BUKIT BINTANG. Bukan nama asing lagi di negara ini. Setiap jenis hiburan terdapat di sana. Mahu pergi atau tidak saja jawapannya.
Kelihatan tidak jauh dari tempat A.J berdiri sekarang, satu kelab malam sedang beroperasi seperti biasa. Walau waktu sudah mahu beranjak ke tengah malam tapi makin ramai pula pengunjung yang berpusu-pusu masuk ke tempat itu. A.J juga tidak ketinggalan. Sememangnya dia antara pengunjung tetap tempat tersebut.
Kalau bukan di Bukit Bintang pasti sekitar Pavilion yang menjadi pilihannya. Baru saja dia tiba di pintu kelab malam tersebut, dua orang lelaki berbadan tegap mengalahkan bodyguard Datuk, menyapanya dengan hanya menaikkan kening. A.J pula hanya tersenyum senget membalas sapaan ala-ala gengster tersebut.
Dia masuk ke dalam sambil mata terus meliar memerhati suasana tengah-tengah kelab itu yang sudah pun padat dengan warga muda dan tua terkinja-kinja mengikut rentak lagu rancak yang sedang di mainkan oleh DJ yang bertugas malam ini di tempat itu."Hai, kacak!" Anita, gadis kacukan India Cina itu menyapanya macam dia jauh berbatu-batu. Maklumlah, tempat bising. Kalau bercakap perlahan memang tidak akan dengar. Jadi terpaksa menjerit-jerit agar perbualan mereka singgah ke telinga sang pendengar.
Anita menghampirinya dengan senyuman dan lenggok menggoda. Lengan lelaki itu terus di pautnya mesra dan di bawa ke tempat duduk yang sudah pun menjadi kebiasaannya selama mengunjungi kelab tersebut.
Mereka bersalaman dengan dua orang pasangan yang juga duduk di situ. Lagak mereka tidaklah semesra A.J dengan Anita tadi. Minuman kola dihidangkan pada dia sesudah dia mengambil tempat duduk tidak jauh dari Anita. Hanya kerdipan mata di hantar pada gadis penghantar minuman tersebut.
"Lambat?" Anita memulakan perbualan. A.J hanya mengangkat kening dan memandang sekilas ke arah Anita. Kemudian menumpukan semula pada persembahan para pengunjung yang rata-ratanya dari gadis dan lelaki remaja. Entah, macam mana boleh masuk ke situ. Macam umur belasan tahun saja.
"Baby G comeback, saya pun ikut busy sekali." Beritahu A.J tanpa menoleh ke arah gadis kacukan tersebut. Anita memandangan sekilas ke arah minuman A.J. Walaupun lelaki itu selalu mengunjungi tempat yang dikatakan antara tempat penyumbang besar maksiat, tapi dia tidak pernah nampak walau sekali lelaki itu menyentuh minuman beralkohol yang terdapat di situ.
Rupanya dia masih sedar halal haram berada di tempat ini. Anita menyembunyikan senyuman kagum dengan sikap lelaki kacak yang duduk dihadapannya itu sekarang.
Saban malam datang ke situ hanya mahu melihat suasana para pengunjung menari dan menyanyi. Dia, sekadar duduk di situ sambil minum kola atau makan kacang. Tidak pernah berganjak dari tempat duduknya sehingga dia keluar dari tempat tersebut.Pernah juga Anita bertanya kenapa A.J selalu mengunjungi tempat itu tapi tidak berseronok seperti yang lain. Jawapan lelaki itu mudah, saja. Mahu keluar sebentar dari dunia sibuk di pejabatnya sepanjang hari saja. Mungkin dengan cara itu, A.J mampu mengurangkan tekanan masa dia bekerja.
"Dah puas tengok saya?" tersentak Anita di tegur tiba-tiba. Pandangannya serta-merta dialihkan dari wajah A.J. A.J sekadar tersenyum senget melihat reaksi terkejut Anita. Dia sememangnya sudah lama berkawan dengan Anita. Namun tidak pernah lebih dari itu. Mereka lebih selesa bersahabat walaupun Anita pernah meluahkan perasaannya pada A.J sebelum ini.
Mungkin kalau orang lain, pasti mereka sudah tidak mahu bertentang mata lagi. Tapi bukan bagi A.J dan Anita. Mereka masih boleh bersahabat sehingga kini walau berlainan bidang."Well, awak masih tak berubah dari dulu." Anita ubah tajuk perbualan. A.J merenung gadis itu tanpa berniat mahu membalasnya.
"Malam ni seperti biasa ke? Duduk saja kat tempat tu sampai rasa nak balik? Tak nak menari atau menyanyi?" Anita mengemukakan soalan baru. A.J tertawa kecil.
"Hasut ke apa ni?" Anita tertawa mendengar balasan lelaki itu. Dua orang pasangan yang duduk semeja dengan mereka pula tidak ambil kisah. Masing-masing melayan diri sendiri.
"Tak nak cari girlfriend?" A.J menggeleng perlahan.
"Kalau saya nak pun, saya tak akan cari tempat macam ni." Anita tersentak mendengar jawapan lelaki tersebut.
"Ops, jangan salah sangka. Jangan terasa pula, saya tak maksudkan awak pun," cepat A.J membetulkan kesilapannya tadi. Kalau Anita merajuk dia juga yang kena pujuk. Walaupun mereka tiada hubungan istimewa tapi mereka mesra mengalahkan orang bercinta. Sampai ada pengunjung tetap tempat itu fikir mereka bercinta. Anita menggeleng kepala. Senyumannya kecil cuba mengawal perasaan.
"Well, kalau saya nak Baby G buat persembahan tempat ni... awak rasa company awak suruh ke?" kepala A.J pantas berpaling ke arah Anita semula. Kening gadis itu terangkat, menunggu A.J menjawab soalannya. A.J hanya mampu ketawa galak. Lucu benar dengan permintaan rakannya itu.
"Hottest Entertaiment, bukan calang-calang syarikat hiburan. Takkanlah dia suka-suka nak benarkan artis dia pergi tempat-tempat macam ni kan. Awak pun sendiri saya rasa tahu benda tu," jelas A.J panjang lebar.
"Alah, saya cadang je. Manalah tau, sangkut." A.J dan Anita ketawa serentak. Kemudian sama-sama menumpukan perhatian pada tarian 'tunjuk langit' yang berada di hadapan mata mereka saat ini. Ada juga kedapatan beberapa orang gadis menjeling manja ke arah A.J. Namun lelaki itu hanya tersenyum menggeleng kepala. Sorry to say, you are not my type.
Kemunculan seorang lelaki botak ke arah mereka membuatkan tumpuan A.J dan Anita teralih pada lelaki itu pula. Dia terus menghampiri Anita dan membisikkan sesuatu ke arah gadis tersebut. Anita sekadar mengangguk-angguk kecil. Pandangan mahu tahu A.J tidak di hiraukan oleh Anita.
"Saya pergi dulu, jumpa nanti." Anita meminta diri seperti biasa. AJ hanya melihat tanpa bertanya. Tidak lama gadis itu meninggalkan dia, A.J mula angkat punggung. Bosan duduk di situ kalau tidak berteman.
Namun baru saja A.J mahu berdiri. Lengannya di capai oleh seseorang. Langkah A.J terhenti sekejap. Mencari pemilik wajah yang memegang lengannya dengan lembut itu.
"Takkan dah nak balik? Menarilah dulu," sua gadis yang berdiri di sebelahnya dengan gaya menggoda. A.J merenung gadis itu dari atas ke bawah. Kemudian dari bawah ke atas. Cuma pakai singlet tutup bahagian dada. Skirt jangan cakap, sekali tarik pasti tercabut. A.J beristighfar panjang dalam hati. Dia masih waras untuk terjebak dalam kancah kemaksiatan.
Lantas tangan gadis yang memegang lengannya itu di lepaskannya perlahan. Senyuman tetap menghiasi wajah kacak lelaki tersebut. Walau cuma memakai topi, namun masih ada juga yang boleh sangkut dengannya.
"Melayu ke?" lain pula A.J tanya. Kening gadis seksi itu terangkat, tidak mengerti.
"Kenapa?" soalnya sudah tidak sedap hati. Sekali lagi A.J melebarkan senyumannya.
"Saya belum solat Isyak lagi." A.J berlalu setelah memberitahu sebabnya kenapa dia mahu balik sekarang. Sekali lagi hati gadis itu tersentak mendengar jawapan sang jejaka. A.J mula menapak pergi namun menghentikan langkah yang baru lima ke hadapan. Dia menoleh ke belakang semula.
"Dah solat ke? Kalau belum, bagus buat sebelum terlambat." Sehabis menuturkan katanya, A.J mengangkat tangan seperti melambai dan berlalu dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Karmila menggigit bibir. Tidak sangka hari ini dia berjumpa dengan orang Melayu yang masuk ke tempat itu masih ingat mahu bersolat. Sebelum terlambat? Karmila menghembus nafas berat. Perlahan dia beralih pandang semula ke arah rakan-rakannya yang masih leka menari. Satu persatu di perhatikannya.
Salah seorang rakannya melambai tangan ke arah dia. Mahu Karmila join sekali. Senyuman gadis itu terus melebar lantas terlupa dengan ucapan kata-kata lelaki yang baru saja di temuinya tadi. Ternyata godaan syaitan telah mengabui kebaikan yang baru tumbuh di hati kecil gadis itu tadi.
YOU ARE READING
Jadi Bodyguard saya, boleh? (Aku Sudi-Ilham Karangkraf)
General FictionSinopsis Putus cinta dgn Zifrie yg menganggapnya bkn wanita tdk membuatkan Arika Djae utk menghalang lelaki itu meninggalknnya. Biarlah, x matipun dia tanpa lelaki. Kumbang bkn seekor! Dalam syarikat Hottest Entertainment (H.E), dia ant. plg berkuas...