Jinhyuk mengambil kunci keretanya dan bergegas keluar dari biliknya.
"Ellie-ssi saya nak awak batalkan meeting saya pada hari ni dan tetapkan pada hari yang lain" arah Jinhyuk kepada setia usahanya. Ellie hanya mengangguk.
Jinhyuk memecut ke apartment Jihyo. Dia cuba mendail nombor Jihyo. Tidak terangkat. Dia mencuba lagi. Akhirnya, panggilannya terjawab.
"Kenapa susah sangat nak angkat phone?" Tanya Jinhyuk dalam nada yang tinggi
"Hyuk...Hyuk..." panggil Jihyo dengan suara yang serak akibat menangis.
"Sorry, I'm just worried"
"Hyuk, saya takut"
"Aku dah nak sampai. Tunggu sekejap"
Setelah tiba di apartment Jihyo, dia terus menaiki tangga dengan pantas dan terus ke tingkat di mana Jihyo tersekat. Dia menggunakan segala tenaga yang dia ada untuk membuka pintu lif. Dia melihat Jihyo memeluk lututnya di penjuru lif. Dia pelik kenapa tiada orang yang cuba untuk membuka pintu lif sedangkan ada orang didalam lif.
Jinhyuk melutut untuk menyamakan ketinggiannya. Dia menarik Jihyo ke dalam pelukannya.
"Hyuk, saya takut sangat" ucap Jihyo sambil mengemaskan pelukannya.
"Aku minta maaf. From now on, aku tak benarkan kau naik lif tanpa aku"
"Saya penat sangat" ujar Jihyo dan pelukannya semakin longgar. Dia pengsan. Jinhyuk segera membawa Jihyo ke apartmentnya.
"Kau rehat dulu. Nanti aku datang balik"
Dia musykil, macam mana bekalan elektrik boleh terputus. Dia ingin keluar, tetapi Jihyo demam. Dia menemani Jihyo sehingga dia tertidur di sisi katil. Jihyo terjaga, dia mengiringkan badannya menghadap Jinhyuk.
Dia mengusap lembut rambut Jinhyuk. Akhirnya, dia tertidur. Jinhyuk yang baru sedar dari tidurnya terpana apabila jarak muka mereka beruda terlalu rapat. Dia tersenyum.
Aku balik dulu. Aku benarkan kau guna tangga- Jinhyuk
Jinhyuk bergegas ke bilik pengawasan bangunan itu.
"Ada apa-apa boleh saya bantu" soal salah seorang penjaga di situ.
"Saya nak tengok rakaman CCTV sebelem bekalan elektrik terputus."
"Encik ni siapa? Ada bawa waran polis atau arahan daripada siapa-siapa ke?"
"Aku pemilik bangunan ni"
"Saya akan izinkan jika encik memang betul-betul tak tipu"
"Panggil pengurus kau sekarang"
"Saya ada disini. Kenapa?"
"Manager-nim, encik ni cakap dia pemilik bangunan ni"
Pengurus itu melihat muka Jinhyuk yang dah bengang tahap empat. Dia memohon maaf.
"Maaf, Tuan. Dia pekerja baru."
"Aku nak tengok rakaman CCTV sebelum bekalan elektrik terputus."
"Baiklah"
Jinhyuk memerhati video itu. Dia melihat seorang lelaki telah memotong kabel bekalan utama.
"Macam mana benda ni boleh jadi?" Marah Jinhyuk. Tak marah macam mana, kalau ada orang berjaga-jaga dan mata sentiasa ada di CCTV mesti benda macam ni tak jadi.
"Saya tak tahu, tapi tuan jangan risau. Tiada siapa yang tercedera. Mereka semua tak sempat nak guna lif lagi. Jadi, tiada sesiapa yang tersangkut sewaktu kejadian.
"Tak de apanya, tunang aku tersangkut dalam lif. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak aku pecat kau!" Patutlah tiada orang yang cuba untuk membuka pintu lif.
"Tunang?"
"Ya, tunang. Aku nak ketatkan kawalan dan pasang lebih banyak CCTV" arah Jinhyuk.
"Baiklah" Jawab pengurus bangunan
"Kalau benda macam ni berlaku lagi, aku kau bersedia untuk angkat kaki. And one more thing, aku nak seseorang khas untuk perhatikan tingkat 35. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan inform aku dengan cepat.
"Saya nak tanya dia ada tak kawan-kawan lain yang selalu pergi rumah dia?"
"Tak. Kawan perempuan pun takde." Jinhyuk risau.
Dia perlu lakukan sesuatu sebelum perang nyawa berlaku. Dia tahu, Kim Nana sudah balik.
--
"Macam mana kau buat kerja!?" tengking Nana kepada orang suruhannya.
"Saya dah buat macam yang cik suruh. Tapi driver tunang dia ada di situ dan cepat-cepat inform kepada dia"
"Yang kau bodoh sangat tu kenapa? Kenapa kau tak check betul-betul? Tak pasal-pasal aku dah kena buat plan baru"
Kim Nana mendengus marah. Dia perlu memikirkan rancangan baru untuk memutuskan hubungan mereka berdua.
--
Setelah mendapatkan rehat yang cukup Jihyo kembali bekerja walaupun ditentang oleh Jinhyuk. Dia perlu bekerja kerana hanya dia yang bertugas di ER (emergency room). Ketua yang lain masih belum habis bermesyuarat dengan pengarah hospital.
Jadi hanya dia yang tidak terlibat dengan pengurusan hospital. Lebih-lebih lagi, doktor pelatih baru sahaja masuk. Dia perlu memantau dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang baru.
Jihyo berjalan menuju ke kaunter ER. Dia termenung. Tetapi ada seseorang yang mencuit bahunya. Jururawat Min.
"Eh, doktor. Jauh termenung. Ingat buah hati ke? Ala sabarlah, dah tak lama lagipun nak kahwin."
Jihyo hanya tersenyum sebelum doktor pelatih memanggilnya untuk memeriksa pesakit.
--
A/n: sorry. Pendek je update kali ni! Sis cuba untuk cepatkan cerita ni ... harap korang semua bersabar. Message sis kalau nak tanya apa-apa. Love you!
YOU ARE READING
Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]
FanfictionWarning: Cringe. I'm not in my right mind writing this. =) Write: 2016 Publish: 2016 End: 2020