"WAE?!!!" Jinhyuk menjerit. Rambutnya digenggam.
"What? Why?" Jihyo terpana,
'dia taknak anak ke anak ni?' gumam Jihyo kerisauan.
"Kenapa Hyuk yang dapat alahan?" Mulutnya dimuncungkan.
Jihyo tersenyum. Risau juga dia jika Jinhyuk tidak ingin terima anak dalam kandungannya. Fuh, lega.
"Jihyo tanya doktor, kes macam ni sangat jarang tapi ada. Tapi jangan risau, semuanya sama je"
"Hyuk nak Jihyo yang ada alahan, baru Hyuk boleh jaga Jihyo. I can spoil you with everything you want. But now, I can't" Jinhyuk melepaskan keluhan berat.
"Hey, sampai hati nak Jihyo ada alahan. Penat tahu tak. Biarlah awak rasa alahan, nak lahirkan baby ni pun dah cukup sakit. Jihyo tak nak ada alahan" Jihyo cuba untuk merajuk.
"Don't take it that way, what I mean is I want to show you my gentleman side for you" Jinhyuk menarik Jihyo ke dalam pelukannya. Dia mencium dahi Jihyo.
"Hyuk tak payah nak mengidam yang mengarut sangat ya" Jihyo merenung dalam mata Jinhyuk.
"Depends. Kalau teruk, Jihyo kena jaga Hyuklah."
"Dahlah, pergi rehat. Nanti peninglah, nak muntahlah. Hari ni nak makan apa? Jihyo nak masak"
"Em, rasa macam nak makan jajjangmyeon"
"Kita delivery jelah?"
"No, I want my wife cook it for me. Special"
"Hmm, arasseo" ujar Jihyo sebelum keluar untuk ke dapur. Jinhyuk pula melabuhkan dirinya. Dia cuba untuk berehat. Dia mengeluh, bukan mudah bagi orang perempuan untuk mengatasi alahan mengandung.
---
"Hyuk," Panggil Jihyo sambil menggoncang perlahan bahu Jinhyuk.
"Hmm. Apa dia?" gumam Jinhyuk.
"Bangun, saya dah siap makan. Semua orang tunggu awak ni. Bangun cepat"
Jinhyuk merengek. Dia masih mengantuk, dia mengibas kakinya dengan selimut. Jihyo menggeleng. Mananya gentleman side?
"Choi Jin Hyuk, bangun sekarang." Ujar Jihyo dengan tegas, dengan pantas Jinhyuk bangun tegak selepas mendengar arahan isterinya yang menyebut nama penuh.
Jinhyuk berjalan malas ke tandas untuk membersihkan dirinya. Jihyo masih dibilik, dia tahu dan pasti akan ada sesuatu yang tidak kena jika dia tidak pergi bersama suaminya ke bawah. Bukan apa sangat, dia risau jika ditinggalkan, Jinhyuk akan sambung tidurnya.
Jinhyuk keluar dengan muka masam dan masih basah. Jihyo mengeluh dan mengambil tuala muka. Dia mengelap muka suaminya dengan penuh sabar. Matanya dipejam dan senyuman terukir.
'Seronok jugak dimanjakan oleh isteri sendiri'
Jinhyuk memaut tangan isterinya dan menuruni anak tangga ke dapur.
"Let's go!"
Perangai kebudak-budakan Jinhyuk membuatkan Jihyo tersenyum. Teruk betul pembawakan budak terhadap suaminya.
"Hey, preggy mommy" Tegur Madam Choi kepada Jihyo.
"Omma, tak payah nak preggy mommylah sangat. Anak omma ni perangai dia kalah Jihyo yang mengandung ni. Entah perangai siapalah baby ni akan ikut nanti."
"Perangai appa dialah!" Jinhyuk berteriak gembira menanti kelahiran anaknya. Dia tidak sabar menunggu walaupun masih baru sahaja kandungan itu diketahui.
Mereka semua menjamu hidangan yang diminta khas oleh Jinhyuk. Mereka sekeluarga bergurau dan ketawa di meja makan. Kehadiran Jihyo telah membawa warna ke rumah agam Choi. Setelah, kematian beberapa ahli keluarga mereka, rumah itu suram.
Namun, kehadiran Jihyo mengubah segala-galanya.
'Aku harap kebahagian ini, akan berkekalan' – Madam Choi.
YOU ARE READING
Isteri? Ya! Dia isteri saya? [Re-edited]
FanfictionWarning: Cringe. I'm not in my right mind writing this. =) Write: 2016 Publish: 2016 End: 2020