BAB 1

326 4 0
                                    

"KITA putus!" tersembur air kosong yang baru saja Arika suakan ke bibirnya. Lelaki segak yang duduk dihadapannya itu terdiam tidak terkata. Kelam kabut Arika mahu mengelap wajah lelaki yang basah dengan air minumannya tadi. Pembetulan, air yang terkeluar dari mulutnya sendiri!

Kain yang fungsinya untuk melap mulut yang kotor lepas makan itu di rampas kasar oleh Zifrie dari tangan Arika. Sakit betul hatinya dengan keadaan tersebut. Baru saja dia mahu berlagak macho di hadapan gadis itu, alih-alih dia terpaksa menahan malu. Sudahlah terpaksa merasa air minuman yang tersembur dari mulut Arika, rambutnya yang tersisir kemas tadi pun sudah hilang bentuknya.

Geram bukan main lagi Zifrie, tapi ditahan-tahan. Wajah resah Arika dikerling sekilas. Cantik memang cantik. Tapi perangai mengalahkan kaum lelaki. Tegas, hati batu dan yang penting... Tak bergaya langsung!
Huh! Malang betul nasib aku terima dia dulu. Ingatkan spesis wanita sejati. Rupanya keras macam lelaki.
Arika kembali membetulkan duduknya. Memang dia terkejut beruk dengan keputusan lelaki itu. Baru bercinta, sudah kata mahu putus pula yang dia terima. Kesilapan apakah kali ini, Arika bingung sendiri.

"You dah dengarkan apa yang I cakap tadi. Kita putus. Noktah!" sekali lagi Zifrie mengulang ayatnya sebentar tadi. Arika mengeluh berat.

"Sebab?" perlahan Arika bertanya. Semangatnya betul-betul hilang dengan keputusan muktamad Zifrie. Siapalah dia mahu menegah kalau hati sudah tidak sudi.

"Sebab I rasa selama ni I bercinta dengan lelaki, bukan perempuan! Faham?" berkerut serta-merta dahi gadis itu. Amboi, tak sayang mulut nampak.

"What?!" semua mata memandang tepat ke arah mereka berdua. Kelam-kabut Zifrie menyembunyikan wajahnya dengan tapak tangannya. Tertunduk-tunduk dia mengelak dari dikenali oleh pengunjung tempat makan tersebut. Kurang asam punya perempuan, boleh-boleh pula dia menjerit macam tu depan orang ramai. Tak tahu malu langsung!
Pandangan mata dari pengunjung dan pekerja di restoran tersebut masih melekat pada mereka berdua. Tapi Arika sudah tidak peduli. Lantas air minuman lelaki itu di ambilnya dan dituang di atas kepala Zifrie. Tidak terkata Zifrie jadinya. Terkaku dia melihat tindakan Arika yang langsung tidak dijangka.

"Ini balasan you cakap I bukan perempuan," bisik Arika dan kemudian dia berdiri dari tempat duduknya. Melihat Arika sudah mahu meninggalkan dia di situ menanggung malu sendiri, lantas dia juga pantas berdiri. Lalu lengan gadis itu ditariknya kasar.

Secara paksa Arika terpaling semula ke arah Zifrie. Wajah lelaki itu bukan lagi pujaannya. Malah tenungan tajam Zifrie benar-benar menjengkelkannya.

Baru saja Zifrie mengangkat tangan mahu melayangkan satu tamparan buat Arika, gadis itu terlebih dahulu menahan. Tenungan tajam Zifrie di balasnya sama. Lalu tangan lelaki yang tidak jadi sampai ke mukanya tadi ditarik kebelakang tubuhnya dan ditolak ke lantai. Terasa bergegar sebentar lantai restoran tersebut dengan langkah seni mempertahankan diri Tae-kwan-donya yang tidak sengaja terkeluar demi mahu melepaskan geram kepada lelaki itu.

Mengerang kesakitan Zifrie di atas lantai. Yang memandang ada yang menutup mulut tidak percaya, malah ada kaum lelaki yang geleng kepala. Tidak menyangka ada gadis seganas di hadapan mata mereka kala kini. Namun tiada pula yang berani mahu masuk campur.

Arika merendahkan tubuhnya menghadap lelaki itu. Jelas-jelas dimatanya Zifrie sedang mengerang kesakitan. Kemudian Arika menegakkan semula tubuhnya lantas kaki sebelah kiri yang memakai kasut bertumit tinggi warna hitam itu di letak ke atas dada Zifrie. Membulat mata Zifrie di perlakukan begitu sekali.

"This is your punishment because touching me without permission!" tekan Arika sebelum meninggalkan Zifrie menahan malu di situ sendirian. Pengunjung yang memandang tetap duduk di tempat mereka masing-masing. Geleng kepala melihat si sang jejaka kecundang di hadapan sang bunga. Jangan main-main dengan wanita zaman sekarang ni kalau belum penuh ilmu di dada.

Arika meninggalkan restoran itu dengan senyuman puas. Walau kasih tidak berpanjangan seperti yang dia harapkan, dia tetap puas hati kerana dapat melepaskan geram dan sakit hati terhadap lelaki yang berlagak terlalu bagus dihadapannya tadi. Ingat aku nak hadap sangat dia tu. Pergi mampuslah dengan bagus kau tu!

Pintu kereta Mini Coopernya di hempas geram. Masih merenung nama restoran di mana kasihnya dengan Zifrie berakhir hari ini. Restoran Bunda. Bukanlah tempat sesuai untuk memutuskan kasih, tapi tempat itu juga yang menjadi pilihan Zifrie ketika mengajaknya petang tadi makan malam. Rupanya ini yang berlaku.

Popularlah kau lepas ni kan. Ramai gila orang nampak kau tadi kena oleh aku. Siap ada yang ambil gambar kalau tak silap. Well, aku bukannya artis kot nak takut kontroversi bagai. Kau tu lainlah, CEO Indrapura Holding Sdn. Bhd. Satu Malaysia tahu, anak waris syarikat itu siapa. Tak perlu jadi artis, jadi pewaris pun sudah cukup untuk buat para wartawan mahu sibuk dengan cerita mereka semua.
Tidak semena-mena satu keluhan panjang keluar dari mulut gadis itu. Kepalanya di sandarkan pada stereng kereta sambil memikirkan hal yang baru berlaku tadi. Nasib oh nasib. Apalah malang nasib aku, cinta selalu tak kesampaian. Mesti putus di tengah jalan. Macam selalu, tak sampai sebulan sudah kecundang.

Tapi kali ni lagi lejen. Bercinta dengan Zifrie tak sampai dua minggu, Zifrie sudah mahu putus dengan dia. Terbaiklah Zifrie. Ingatkan kau lain dari yang lain. Ternyata memang lain, hanya tahu keluar bersosial dan suka ambil kesempatan.

"Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan dia sebelum ni? Pelik betullah perasaan aku ni. Jumpa baru sekali dua, sudah boleh jatuh cinta. Lepas tu, tak tahu malu berterus terang pula tu. Kan dah kena dekat mamat perasan bagus tu. Huh! Perangai tak ubah-ubah dari dulu. Mudahnya jatuh cinta!

"Erm, lepas ni kena belajar control perasaan dengan lelaki. Tak padan dengan wajah tegas. Rupanya hati aku ni padat dengan bunga-bunga cinta. Kesiannya hati aku." Tahun ini, masuk yang ini sudah kali ke empat dia jatuh cinta dan putus. Cara mereka putus pun sama, si jejaka yang meminta hubungan mereka di putuskan. Aku ni memang tak reti jaga hubungan ke apa? Arika redha, namun hari ini dia tidak bagi muka apabila Zifrie mencabar hatinya. Aku ni bukan wanita?

Dia ingat aku ni apa? Tunggul kayu? Batu, tak ada perasaan. Sekali kau kena, terus diam kan? Padan muka, buatlah lagi. Tu baru kena dengan Tae-kwon-do, belum lagi dengan silat Gayongnya.

Kunci kereta di masukkan ke lubang kunci lalu enjin kereta Mini Cooper warna kuning dan berbumbung hitam itu pun mula mengaum perlahan. Comel saja bunyinya macam bentuknya juga. Lantas tempat itu ditinggalkan setelah puas melepaskan segala yang dia pendam dari tadi. Memang sikapnya begitu, apa-apa masalah dia akan selesaikan di luar. Tidak akan sampai ke rumah. Di rumah tempat dia menyambung kerja yang belum siap dari pejabat. Begitu teraturkan hidupnya? Dah pun namanya pengurus. Pasti jadual hariannya juga bisa di urus!

Jadi Bodyguard saya, boleh? (Aku Sudi-Ilham Karangkraf)Where stories live. Discover now