupa ke apa? Ah malas nak pikiaq, nanti buat serabut otak aku ja. Aku pun sembang gitu-gitu jela dengan classmate aku.

Eh, Sana. Dia datang ke arah aku ke?

"Jackson, saya nak cakap dengan awak kejap." Katanya. Pergh, aku dah la senyum sorang-sorang tadi. Buat malu doh. Kejap, apa diorang buat tu? Kiss?! S-so, apa orang tu kata dalam sticky note tu memang betulla? Yang Sana memang dah ada boyfriend? Jackson orangnya?

Hatiku hancur. Patah seribu hatiku~... Sana ㅠㅠ

Tak guna kau Jackson. Kau rampas Sana. Dia datang ke sini semula. "Ehem, Jackson. Aku nak tanya sikit boleh?"

"Boleh apa dia?" okay, rilek Jungkook. Rilek. Tanya wat dek je. "Kau ngan Sana ada apa-apa ka? Kau orang kapel?" Aku tanya. Tolong lah tak.. tolong lah. "Ha'a, kitorang kapel. Dan 3 bulan dah." Jawabnya. Aku terkaku. Omaigad. Is dat true??? Tidak. Tolong la kata kau bohong je Jackson si anak Wang!

Sana ㅠㅠ

vote+comment ;)
Hehe, Minjoo lah orang yang hantar semua sticky note tu. Tapi sapa pulok yang tolak Jungkook? Betulka Sana? Ke ada orang menyamar jadi dia? Ha, cer teka cer teka.

Sticky NotesWhere stories live. Discover now