BAB 4

107 1 0
                                    

PERSEMBAHAN pembukaan daripada kumpulan Forteen ternyata menggamatkan lagi suasana rancangan program Carta Hatiku yang berlangsung di Plaza Alam Sentral setiap hujung minggu. Sepanduk nama-nama artis juga tidak ketinggalan. Ada yang menggunakan aplikasi 'Blink' agar mendapat perhatian dari artis pujaan mereka atau lensa kamera TV. Yang tulis besar-besar di kertas manila kad juga ada. Bukan itu saja, menjerit sampai mahu terkeluar anak tekak pun usah di cerita.

Kumpulan lelaki tersebut memang menjadi pujaan ramai. Bukan saja dari segi persembahan malah punya paras rupa yang bisa mencairkan para peminat wanita mereka.

Beberapa kain rentang yang tertera nama Baby G ditulis sebesar kain rentang tersebut bagi memudahkan kumpulan wanita kegemaran ramai masa kini nampak dan terasa lebih rasa dihargai. Kumpulan wanita itu ternyata bukan diminati oleh kaum lelaki semata-mata, gadis-gadis remaja juga menjadikan mereka idol mereka.

Nama setiap satu ahli kumpulan itu juga di rentang oleh peminat setia dari lelaki sampai perempuan. Paling ramai memegang banner nama wajah utama untuk Baby G. Popularitinya memang tiada tandingan artis lain. Nana Niza.

Suasana di belakang pentas juga tidak kurang hebatnya. Semua krew bertugas berlari ke kiri dan ke kanan bagi menyediakan apa yang perlu bagi semua artis yang membuat persembahan malam ini.

Baby G tenang di kerusi masing-masing. Juru-mekap sedang leka merias wajah mereka secantik mungkin sepadan dengan konsep comeback mereka kali ini. Nana Niza sempat melihat skrin TV yang melekat di dinding bahagian atas. Kumpulan lelaki yang merupakan pesaing hebat Baby G sedang buat persembahan bertenaga. Dia mencebik dalam hati. Baby G always the best!

Hamadi menghampirinya sambil melihat renungan Nana Niza yang tidak selesa dengan paparan TV yang sedang bersiaran langsung di seluruh Malaysia itu saat ini.

"Awak rasa tercabar?" Hamadi mengemukakan soalan provokasi. Suka melihat wajah utama bagi kumpulan Baby G buat muka apabila terasa tercabar. Dia membiarkan soalan pengurus itu senyap tidak berjawab. Tumpuan sudah tidak terarah pada TV di hadapan mata. Dia menatap wajahnya sendiri kini yang sedang di rias indah oleh juru-mekap peribadinya.

"Schedule lepas ni," sua Nana Niza tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Hamadi tersenyum sinis lantas buku nota kecil dalam tangan di selak hingga menampakkan jadual untuk Baby G.

"Jumpa cik Arika mengenai tawaran untuk awak berlakon drama." Pantas wajah Hamadi di carinya semula dengan wajah berkerut.

"Esok jam 9 pagi di bilik cik Arika," tambah Hamadi menghabiskan ayatnya. Nana Niza buat muka jelik sebaik ayat itu habis. Nampaknya kena bincang dengan pengurus besar syarikat itu pula sebelum dia boleh menerima tawaran berlakon tersebut. Kenapalah dia tidak boleh buat keputusan sendiri. Asyik-asyik kena dapatkan kebenaran dari gadis itu. Macamlah dia yang akan berlakon.

Nana Niza hanya mengangguk sekali dan meminta lelaki itu menjauhkan diri darinya hanya dengan menggunakan tangannya saja. Perbuatannya itu seperti benar-benar tidak menghormati lelaki itu walaupun Hamadi merupakan pengurus kumpulan mereka selama ini.

Hamadi tidak membantah. Sudah terbiasa dengan layanan dingin Nana Niza terhadapnya. Dia berlalu dari situ dan menghampiri ketua kumpulan Baby G pula.

"Hi, abang Adi!" berlainan sekali cara layanannya dengan Nana Niza. Memang sepadan dengan peranan dia sebagai ketua kumpulan tersebut. Mesra dan peramah.

"Hi, Sherryl." Hamadi menjawab semesra yang boleh. Perlahan hati panasnya beransur reda selepas mendapat layanan kurang mesra dari Nana Niza tadi. Padahal dia sudah tiga tahun menjadi pengurus kumpulan itu sejak ditubuhkan. Perangai ego Nana Niza tidak pernah berubah. Berlagak macam dia seorang dalam kumpulan tersebut. Mujur cantik dan pandai menari, kalau tidak sudah lama kena tendang dari Baby G.

"Esok boleh berehat sepuas hati di rumah." Hamadi menyampaikan berita gembira tersebut. Bukan main senang hati Sherryl mendengar. Sumita, Ariesya dan Linda yang duduk hampir dengannya juga menjerit gembira. Memang berita itu yang mereka nanti-nantikan sejak semalam. Maklumlah, sejak membuat persiapan untuk comeback mereka kali ini, jadual mereka sering padat. Mana hendak kejar latihan menari dan vokal. Apatah lagi sejak Sinar Metro membuat perjanjian mahu mengambil mereka menjadi wajah terbaru untuk program siri terbaru mereka, shooting dengan syarikat media itu tidak pandai habis-habis.

"Berapa hari?" Sumita bertanya kerana tidak sabar mahu merancang buat apa semasa cuti itu nanti.

"Only three days. Tapi ingat, anytime bos besar boleh panggil kamu semua masuk studio balik. So, sila jaga kesihatan dan yang penting your voices. Faham?" pesan Hamadi. Sherryl, Sumita, Ariesya dan Linda bertepuk-tepuk tangan kesukaan. Krew-krew yang ada di situ hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

Nana Niza pula seperti biasa. Tidak berminat untuk masuk campur dengan urusan empat orang ahli kumpulannya yang lain. Dia suka bersendirian dari terlibat sama dengan mereka semua. Namun, atas tuntutan sebagai ahli kumpulan itu juga dia terpaksa melibatkan diri jika Baby G mendapat apa-apa tawaran bersama.

Harap-harap kali ini, tawaran berlakon entah dari syarikat rakaman mana akan di beri kebenaran oleh Arika. Hanya untuk dia, tidak melibatkan mana-mana ahli dalam kumpulan tersebut. Dia mahu keluar sebentar dari dunia nyanyian dan menumpukan perhatian pada bidang itu jika perlu. Satu dengusan terlepas perlahan. Riuh bilik solekan tersebut bukan lagi perhatiannya.

*****

ARIKA memasang wajah tegang sebaik kelibat Nana Niza yang baru masuk ke bilik pejabatnya. Dia sendiri sudah tetapkan mahu berjumpa dengan gadis itu jam sembilan pagi, tapi muncul jam sembilan lima minit. Lambat lima minit dari masa yang ditetapkan. Tak functual langsung.

Dia memang pantang kalau orang tak menepati masa ni. Tapi sebab ada tetamu penting dalam biliknya itu, tidak jadi dia menabur ayat berangnya untuk sepatah dua kata buat tadahan telinga perempuan perasan bagus tersebut.
Nana Niza kemudian menyapa dua orang lelaki yang sedang duduk di sofa. Arika berdiri sambil memperkenalkan dua orang tetamu itu pada Nana Niza kemudian mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

Nana Niza sempat memandang ke arah pengurus besar syarikat tersebut. Renungannya tidak sukar di tafsir. Pasti sekarang amarah Arika ditahan sebaik mungkin demi menghormati dua orang tetamu tersebut. Nasib baik ada tetamu, kalau tak ada boleh bernanah telinga dengar dia membebel.

Perbincangan yang baru saja hendak bermula tergendala sebentar dengan ketukan pintu bilik tersebut. Arika pantas memberi arahan untuk masuk. Sharmine masuk di ikuti oleh Hamadi di belakang. Kening Nana Niza pantas terangkat.

"Lambat?" sengaja Nana Niza bertanya, mahu melihat apa reaksi Arika dengan keadaan tersebut. Arika, Sharmine dan Hamadi menoleh pantas ke arahnya. Kemudian Hamadi dan Sharmine mengalihkan pandangan ke arah Arika pula. Bimbang meletus gunung berapi tak pasal-pasal.

Sekalipun dia tegas, tapi dia tahu masa bila harus menghamburkan api kemarahannya itu atau tidak. Dia masih menjaga maruah orang-orang bawahannya. Bukan main ikut sedap mulut saja.

"Saya baru panggil dia," perlahan Arika menjawab sambil merenung Nana Niza. Nana Niza hanya menjungkit bahunya sedikit, macam orang yang tidak kisah lagaknya. Sharmine yang melihat, mengetap bibir. Risau betul dia dengan keadaan itu. Nana Niza memang tak sebulu dengan Arika, sebab itu kalau boleh dia tidak mahu terlibat dengan mereka berdua. Tapi apakan daya, sudahpun namanya setiausaha. Jadi kelibatnya perlu ada setiap kali ada perbincangan. Kebetulan pula hari ini melibatkan Nana Niza, artis cantik tapi dihiasi dengan kontroversi.

"Boleh kita mulakan?" Sharmine cuba menenangkan keadaan dengan bertanyakan soalan utama mengapa perjumpaan itu diadakan hari ini. Arika memandang dua orang tetamu tersebut dan mereka mengangguk serentak. Lalu perbincangan itu pun bermula demi mencapai kata sepakat dalam misi kali ini.

Jadi Bodyguard saya, boleh? (Aku Sudi-Ilham Karangkraf)Where stories live. Discover now