ARIKA duduk sambil memandanga laptop iPhone warna merah dihadapannya. Sambil menghirup Cappucino kegemarannya, sesekali digerakkan tetikus ke bawah dan ke atas. Meneliti setiap rangka yang berkaitan dengan Hottest Entertainment. Tidak cukup di pejabat, di rumah dia sambung buat kerja.TV plasma dari jenama Sony itu di tatapnya sekilas. Drama dari rancangan slot Lestari kini sedang bersiaran. Menampakkan hero dan heroinnya yang sedang bergaduh kerana hal kecil saja. Keduanya sangat di kenali, hero dari kumpulan Forteen dan heroin pula penyanyi cantik yang baru menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun lepas.
Arika melepaskan nafas berat. Untunglah, ada masa bergaduh dengan teman lelaki. Aku ni pula teman lelaki dah tak ada, nak gaduh dengan siapa. Tiba-tiba rindu mahu bercinta lagi. Padahal baru seminggu berpisah dengan lelaki keparat bernama Zifrie. Dia sujud bawah kaki aku balik pun aku tak akan terima dia balik. Dasar lelaki dayus. Sanggup dia nak pukul aku. Itu baru bercinta, belum kahwin. Entah-entah kaki pun angkat sekali.
Tumpuannya sudah bukan pada kerjanya tadi. Sudah teralih pada drama yang tidak pernah dia tonton selama ini. Hanya kebetulan malam ini siaran itu menjadi pilihannya sambil cuba menyiapkan rangka kerjanya untuk projek terbaru syarikat Hottest Entertainment.
Seorang lelaki baru muncul tatkala kedua hero dan heroin itu masih rancak bergaduh. Lelaki kali ini tidak kurang hebatnya, salah seorang penyanyi baru keluaran program Akademi Fantasia ke-15. Bukan juara, tapi atas dasar punya wajah yang menarik membuatkan dia menjadi pilihan pengarah dan penerbit drama tersebut. Mungkin, namun tidak hairan jika tekaannya itu betul.
Zaman ini, rupa adalah segala-galanya. Bakat letak nombor dua. Walau yang cantik dan kacak itu tidak punya bakat, akan di asah sampai berkilat. Erm, dunia glamor memang begini. Syarikat tempat dia bekerja pun sama.Peristiwa pagi tadi menerpa ke ingatannya. Nana Niza. Wajah utama buat kumpulan Baby G. Lebih mudah untuk difahami lagi, gadis itu adalah yang paling cantik dan terkenal berbanding ahli lain dalam Baby G. Bukan dia yang cakap, peminat mereka sendiri yang membuat pilihan. Oleh kerna itu juga, dia menjadi pilihan pihak syarikat K.R.U. Produksi untuk membintangi drama terbaru untuk slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis. Slot kegemaran rakyat Malaysia berbanding slot rancangan yang lain. Mungkin atas faktor masa bersiaran atau mungkin juga kerana menggunakan muka-muka yang menarik hingga menjadi pilihan penonton.
Mengikut jalan cerita yang dia baca, drama itu adaptasi dari novel pilihan pembaca paling ramai. Pihak K.R.U Produksi memilih Nana Niza kerana ciri-ciri yang di tonjolkan dalam watak wanita utama novel itu sesuai dengannya.
Entahlah, dia bukan jenis yang suka baca novel. Jadi dia tidak berapa tahu perkara tersebut. Perbincangan mereka tidak terlalu lama. Nana Niza menyatakan persetujuan sebaik pengarah untuk bakal drama yang dia akan lakonkan itu meminta persetujuannya pada hari tersebut juga. Langsung tidak berfikir lama-lama diberi masa lebih untuknya memberi jawapan.
Kalau ikutkan Arika, dia mahu Nana Niza mempertimbangka dulu watak yang bakal dilakonkannya itu nanti. Namun demi Hottest Entertainment dan Baby G, Arika hanya iyakan saja. Ini salah satu strategik syarikat dalam memastikan artis dalam naungan Hottest Entertainment terus menjadi pilihan peminat seni tanah air ini.
Fail yang sudah di tanda-tangani oleh kedua-dua pihak itu dicapainya semula. Meneliti kembali segala syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan oleh pihak K.R.U. Produksi dan juga syarikat Hottest Entertainment sendiri. Dia juga perlu bijak mengatur jadual Baby G, kebetulan pula mereka baru saja comeback. Tentu jadual gadis-gadis itu padat dan perlukan aturan yang terbaik agar tidak mengganggu proses konsert yang akan diadakan dalam masa terdekat dan shooting untuk drama itu juga.
YOU ARE READING
Jadi Bodyguard saya, boleh? (Aku Sudi-Ilham Karangkraf)
Ficción GeneralSinopsis Putus cinta dgn Zifrie yg menganggapnya bkn wanita tdk membuatkan Arika Djae utk menghalang lelaki itu meninggalknnya. Biarlah, x matipun dia tanpa lelaki. Kumbang bkn seekor! Dalam syarikat Hottest Entertainment (H.E), dia ant. plg berkuas...