"Jihyo!" teriak Jinhyuk seraya dia tidak melihat kelibat Jihyo di sebelahnya. Dia keluar bilik dan terus mencari Jihyo merata tempat. Dia terjumpa sebelah selipar Jihyo di sempadan untuk masuk ke hutan.
Dia menyesal mengadakan program syarikatnya di sini. Dia tahu bahawa di dalam hutan tersebut terdapat sebuah rumah using lama yang sudah ditinggalkan oleh pasangan isteri. Dia sangat risau kerana rumah yang ditinggalkan itu milik ibu bapa Kim Nana.
Dia risau dan mengerahkan semua pekerja untuk mencari Jihyo didalam hutan. Dia turut melibatkan dirinya dalam misi pencarian tersebut.
"Boss" Panggil Jinyoung dan menghulur sebotol air kepada Jinhyuk. Tiba-tiba pihak berkuasa yang bertanggungjawab datang ke arah Jinhyuk dengan muka yang kecewa. Jinhyuk sudah tidak sedap hati dengan riak muka pegawai tersebut.
"No!" teriak Jinhyuk. Rupanya semua itu mainan tidurnya. Namun masih terdetik kerisauan apabila dia melihat ketiadaan Jihyo disisinya. Bingkas dia bangun dan hatinya kembali tenang apabila dia melihat Jihyo di beranda.
"Morning" Jinhyuk memulakan sapaan sebelum memberikan ciuman dipipi Jihyo. Jihyo mengusap ciuman tersebut dan membebel.
"Awak tak mandi lagilah! Pengotor."
"Nah, I'm your husband" Jinhyuk memujuk. Dia meletakkan kepalanya diatas bahu Jihyo. Dia menghidu bau Jihyo. Wangi. Dia sangat perlukan bauan tersebut untuk lena.
"Hyuk. Dahlah, pergi siap. Kita makan lepas tu, terus balik. Saya nak rehat."
Jinhyuk hanya mengangguk. Dia faham dan jujur dia sendiri masih penat dengan insiden semalam. Dia mengatur langkanhnya ke bilik mandi dan mensiapkan diri.
Usai mandi Jinhyuk mengambil pakaian yang disediakan Jihyo. Semuanya tersedia. Bagasi dia dan Jihyo turut dikemas. Jinhyuk mengambil minyak wanginya dan sedia untuk menyembur di badannya. Namun belum sempat dilakukan, dia berasa loya dan terus berlari ke sinki.
Jihyo pelik dengan perubahan Jinhyuk. Dia risau akan suaminya. Dia membantu Jinhyuk, dia menepuk perlahan belakang Jinhyuk.
"Hyuk ada tersalah makan ke?" Soal Jihyo. Dia risau kerana suaminya kelihatan pucat. Kejadian semalam mungkin salah satu daripada sebabnya.
"Takde pun. Kalau saya keracunan makanan, mesti Jihyo kena sekali" mereka terdiam.
"Kalau macam ni, biar Jihyo je yang drive" Jinhyuk hanya mengangguk. Dia sudah tidak larat untuk membantah keputusan Jihyo.
"Eh, Hyuk kenapa tak pakai minyak wangi tu?"
"Busuk. Nak muntah bila Hyuk bau. Baik bau Jihyo daripada hidu minyak wangi tu sepanjang masa" Jinhyuk membuat muka untuk muntah.
"Hey, tukan favourite awak. Saya suka apa bau dia" Jinhyuk hanya menggeleng kepala. Jihyo tersenyum. Dia seakan dapat meneka apa yang berlaku pada mereka.
Setiba di rumah, Jinhyuk terus melabuhkan dirinya ke atas katil. Dia terlalu penat. Sedangkan bukan dia yang memandu. Acap kali mereka berhenti untuk ke tandas, Jinhyuk asyik muntah. Perutnya masih kosong kerana asyik buang apa yang dimakan.
Hari ke hari, perangai Jinhyuk semakin pelik. Jihyo pula cuba untuk endahkannya. Namun perubahan pada Jinhyuk menimbulkan tanda-tanya kepada Madam Choi dan para pekerja.
Jihyo pula yang pelik dengan perangai Jinhyuk yang sekejap high dan sekejap low membawa Jinhyuk ke hospital.
---
Di hospital, Jihyo melangkah ke bilik rakan sekerjanya; Dr. Kim. Doktor pakar bahagian lelaki.
"Ah, Dr. Song, kenapa datang jumpa saya? Siap bawak encik husband lagi" Jihyo tersenyum.
"Ni, suami saya. Entah kenapa, setiap pagi celik je biji mata dia, mesti pening dan muntah. Saya rasa penyakit biasa. Tapi saya perlukan pakar dalam bidang lelaki untuk kepastian"
Dr. Kim hanya tersenyum.
"Kes ni sangat jarang saya dengar. Apa kata awak pergi check-up dengan Dr. Hani. Tinggalkan suami awak dengan saya sekejap ye Puan Choi" usik Dr. Kim. Jihyo masih bingung.
Dia ke bilik Dr. Hani dengan penuh kebingungan. Dia masih tidak tahu kenapa dia disuruh ke pakar sakit puan. Ada juga kekurangan doctor Jihyo ni rupanya.
"Dr. Hani, Dr. Kim suruh saya buat check-up dengan awak"
"Eh, kenapa pulak? Takpelah. Kita buat je."
---
"Tahniah, En. Choi" Ujar Dr. Kim. Jinhyuk hanya tersenyum walaupun dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ucapan tahniah tersebut. Dia keluar dari bilik Dr. Kim dan menunggu isterinya di ruang menunggu.
Jihyo tersenyum. Dia pergi ruang menunggu setelah diberitahu oleh Dr. Kim bahawa suaminya telah menunggunya di luar.
"Hyuk jom balik" Jihyo memaut lengan Jinhyuk dan terus berjalan ke parkir kereta. Jihyo memandu pulang apabila Jinhyuk masih lagi pening dan tidak larat untuk memandu. Jihyo hanya menggeleng kepala. Namun hanya dia tahu betapa gembiranya keputusan yang diberi oleh Dr. Hani sebentar tadi.
Rumah,
"Macam mana dengan Jinhyuk, Jihyo?" soal Madam Choi yang turut risau dengan anak lelakinya.
Jihyo merapatkan dirinya dengan Madam Choi dan membisikkan sesuatu dia telinganya membuatkan dia tersenyum gembira. Jinhyuk mencebik dan menglangkah kakinya ke tangga untuk berehat.
"Menantu dengan mak mertua sama je, mengutuk je kerja." Jinhyuk membebel. Jihyo hanya ketawa dengan perangai sensitive Jinhyuk
"Saya rasa awak anak ommalah!" teriak Jinhyuk tidak berpuas hati dengan Jihyo yang tidak menceritakan tentang berita yang dikhabarkan oleh doktor di hospital. Dia ingin tahu apa masalah yang melanda dirinya.
Merajuk lagi. Jihyo mengejar Jinhyuk yang sedang memanjat anak tangga ke bilik mereka.
"Hyuk, mari duduk kat saya" Jihyo menepuk ruang kosong di sebelahnya.
"Ada apa? Apa yang doktor bagitahu awak?"
"Saya nak awak bersabar dengan semua dugaan ni" ayat yang keluar dari mulut Jihyo telah menakutkan Jinhyuk. Macam-macam anggapan keluar dari anak fikirannya.
"Jihyo, jangan takutkan saya."
"Sebenarnya masalahnya ada pada saya. Maafkan saya" Ujar Jihyo. Dia cuba untuk menahan gelaknya.
"Choi Ji Hyo, please tell me. Faster. I need to know the condition now. And please, I don't want to lose you" Jinhyuk memeluk Jihyo.
"I'm pregnant!" Jerit Jihyo. Dua perkataan yang memasuki gegendang telinga Jinhyuk diproses dan Jinhyuk tidak terkata. Dia terkejut.
Dia bagaikan tidak percaya.
"WAE?!!!" Jinhyuk menjerit.
YOU ARE READING
Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]
أدب الهواةWarning: Cringe. I'm not in my right mind writing this. =) Write: 2016 Publish: 2016 End: 2020