dua puluh satu

1.2K 141 9
                                        

"Jimin.. lepas 2 hari, saya kena balik ke rumah semula. Saya kalau boleh tak nak terus duduk dalam rumah tu. Saya dan mak angkat pun kena dera sekali. Saya dah tak tahan." kata Dahae. Penderaan yang berlaku ketika dia berumur 7 tahun, 1 tahun selepas diambil sebagai anak angkat.

Selama ni dia dah cuba bertahan, tapi sekarang dia dah tak boleh lagi. "Apa rancangan awak? Kita bagitahu polis??"

Dahae dengan serta merta menggelengkan kepala. Sememangnya cadangan tu tak bernas. "Saya nak lari rumah." kata Dahae. Jimin membulatkan matanya. Bukanlah kali pertama dia dengar hasrat tu dari Dahae, tapi Dahae sekarang tekad nak buat. 

--------------------------------------------------

"Hana, kau kena makan." kata Minjoo yang menyuakan bubur ke mulutnya yang tidak dibuka. "Minjoo, Hana degil jugak ke?" Tanya Puan Lee. Minjoo angguk dengan wajah kecewa. Puan Lee mengeluh melihat anaknya. "Tak apa makcik, jangan risau. Saya akan paksa Hana makan jugak." kata Minjoo. "Baiklah, makcik tinggalkan kamu berdua ya." Puan Lee mengatur langkah pergi.

"Hana, aku tau kau tengah sedih sebab Jimin terus putuskan hubungan korang. Tapi kau pun tahukan, dia tu bukannya serius. Dia sendiri kata kat aku, yang dia terima kau sebab dia kesiankan kau sebab kau terhegeh-hegeh nak dia." kata Minjoo. Hana memandang Minjoo dengan sedih. "Masalahnya, aku cintakan dia. Cinta sangat-sangat." kata Hana dengan suara serak. Minjoo memeluk Hana.

"Takpe, aku ada. Kalau nanti aku jumpa laki yang baik, aku kenalkan kau okey?"

Hana menggeleng. "Tak nak. Aku tetap nak Jimin. Aku harap Dahae mati." kata Hana dengan padangan agak menakutkan. "Kau ni, tak baik tau tak kata macam tu."

"Aku tak kisah. Aku nak dia terus hilang dalam hidup Jimin. Kalau dia tak hilang, sampai bila-bila Jimin asyik buta dengan dia ja."

Minjoo mengeluh. Dia harap sangat-sangat kawan dia ni lupakan Jimin tu. Entah apa yang bagus sangat dengan Jimin dia pun tak tau. Setahu dia, Jimin ni jenis yang senang nak putuskan hubungan dengan seseorang , lagipun dia sendiri dah alami. 

"Dah la, makan bubur ni sebelum sejuk." kata Minjoo. Tapi Hana tetap berdegil, dia menggelengkan kepalanya. Minjoo hanya boleh mengeluh.

--------------------------------------------------

"Sana. Kau jangan kacau aku lagi boleh?" 

"Aku bukan nak kacau kau. Sorry, tapi aku nak minta maaf sebab tolak kau." 

Jungkook memerhati Sana dengan pandangan serius. "Dah la, aku tk kisah. Sekarang, kau jangan kacau aku dah, faham?" Jungkook bangun dari bangku. "Tunggu." Sana hentikan langkah Jungkook. Sana menjengketkan kakinya dan mencium pipi Jungkook. Jungkook membulatkan matanya lalu menolak Sana perlahan. 

"Kau dah kenapa?" Jungkook menjeling. "T-tak ada apa-apa.." Sana terus pergi dari situ, tinggalkan Jungkook yang keliru dengan perbuatan Sana.

Jungkook melemparkan kotnya ke atas sofa dan kemudian dia baring ke atas katil. 

  -------------------------------------------------- 

"Dahae..." Air matanya tidak berhenti-henti mengalir. Dipeluk erat tubuh Dahae yang berlumuran darah. 

Jimin dan Dahae ralit menonton tv. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu rumah dengan kuat. Jimin segera ke pintu dan tengok melalui celah lubang yang ada di pintu tu. Seorang lelaki yang berpakaian sebagai penghantar pizza sedang berdiri di hadapan. "Awak ada pesan pizza?" tanya Jimin pada Dahae. Dahae menggeleng. Jimin terus membuka pintu untuk memberitahu penghantar pizza tu yang dia tersilap rumah.

"Maaf encik, encik dah-"

Tanpa menunggu Jimin menghabiskan ayatnya, Jimin terus ditumbuk dengan kuat, kemudian ditendang dan ia membuatkan Jimin tak boleh bangun. Dahae yang ketakutan, dengan pantas berlari ke dapur dan mencapai pisau. 

Lelaki tu mencapai tangan Dahae untuk ambil pisau tu. Mereka pun bergelut. Akhirnya lelaki tu dapat pisau yang ada di tangan Dahae. Dengan pantas dia menikam Dahae, berkali-kali. Darah memancut keluar. Lelaki tu menikam buat kali terakhir dan larikan diri. Jimin terkejut melihat keadaan lelaki tu. Dia cuba bangun dan berjalan selaju yang boleh ke dapur.

Air matanya terus mengalir, dia lihat Dahae lansung tidak bergerak. Darah berlumuran. Dia mencapai telefon rumah yang lekat di dinding kemudian dia menelefon ambulans.

Badan Dahae di peluk dengan erat.

Kenapa perlu Dahae yang kena??

Sorry for the late update :'D

Sticky NotesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang