08

250 26 0
                                    

Keesokan harinya, Jihyo bangun awal untuk menyiapkan sarapan. Bukannya tiada orang gaji tetapi dia sudah terbiasa untuk menyediakan sarapan. Mukanya memerah apabila teringat ciuman yang diberikan oleh Jinhyuk.

Setelah menyiapkan sarapan, dia masuk semula ke dalam biliknya. Sekali lagi, dia tersenyum. Jin Guk masuk ke dalam bilik mereka. Jinguk tidur di rumah Madam Choi semalam.

"Guk-ah,come here." Panggil Jihyo supaya Jin Guk mendekatinya.

"Aunty, can you help me?"

"Yes, what do you want dear?"

"Guk nak mandi dengan uncle" Pinta Jinguk. 

"Guk mandi dengan aunty nak? Kesian uncle, uncle tak sihat lagi. Boleh tak?"

"Okeylah, kalau macam tu, nanti bila uncle dah sihat, Guk mandi dengan uncle."

"Kalau macam tu, aunty tak nak uncle sihat" omel Jihyo dengan nada merajuk.

"Why? Aunty tak suka ke uncle sihat?"

"Dah tu, nanti kalau uncle dah sihat dah takde orang nak main dengan aunty. Semuanya dengan uncle je. Aunty mesti sorang-sorang je. Dahlah takde orang sayangkan aunty. Guk pun dah sayangkan uncle."

"Ala, bukan macam tulah. Guk sayangkan aunty jugaklah! Guk dah tiada omma dengan appa, Guk taknak Aunty pergi. Aunty, promise Guk yang Aunty takkan tinggalkan Jinguk?" Jinguk meluahkan kata-kata yang sudah lama terpendam.

"Hey, Guk. Jangan cakap macam tu. Aunty akan selalu ada dengan Jinguk. You are my baby boy. Okay. Kalau macam tu, jom kita pergi mandi!" jerit Jihyo sambil memaut tangan Jin Guk ke bilik mandi.

Jinhyuk tersenyum lega, sepanjang dia mendengar perbualan Jin Guk dan Jihyo dia mengucapkan terima kasih kepada ommanya yang memberikan dia isteri yang baik untuknya.

--

"Hyuk, Hyuk" Panggil Jihyo berulang-ulang.

"Apa dia?"

"Saya nak pergi hospital sekejap"

"Kenapa?" Soal Jinhyuk yang teprisat-pisat baru sahaja bangun dari tidur.

'aish, banyak tanya pula pakcik ni' bebel Jihyo.

"Ada patient nak jumpa. Penting katanya"

"Takkan dia tak buat appointment dulu?"

"Entah. Saya datang sini nak tanya boleh ke awak hantar saya"

Jihyo memandang ke dalam mata Jinhyuk.

"Eh, takpelah. Tak payah. Saya pergi sendiri je. Lupa pulak yang awak ni tak sihat lagi" belum sempat Jihyo keluar dari bilik tangannya dipegang.

"Eh, kenapa? Tak sihat lagi ke? Sakit kat mana?" Soal Jihyo. Matanya tidak lari dari badan Jinhyuk.

"Tak, aku hantarkan kau" Jinhyuk membantah.

"Awak yakin ke boleh hantar saya?"

"Ish, banyak tanya pulak. Aku dah cakap aku boleh hantar, aku hantarlah"

"Ok, saya tunggu kat bawah"

Jihyo menutup pintu dan menunggu Jinhyuk di kereta.

"Jom" Ujar Jinhyuk yang baru keluar dari pintu utama. Dinginnya masih ada.

Dalam perjalanan ke hospital, Jihyo asyik termenung sehingga menimbulkan persoalan pada Jinhyuk.

"Hah, dah kenapa termenung? Dah nak pecah cermin tingkap kereta aku"

"Takdelah, tiba-tiba terfikir tentang perkahwinan kita"

"Dah kenapa dengan marriage kita?"

"Nothing, just thinking"

Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]Where stories live. Discover now