ADI JEMALI atau lebih senang di panggil dengan panggilan A.J. Lebih mudah di sebut dan sedap di dengar. Apa yang penting, panggilannya itu lebih kedengaran komersial berbanding nama sebenarnya. Kadang-kadang dia malu mahu memberitahu namanya sebenar, namun atas urusan kerja malu itu dia tolak ke tepi.
Itu dengan orang yang baru dikenali. Tapi kalau dengan orang yang sudah kenal lama dengannya, jangan dipanggil dengan nama sebenarnya itu. Boleh keluar taringnya. Namun, rata-rata staff yang ada dalam Hottest Entertaiment tersebut sudah faham dan mengerti dengan gelaran tersebut.
A.J. Nama yang bukan asing lagi buat Hottest Entertaiment. Ke mana pergi pasti ada gadis yang menyangkut. Maklumlah, lebih bergaya dari artis. Hari-hari tukar pasangan, tapi tiada pula perempuan datang mengamuk di situ walau sudah tahu A.J bagaimana orangnya.
Baru saja dia melangkah masuk, dua orang gadis yang menjaga di bahagian penyambut tetamu sudah tersenyum-senyum menyambut kedatangannya. Apalagi, si lelaki itu pun pasanglah wajah kacaknya itu. Tersenyum macam nak terkoyak mulut.
A.J perlahan maju ke hadapan dua orang gadis tersebut. Masing-masing membetulkan penampilan di hadapan lelaki itu. Kemunculan A.J betul-betul mengalahkan artis saja gamaknya.
"Sweet dream semalam?" sua A.J manja dan menggoda. Kedua mereka mengangguk serentak. Makin lebar senyuman A.J.
"Ahem!" satu deheman membantutkan tingkah A.J yang baru saja berniat mahu menyentuh pipi salah seorang gadis di hadapannya itu. A.J mencebik. Tahu benar milik siapa suara tersebut. Masa-masa macam inilah dia muncul dan potong jalan. Siapa lagi kalau bukan Pengurus Besar Syarikat Hottest Entertainment. Arika Djae!
Arika menghampiri tiga kelibat yang dari tadi dilihatnya mesra tak habis-habis. Melayan si kasanova terkenal di syarikat itu.
Setelah dia berdiri di sebelah A.J, Arika memandang mereka dengan pandangan seperti biasa. Kosong tapi tegas. Siapa yang melihat pasti saja kecut perut dibuatnya.
"Dah siap berdrama kat depan ni?" Arika bertanya sambil menaikkan keningnya ke arah dua orang gadis di bahagian reception dan lelaki berdiri di sebelahnya itu. Sekali lagi A.J mencebik. Sementara dua orang gadis tadi sudah mengangguk-angguk ketakutan.
"Tak apalah, cik Kelin, cik Esna. Nanti kita jumpa lagi ye," tuturnya sebelum berlalu dari situ. Langsung tidak melihat ke arah pengurus besar syarikat tersebut. Arika ganti mencebik. Tak habis-habis buat hal. Macam orang dalam ofis ni tidak tahu yang dia tu jenis yang macam mana. Tapi masih ada juga yang mahu didekati dan mendekati lelaki kasanova itu.
"Hah! Korang berdua ni tak reti-reti bahasa lagi ke? Dah tahu dia tu jenis yang macam mana, yang masih nak menggatal dengan dia tu kenapa? Jangan sampai perut tu dah buncit, baru nak sedar diri!" tekan Arika. Memberi peringatan. Mungkin caranya itu di salah tafsir kerana rasa cemburu, namun hakikatnya dia cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai insan untuk kesejahteraan gadis-gadis yang bekerja di syarikat ini. Lebih penting lagi, dia sudah lama mengenali A.J, jadi dia tahu lelaki itu bagaimana. Dia tidak mahu ada perempuan yang menyesal disebabkan tingkah nakal lelaki itu.
Sekali lagi mereka mengangguk serentak. Arika mendengus perlahan dan barulah dia mahu berlalu dari situ. Kelibat yang sudah menjauh dari tempat itu membuatkan mereka berdua melepaskan nafas kelegaan."Cik Arika tu tak habis-habis tak senang tengok encik A.J rapat dengan kita kan. Dia ada hati kot dengan encik A.J," Kelin membuat andaian. Tidak senang hati dengan setiap tindakan Arika yang suka cari pasal dengan lelaki pujaan mereka itu.
"Encik A.J pernah tolak cinta dia kot sebelum ni, sebab tu dia anti betul dengan encik A.J tu selama ni." Esna menambah. Kemudian mereka sama-sama mengangguk. Membenarkan tekaan mereka sendiri walau tidak tahu kesahihannya.
YOU ARE READING
Jadi Bodyguard saya, boleh? (Aku Sudi-Ilham Karangkraf)
Genel KurguSinopsis Putus cinta dgn Zifrie yg menganggapnya bkn wanita tdk membuatkan Arika Djae utk menghalang lelaki itu meninggalknnya. Biarlah, x matipun dia tanpa lelaki. Kumbang bkn seekor! Dalam syarikat Hottest Entertainment (H.E), dia ant. plg berkuas...