11

259 27 0
                                    

Syarikat Jinhyuk; The Legacy telah mengadakan family day di sebuah di sebuah villa sempena ulang tahun ke-50. Semua staff dan share partner telah melibatkan diri dalam program ini. Pada masa yang sama majlis untuk diadakan untuk memperkenalkan Jihyo kepada khalayak ramai.

Jinhyuk mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Jihyo kepada para pekerja supaya Jihyo tidak di salah layan oleh para pekerja.

Majlis pelancaran program ini diadakan pada waktu malam, juru acara telah memanggil Jinhyuk ke pentas untuk memberi ucapan, sekaligus merasmikan program tersebut.

"Good evening my fellow. Dah lama saya tak bercakap dengan semua staff The Legacy... Terima kasih kerana masih setia bersama saya walaupun saya panas baran. And by the way, I want to introduce you, my lovely wife. Choi Jihyo. Welcome to the party." Jihyo hanya berdiri dan memberi peghormatan kepada pekerja yang memberi tepukan kepadanya.

Dia tersenyum bangga. Walaupun perkahwinan ini dirancang oleh ibubapa mereka. Mereka tetap dapat merasai kebahagian walaupun untuk seketika.

"Wow, isteri boss cantiklah!" Bisik seorang pekerja lelaki kepada rakan sekerjanya.

"I heard that. She's mine" Jinhyuk berceloteh. Satu dewan terhibur dengan gurauan Jinhyuk. Tetapi tawa itu hanya bertahan seketika sahaja. Tiba-tiba lampu dewan terpadam. Kelam. Jinhyuk yang cuba menenangkan dirinya tidak berjaya apabila teringatkan tentang keadaan isterinya.

Dengan pantas dia menuruni pentas dan menuruni beberapa anak tangga ke meja yang diduduki isterinya. Setelah beberapa minit berlalu, cahaya lampu kembali menerangi dewan. Senyuman Jinhyuk mati apabila, Jihyo tiada di meja.

Puas di mencari. Tiada. Bukan dia sahaja, malah para pekerjanya turut menghulurkan tangan untuk membantunya. Namun, usaha mereka semuanya mendatangkan kehampaan sehinggalah bunyi deringan notifikasi dari telefon pintar Jinhyuk telah menarik perhatian semua.

From: 00-192XXXX

Darling. How are you? You miss your wife a lot huh? It's me your beautiful flower... Kim Nana. Kali ni I lepaskan wife you. But you kena cari dia sendiri. I nak you rasa sakit hati. By the way, dekat tepi chalet tu..ada satu bangunan hotel lamakan..you carilah kat situ. Cepat sikit tau. Sejuk ni. I tak bagi alas untuk panaskan badan wife you...love you darling. This is the starter.

"Shit! Damn you bastard. Tak guna! " Jin Hyuk menyumpah seranah selepas mendapat mesej dari Kim Nana.

"Kenapa boss?" Tanya Jinyoung; PA Jinhyuk.

"Tak de apa. Korang semua boleh bilik. Aku akan settlekan semua sendiri"

"Boss, pasti ke ni?" Jinhyuk hanya mengangguk dan mengatur langkah ke bangunan yang telah dinyatakan.

Bangunan lama, Jihyo buntu. Dia hilang idea untuk melepaskan dirinya dari tempat itu. Setahu dia, setelah dia sedar dia sudah berada di bangunan ini. Kawasan bumbung, gelap dan sejuk telah membuat bulu romanya berdiri.

Matanya pula semakin sukar untuk terus celik. Suhu badannya menurun. Dia sudah lemah. Akhirnya dia terbaring.

Jinhyuk berlari menaiki anak tangga untuk mencari Jihyo. Sudah puas dia menjerit namun tiada sebarang balasan. Dia sudah kecewa dengan dirinya. Dia menyalahkan dirinya kerana tidak mampu untuk menjaga Jihyo untuk seketika.

Dia ke rooftop.

"Kenapa aku tak fikir untuk ke rooftop?" bebel Jinhyuk. Dia memegang tombol pintu. Dipulas, tetapi tidak boleh untuk membuka pintu tersebut. Dia mencuba dengan kuat. Akhirnya dia nekad untuk menendang pintu tersebut.

Matanya berkeliaran mencari isterinya.

"Song Ji Hyo!" teriak Jinhyuk. Dia buntu. Dia telah mengelilingi namun tiada kesan Jihyo.

"Ah!" Dia kecewa dengan dirinya yang tidak mampu melindungi Jihyo.

Namun, dia terhidu bau yang selalu membolehkan dia tidur dengan tenang. Entah kenapa dalam cuaca sejuk, dia mampu menghidup bau Jihyo. Dia melihat sekujur tubuh terbaring lemah di lantai simen yang sejuk. Bibirnya terketar-ketar. Jinhyuk mengatur langkahnya dengan pantas.

Air mata yang mengalir di tubir matanya dikesat pantas. Dengan pantas dia memeluk Jihyo.

Sejuk.

"Jihyo, mianhae.. Hyuk tak mampu jaga Jihyo dengan baik" bisik Jinhyuk.

Jihyo menggunakan segala kudratnya untuk mengusap air mata Jinhyuk. Jinhyuk terpana. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

"Hyuk, Jihyo okaylah. Cuma sejuk sikit je" Pujuk Jihyo.

Jinhyuk mencempung Jihyo dan berjalan ke bilik mereka. Sewaktu perjalanan mereka ke bilik, perkataan maaf tidak lekang dari mulut Jinhyuk.

Para pekerja yang menanti kepulangan mereka tercengang melihat keadaan Jihyo yang lemah. Dia memberi ruang untuk Jihyo merehatkan diri. Matanya tidak lepas memandang Jihyo.

"Aku takkan biarkan apa-apa lagi jadi pada kau. Aku takkan kalah, Kim Nana. Aku tak nak hilang kau. Untuk sesaat pun aku tak kuat. Jangan tinggalkan aku." Omel Jinhyuk sebelum melabuhkan dirinya di sebelah Jihyo.

Dia menarik Jihyo erat kedalam pelukannya. Dan mencium ubun-ubun Jihyo.

"Saranghaeyo"

---

"Kau takkan bahagia! Choi Jinhyuk! Kau tunggu... Song Ji Hyo" marah Kim Nana. Dia mencampak semua barangnya ke lantai.

Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]Where stories live. Discover now