Jihyo balik ke rumahnya dan menghentak kakinya dan terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas sekuat hati. Dia mengomel sendirian. Ommanya kehairanan dengan perangai anaknya bagai halilintar.
"Hadoi! Ego betulah bakal suami aku ni.Macam manalah aku nak hadap muka dia tiap-tiap hari. Macam mana aku nak betulkan dia tu yang sombong, berlagak...aish semua ada. Lengkap. Choi Jin Hyuk. I'll change you."
"Apa yang kamu bebelkan tu? Omma dah siapkan makan malam. Jom kita makan sama-sama." Kedengaran suara ibunya. Terus dia tersentak.
'Mengumpat menantu ommalah ni.' bisik Jihyo.
Dia membersihkan diri dan makan bersama-sama ibunya. Adiknya, Joongki baru pulang dari Universiti diajak makan sekali.
"Omma rasa petang tadi kmau pergi berjumpa dengan bakal suami kamu?" Tanya ibunya kepada Jihyo.
Jihyo yang sedang menguyah makanan terus tersembur makanan yang berada di dalam mulutnya tepat pada muka adiknya.
"Yaish! Noona. Pengotornya dia ni. Macam manalah bila kahwin nanti" bebel Joongki sambil mengelap mukanya yang baru disembur oleh Jihyo.
"Alah, omma baru tanya macam tu dah tersembur. Amacam? Okay tak?"
"Okay apanya, perangai kalah askar komunis. Dahlah garang, ego tinggi pastu ikut sesedap hati sesedap rasa dia je nak tuduh orang ni pisau cukur."
"Eleh, cakap je. Tengoklah nanti bila kahwin dah lupa dah ego tinggi tu semua." Joongki mencelah. Jihyo menjenggilkan matanya.
"Lepas kahwin, entah-entah nuna dah lupakan adik noona yang handsome, macho and etc. Nanti semuanya puji Jinhyuk hyung. Jinhyuk ni...Jinhyuk tu.." Joongki menyambung luahan hatinya.
"Diamlah!" Jerit Jihyo dan menyiku kepala adiknya.
"Omma!" Joongki merengek dan mengadu kepada omma mereka. Mrs. Song hanya tersenyum.
Setelah selesai mengemas dapur, Jihyo masuk kebilik. Dia baring di atas tilamnya. Dia perhatikan siling putih yang kosong. Dijadikan lawan renungan. Terlalu banyak perkara perlu difikirkan.
Akhirnya, dia terlelap.
Keesokkan hari, di Hospital
"Dr. Song jom kita keluar nak tak. Dah lama saya stay sini, saya dah bosan. Lagipun, saya tak pernah nampak doktor yang cantik. Jom. Saya lama lagi ni nak tinggal sini. Jomlah teman saya." Kata Min Jae; pesakit yang selalu mengurat Jihyo.
Boleh dikatakan dia sentiasa bermain mata dengan Ji Hyo. Hanya Jihyo tak melayan. Kalau dilayan, lain pula jadinya.
"Sorry, saya dah ada temujanji." Balas Ji Hyo; dingin
"Okay, takpelah lain kali sajalah. Lain kali, kita keluar berdua ya?" Umpannya lagi.
'Dasar lelaki gatal. Kau ingat aku ni perempuan murahan ke? Blah la. Aku dah ada bakal suami yang lagi hebat daripada kau walaupun perangai dia tu macam Hitler' omel hati Ji Hyo. Eh, memuji Jinhyuk
"Jaga kesihatan encik...jangan nak sibuk menggatal je... Saya ni bukan private doktor encik ya. Saya nak pergi date. Bye. " bebel Ji Hyo
'Hah! Padan muka! Gatal!' Bisik Ji Hyo
Bean Café
Ji Hyo ke cafe untuk berjumpa dengan ommonim. Berdebar pulak dia. Katakanlah si mamat kerek tu ikut sekali. Matilah dia nak melawan mulut.
"Annyeonghaesayo! Madam Choi eh ommonim" Sapa Ji Hyo, ambik kau dah tersasul pulak panggil Madam.
"Just call me ommonim." Tegur Madam Choi
YOU ARE READING
Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]
FanfictionWarning: Cringe. I'm not in my right mind writing this. =) Write: 2016 Publish: 2016 End: 2020