i.

107 8 0
                                    

"Tarikh dlm crita ini ialah tiga belas, mac, dua-ribu enam-belas."

Boyoung's pov

"Huh.." Aku mengeluh lalu memuncungkan bibir.

"Bencilah kena hadap subjek Maths... Memanjang.. Nak matilah kalau macam ni.." Aku mengeluh lagi.

Ppaaap!

"Ahh.." Aku menyeringai kecil sambil menggosok kepala.

Siot! Siapa pulak yang ketuk kepala aku ni??

Aku mendengus kemarahan.

Aku terdengar kerusi disebelahku berbunyi dan bergerak.

Aku menjegilkan mata dan nafasku terhenti seketika.

Aku merasakan seluruh tubuhku kaku dan meremang jugaklah bulu roma.

Apa yang berlaku ni?

Kerusi yang ditarik tadi, kini ada penghuni yang mendudukinya.

Sejurus itu, aku memejamkan mata di dalam ketakutan.

"Woi.. Asal kau pejam mata? Nampak hantu ker?" Aku terdengar suara seorang gadis.

Lalu, aku memberanikan diri membuka mata. Dan, setelah itu..

Tahu apa yang ku nampak?

Tak tahu?

Aku mengeluh kemarahan sejurus membuka mataku.

"Woi.. Minah ni kalau tak ketuk kepala orang tak sah ker?" Kemarahan mula membara bak api tong gas.

Krystal ketawa terbahak-bahak sambil menghempas bahuku.

Sementara itu, aku memandangnya dengan perasaan yang berapi.

"Asal kau ketawa pulak minah senget?" Aku mengerutkan dahi seraya bertanya.

"Macam mana aku tak ketawa? Dahnya, kau macam orang hilang akal.. Kata mahu matilah.. Apalah.." Dia ketawa lagi.

"Subjek aje pon.. Tu pun nak merungut gila.. Maths pulak tu.." Ketawa lagi.

"Yalah.. Orang tu kan handal Maths.. Kita ni memang bodohlah kan?" Aku pusing kehadapan menghadap papan putih.

"Lahh.. Takkan merajuk? Perli sikit pun tak boleh.. Ni yang malas nak layan kau.."

"Kalau orang tu malas nak layan.. Janganlah layan.. Asal masih jugak nak layan orang yang tak seberapa ni?" Aku sekilas pandang dia.

"Yelah.. Aku janji takkan buat lagi.. Puas hati?" Krystal angkat tangan.

"Banyaklah kau punya janji.. Boleh pakai ker janji kau tu?" Aku tanya sambil memandangnya.

"Boleh.." Sepantas kilat Krystal menjawab sambil tersenyum lebar dan menundukkan kepalanya dua kali.

Lalu, aku pun tersenyum simpul melihat karenahnya sambil menggelengkan kepala perlahan-lahan.

"Woi! Korang! Songsaenim datang!" Jerit seorang lelaki.

Serentak itu, aku dan Krystal pun mengeluarkan buku beserta beg pensel lalu, berpura-pura membacanya.

"Boyoung.. Awal pagi ni subjek apa eh?" Bisik Krystal.

"Ntah.. Maths kut.." Aku jawap slumber.

Drup.. Drupp.. Drupp.. Drupp.. Drup.

Kedengaran bunyi kasut tumit tinggi berderup.

[M] Tersekat Diantara 2 ||ASTRO FANFIC||Where stories live. Discover now