Pagi yang dijanjikan, dia telah bangun dan membersihkan dirinya. Dia perlu bersedia untuk menghadapi singa jantan. Dia tahu tentang perangai bakal tunangnya daripada semua majalah dan gosip di media sosial. Dia bersarapan dengan ibunya.
"Omma, Jihyo pergi dulu" Jihyo berangkat ke syarikat, bakal tunangnya
The Legacy,
"Annyeonghaeseyo, can I meet Madam Choi?" Tanya Jihyo kepada pekerja atau mungkin lebih tepat pembantu peribadi Madam Choi.
"Cik dah buat appointment ke?" Tanya pekerja yang bertugas di kaunter pertanyaan. Jihyo menggeleng kepala menandakan bahawa dia sendiri tidak pasti.
"Entahlah, saya sendiri tak pasti. Saya cuma disuruh datang ke sini" jawab Jihyo dan menggaru kepala dalam kekeliruan. Dia yakin, dia tidak perlu membuat apa-apa temu janji kerana tidak diberitahu.
"Sekejap. Cik duduk dulu nanti saya tanya Madam Choi." Ujar pekerja itu lalu pergi ke pejabat Madam Choi. Jihyo berjalan ke ruang menuggu. Dia perlu duduk
Sewaktu dia ingin pusing dan ingin duduk di sofa yang disediakan, bam! Dia terlanggar seorang lelaki. Lalu, lelaki itu memaki hamun dirinya yang tidak sengaja.
"Eh, maafkan saya" Jihyo menunduk hormat beberapa kali. Mungkin salah dia kerana tidak melihat dengan betul.
"Apa maaf-maaf? Angkat kakilah. Buta ek? Nak aku hantarkan kau ke optik ke?"
'Amboi mamat keret ni. Sombongnya. Ni yang buat aku nak membebel ni' getus hati Jihyo.
"Hey, Mr.Whatever! Mind your language. Saya tak tahulah awak ni siapa. Tapi dari gaya awak ni macam bos besar. Kalau betul pun awak bos besar, dengar sini. Awak jangan ingat awak ada kuasa awak hebat. Sedar ya, ada ramai lagi yang lebih hebat dari awak." Balas Jihyo. Padu. Dia ada maruah untuk dijaga.
Dia sudah lupa wajah yang dibaca di media sosial tentang bakal tunangnya. Jihyo telah melakukan silap besar kerana tidak mengenali wajah tunangnya.
"Eh, kau memang tak reti hormat orang eh?" soal lelaki itu.
"Once again,Mr.Whatever. Kalau kita nak orang hormat kita, kita sendiri yang perlu hormat orang dulu. Jangan nak pentingkan diri sendiri je. Jangan nak heret semua orang dalam masalah encik. Ingat awak je ada bad day? Orang lain tak?" Bidas Jihyo.
Dia memang pantang kalau ada orang berjawatan besar berlagak. Tiba-tiba, bayangan tentang tunangnya muncul.
"Eh, kau ni dah kenapa? Tiba-tiba nak ceramah aku. Ini office aku. Kau boleh angkat kaki"Ujar lelaki itu dan berlalu pergi. Tetapi tidak jauh kerana ada seorang perempuan yang menghalang laluan nya; Madam Choi.
"Hah, padan muka. Ingat kamu seorang je yang hebat?" Madam Choi memberikan senyum sinis kepada anaknya. Dia mengejek anaknya yang keras kepala.
"Ommonim, kenapa nak bela dia? She's stranger." Marah lelaki itu.
Oh, jadinya lelaki itu ialah pewaris tunggal The Legacy, Choi Jin Hyuk. Sombong, seperti yang dia baca di media sosial tentang perangainya.
"Don't worry; this stranger will be your wife soon"
Semua pekerja tersentak. Wah! Singa dah nak kahwin. Tak sangka. Satu office bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Madam Choi.
"Jihyo-ssi, come follow me to my office and you too, Jinhyuk." Madam Choi mengarah selepas memecahkan kesunyian.
"I've something to do" pinta Jinhyuk untuk mengelakkan diri.
"Follow me or" ugut Madam Choi
"Haish!" Jinhyuk mendengus kasar.
Mereka bertiga masuk ke bilik Madam Choi.
"Madam Choi, saya Song Ji Hyo." Jihyo memperkenalkan diri.
"Ah, tak payah nak formal sangatlah, panggil je ommonim." Madam Choi membahasakan dirinya.
"Dae." Jihyo hanya mengiakan sahaja. Dia pun haprak. Dah tahu Madam tu bakal mak mertua, yang dipanggil menggunakan bahasa formal kenapa?
"Jinhyuk-ah..." Madam Choi memanggil anaknya yang sudah kelaut. Termenung jauh, macam laki mati bini.
"Mmm..." balas Jinhyuk acuh tak acuh. Kemudian, dia memandang ibunya.
"She is your wife to be... I hope that both of you will get closer"
Madam Choi keluar dari bilik pejabatnya. Dia ingin memberi ruang kepada mereka berdua untuk berkenalan.
"Eh kau jangan ingat kau boleh dapatkan semua harta aku..." Fitnah Jinhyuk. Dia sudah membara.
Tiba-tiba naik angin. Dia sudah lali dengan perangai perempuan kaki kikis.
Dia tidak akan mengulangi sejarahnya. Sekalipun dia tidak akan percaya kepada insan yang bergelar perempuan. [a/n: tak bermakna dia suka lelaki ek...]
"Ya! Hyuk-ssi, saya tiada masa nak layan awak, baik saya pergi layan pesakit-pesakit saya yang lebih baik daripada awak. By the way, harta awak tu saya tak ingin pun." Balas Ji Hyo mempertahankan maruahnya.
Ada ke patut dia sesuka hati je nak fitnah orang. Apa semua perempuan pisau cukur ke?
"Ah, semua perempuan sama! Mata duitan." Tuduh Jin Hyuk lagi. Dia masih tidak puas hati.
Dia percaya bahawa semua perempuan kaki kikis. Dia takkan mudah tertipu lagi. Cukup sekali dia terkena.
"Hyuk-ssi for your information not all women are same. Mungkin yang Hyuk pilih, Hyuk yang tak buka mata betul-betul." Hah! Ambik Jin Hyuk kena ceramah lagi sekali. Terpana, dia tidak terkata dengan luahan Jihyo.
Jihyo adalah perempuan pertama yang meninggalkan dia keseorangan. Selama ini, dia akan meninggalkan perempuan yang dia pernah keluar bersama.
Jihyo keluar dari office itu dan meninggalkan Jinhyuk seorang diri. Panas hatinya apabila dituduh sebegitu.
Bukan semua orang sama. Dia tidak tergolong dalam kategori tu dan takkan tergolong. Dia dididik dengan tegas oleh ayahnya.
Dia telah mengalami kepayahan untuk merasai apa yang dia rasa sekarang. Bukan mudah untuk dia memegang jawatan sebagai doktor.
Dia telah banyak melalui liku-liku kehidupan demi berjaya. Dia juga pernah terluka.
Dia tahu bukan mudah untuk sembuhkan luka malah; parut di hati masih ada. Tetapi dia cuba untuk membuang egonya demi meneruskan hidupnya.
Dia tahu bahawa walau air mata darah sekali pun dia takkan terubat dengan kisah silam. Semuanya telah berlaku.
"Suara dia macam arwah nuna. Pakaian dia taklah macam Kim Nana. Aku rasa...." Jinhyuk bermonolog sendirian. Para pekerja melihat dirinya yang bercakap seorang diri dengan penuh kehairanan.
Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Inilah waktu untuk mengubah segalanya.
"Aku harap kau yang terakhir. Aku takkan sia-siakan kau"
A/n: hah! Rasa apa? Kim Nana? Nana mana pulak ni?
YOU ARE READING
Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]
FanfictionWarning: Cringe. I'm not in my right mind writing this. =) Write: 2016 Publish: 2016 End: 2020