BAB 7

109 2 0
                                    

BILIK PEJABAT lelaki itu kosong. Ke mana pula dia pergi ni? Takkan nak buat hal lagi. Berkerut-kerut dahi Arika memikirkan kemana ketua pengurus artis itu pergi. Dia melihat satu-persatu pengurus artis solo dan kumpulan yang ada di tempat duduk mereka masing-masing. Kelibat Hamadi juga tidak ada di situ. Mungkin sudah melakukan tugasannya terhadap kumpulan di bawah jagaannya itu.

"Morning cik Arika. Cari encik A.J ke?" Melati, pengurus kumpulan Unicorn yang terdiri daripada tiga jejaka itu menyapanya mesra. Malas bersuara, Arika sekadar mengangguk perlahan.

"Saya baru nampak dia pergi pantry tadi." beritahu Melati kemudian. Pengurus besar syarikat itu beredar tanpa mengucapkan terima kasih. Melati menggeleng kepala dan tersenyum kecil. Faham benar sikap dingin pengurus besar syarikat tersebut.

Arika berlalu menuju ke arah pantry yang berada di hujung dalam unit pengurus artis tersebut. Mahu melihat keadaan lelaki itu bagaimana setelah perbicangan dingin tadi berakhir.

"So sweet," kedengaran suara lelaki memuji manja. Siapa lagi kalau bukan A.J. Arika menggeleng kepala melihat. Ingatkan nak mengamuklah tadi. Tapi masih ada hati mahu berpoya-poya lagi rupanya. Tak cukup gadis penyambut tetamu, dalam pantry ni pun dia nak pancing juga. Dahsyat betul mamat ni.

"For you," Ilaika menjawab manja. Tak padan bertudung, ada hati mahu mesra-mesra dengan bukan mahram. Aku yang tak bertudung ni pun tahu batas halal haram. Wanita zaman sekarang memang dahsyat.
Tangan lelaki itu baru saja menjalar mahu menyentuh pipi Ilaika, deheman seseorang menghentikan tingkahnya serta merta. Pantas Ilaika menoleh ke muka pintu. Wajah tanpa perasaan Arika menyapa pandangan mereka kini. A.J mengetap bibir kegeraman. Again, again, again! Tak habis-habis kacau daun betullah minah ni.

"Tak ada kerja?" Arika sengaja bertanya pada Ilaika, namun sebenarnya dia mahu menujukan ayat itu pada A.J sekali. Tadi bukan main geram, tapi sempat juga nak menggatal dalam ni.
Ilaika mengangguk-angguk cepat, lalu beredar meninggalkan ruang bilik pantry tersebut bersama secawan minuman milo panas yang dibuatnya sebentar tadi. Setelah Ilaika jauh, barulah A.J menoleh ke arah gadis itu dengan wajah kosong. Kononnya masih geram dengan gadis itu setelah arahan yang tanpa perbincangan dengannya sebelum ini di beri sewenang-wenangnya. Susun atur jadual semua artis itu bukan mudah. Boleh tidak tidur malam dia kalau tak siap nanti. Dahlah dapat bos yang nak perfect saja kerjanya.

"Ingatkan dah sakit hati sangat tadi. Tapi tak sangka, sempat juga pasang pancing kan? Dalam pantry pula tu. Uishhh, dahsyat." Sengaja Arika mahu membakar balik hati lelaki itu. Kalau A.J marah baru dia puas hati. Dalam bilik tadi mengalahkan bos saja. Ingatkan marah sangat tadi.

"Eh? Cik Arika tahu risau juga ye saya sakit hati ke tidak?" Mulut Arika terbuka sedikit. Tidak sangka lain pula lelaki itu jawab.

"Perasan tak habis-habis," geram Arika menjawab dan mula beredar dari situ. Layan A.J memang perlu hati-hati, lebih-lebih lagi semua orang tahu dia ni pandai bermain kata-kata, terutamanya pada kaum wanita.

"Jangan termakan dengan kata-kata sendiri!" laung A.J sambil tersenyum-senyum. Kelibat Arika meninggalkannya di situ tanpa menoleh ke belakang pun. Keras betul hati dia, entah mamat mana yang dapat lembutkan hati perempuan tu nanti. Aku pun angkat bendera putih.

*****

SEKALI lagi malam ini kelab malam Bintang menjadi kunjungannya. A.J terus saja menuju ke tempat yang dia biasa duduk tanpa perlu Anita menjemput dia seperti selalu. Mesti ada kerja yang perlu Anita buat saat ini. Maklumlah, pengurus kelab malam itu mesti kerjanya juga bukan kecil-kecil zarah.

Air kola seperti biasa dihidangkan pada dia. Semua pekerja di tempat itu sudah maklum dengan pilihan minumannya. Tidak perlu mereka bertanya dia mahu minum atau makan apa. Cukup bawakan dia segelas air kola dan kacang tanah. Diamlah dia di tempat yang sama sehingga dia pulang sendiri setelah puas memerhatikan pengunjung yang terkinja-kinja menari di tengah-tengah dewan kelab tersebut.

Suasana tambah riuh dengan kehadiran kumpulan band lelaki yang akan membuat persembahan sebentar lagi. A.J terus memerhati dengan penuh minat. Dia kenal kumpulan band lelaki itu. Fool Flower. Dulu mereka selalu membuat persembahan di tepi jalan sahaja. Kini mereka naik satu peringkat dengan membuat persembahan di tempat itu. Boleh jadi lepas ini akan buat persembahan di pentas besar pula.

Lagu terbaru dari Forteen menjadi dendangan mereka berempat. Penyanyi vokal utama kumpulan band itu ternyata mempunyai vokal yang baik. Rasanya setanding dengan penyanyi asal. Itu apa yang dia rasa, tidak tahu yang lain bagaimana pula.

"Dah lama sampai?" Anita muncul kala dia sedang leka menilai kumpulan band tersebut. A.J hanya mengangguk sekali. Anita tidak jadi mahu menambah pertanyaannya lagi. Kelihatan lelaki itu leka dengan kumpulan band yang sedang membuat persembahan saat ini.
Setelah lagu yang dinyanyikan mereka habis, barulah A.J menoleh ke arah rakan wanitanya itu dengan senyuman puas terpancar di wajahnya.

"Macam berat saja masalah awak kali ni?" soalan yang baru muncul itu mengendurkan serta-merta senyuman lelaki tersebut. Kening ternaik sekali.

"Kalau tak, takkanlah khusyuk sangat tengok orang menyanyi macam tu sekali. Sebelum ni, tak pernah-pernah." Ternyata, Anita bukan saja rakan biasanya tetapi juga mampu membaca fikirannya saat ini. Hebat. A.J menggeleng perlahan. Air kola di teguknya sekali, saja mahu membasahkan tekak yang sudah kekeringan melihat persembahan tadi.

"Bos saya buat keputusan tanpa berbincang dengan saya dulu," adu A.J mula bercerita. Anita hanya diam mendengar. Pandangannya tidak lepas memandang wajah lelaki itu.

"Dia minta saya susun semula semua jadual artis bawah naungan H.E. Gila ke apa? Ingat benda tu senang ke nak urus. Sebelum ni pun saya sakit kepala nak buat, sekarang kena buat lagi." Omel A.J panjang.

"Bukan awak dah buat ke? Kenapa kena buat balik pula?" tanya Anita. Sememangnya dia kurang arif tentang kerja rakannya itu.

"Memang dah buat. Tapi oleh sebab salah seorang ahli Baby G dapat tawaran berlakon, jadual tu kena ubah sekali lagi. Dia tak nak jadual Baby G clash dengan hal lain." terang A.J panjang lebar. Entah, Anita faham atau tidak dengan penjelasannya itu. Dia menarik nafas berat.

"Apa susah, ubah jerlah jadual Baby G tu. Yang lain biar macam tu saja," Anita jawab setakat dia rasa logik saja. Buah fikirannya itu mengundang tawa tidak ikhlas A.J.

"Awak tak tahu bidang ni, Nita. Urusan latihan di studio latihan tarian dan studio rakaman perlu di urus dengan betul. Kalau tidak nanti ada artis atau kumpulan yang tak dapat berlatih. Nanti ada pula yang mengadu pihak pengurusan artis pilih kasih. Saya tak nak kena label macam tu. Cukuplah gelaran kasanova H.E yang saya dapat selama ni." Anita ketawa mendengar.

"Kasanova baik hati?" saja Anita menambah ayat pada gelaran lelaki tersebut.

"Baik hati? Ada ke kasanova baik hati?" A.J turut ketawa sama. Anita memperlahankan tawanya kemudian. Ada A.J, kau saja yang tak perasan kau tu macam mana. Kalau bukan kau baik hati mustahil aku masih cintakan kau sampai hari ini. Cuma nampaknya, aku bukan pilihan hati kau. Kita hanya layak sebagai kawan. Dan itu aku setuju, daripada kau terus jauhkan diri dari aku. Dan aku akan pastikan, gadis yang bakal jadi suri hati kau sampai syurga itu juga nanti memang layak untuk kau.

A.J yang perasan dirinya masih di pandang oleh gadis itu sengaja memetik jarinya di hadapan mata Anita. Terkedip-kedip mata Anita jadinya. Jauh betul dia berkhayal tadi.

"Jangan nak renung lama-lama sangat, Nita. Saya tak boleh jamin saya kekal waras sampai bila-bila," saja A.J mengusik. Bulat mata Anita mendengar. Lantas jarinya mencubit bahu lelaki itu. Geram pula dia diusik begitu. Sekalipun dia sukakan A.J, tidaklah sampai peringkat itu.
A.J sudah ketawa berdekah-dekah. Gembira dapat mengusik Anita hari ini. Sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan beban otaknya itu sebelum balik ke rumah nanti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jadi Bodyguard saya, boleh? (Aku Sudi-Ilham Karangkraf)Where stories live. Discover now