'Zati cepatlah bangun!' Jerit Mia apabila melihat zati yang dari tadi tidak mahu bangun. Dengan bermalas-malasan zati bangun Dan mencapai tuala mandi yang berada di sisi katil untuk ke bilik mandi.
"Apa sahajalah minat senget ni" omel zati dalam hati.***
Telefon bimbit Zati berbunyi. "Zati lepas habis kelas kau teman aku ke mall ye?" Kata mia."Hmm, iyalah" Dengan nada yang sangat malas zati menjawap.
Selepas selesainya kelas pada hari itu Zati terus bergegas ke kereta untuk ke shopping mall. Manakan tidak jika lewat pasti dia terpaksa mendengar bebelan mia.
"Matilah aku kena Bebel dengan Mia" bisik hati kecil zati. Setibanya di mall, dari jauh lagi Zati sudah boleh nampak betapa masamnya muka Mia.
"Mia, I'm so sorry! Aku tersangkut dalam sesak jam".
Mia terus melangkah meninggalkan zati. 'Kau selalu lambat, tak pernah nak on time!' Kata Mia. "Hmm, okay okay lepas ni aku janji tak lewat lagi. Sorry kayy? Aku tak sengaja Jalan sesak gila tadi. Lepas kelas aku terus otw dtg sini, tapi nasib tak menyebelahi aku. Maaf kay ?"."Apa sajalah kau ni. Dah lah Jom ikut aku ke arissa butik yang berada di tingkat tiga".
***
"Aku rasa baju ni tak sesuailah dekat kau mia, apa kata kau pilih baju yang di hujung sana?." Kata zati. "Bagi aku sebab kenapa aku kena pilih baju yang itu!?" Balas Mia. Zati tidak menjawap, baginya baju yang Mia pilih itu tidak sesuai untuk dirinya kerana warna yang di pilih sangat menyerlah. Tapi Zati tidak pula menegur, ini kerana dirinya juga bukanlah pandai sangat tentang fashion warna masa kini.
Selesai membayar mereka terus ke tingkat 6 untuk makan dan terus pulang ke rumah.
**** di rumah
"Wei Zati! Aku lupa nak siapkan kerja yang puan kam bagi !" Kata Mia. Zati berlalu ke meja belajar untuk mengambil sesuatu lalu di hulurkan kepada Mia. "Thanks babe, Sayang kau sorrylah aku lupa nak siapkan. Kau lah penyelamat aku". Lalu Mia berlalu ke biliknya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh atau dengan erti kata lain meniru.
***
Esoknya."Mana kedai yang aku nak pergi tu ye? Rasa macam dekat tingkat 3 tapi apasal takde?" Monolog zati dalam hati.
Zati berlalu pergi ke pintu lift untuk ke tingkat 5 kerna ingin mencari kedai yang ingin di tuju.Gedebuk! Zati sedar yang dia terlanggar sesuatu atau lebih tepat seseorang yang tak di kenali. "Alahai ni yang tak sedap hati ni" bisik hati kecilnya. "Eh, tak nampak ke macam mana kau ni!". Pekik gadis di hadapanya. "Maaflah dik, akak tak perasan tadi" balasnya. "Sejak bila aku jadi Adik kau?!". Gadis itu berlalu pergi dengan muka yang masam mencuka. "Haih, muka lawa dah. Tapi perangai hampeh" omelnya.
Pintu lift terbuka, zati terus masuk ke perut lift Dan menekan butang untuk ke tingkat 5. Hanya ada dia, seorang ibu yang sedang sarat mengandung dengan suaminya. "Kan best kalau dapat bahagia macam tu" bisik hati kecil zati. Sampai di tingkat 5 zati terus berjalan mencari Arah tuju yang sebenar. "Lah, patutlah takde dekat bawah kau dekat sini rupanya kedai baju. Ish, tua sangat dah kau ni zati sampai boleh lupa kedai baju tu dekat sini".
Zati membelek-belek baju yang ingin di beli, tiba-tiba dia terlihat gadis yang di langgarnya sewaktu di tingkat 3tadi bersama seorang lelaki. "Eh, minah tu macam aku pernah nampak? Hah! Minah yang aku terlanggar tadi"Omelnya.
"You dengar sini, I dah tak nak tengok muka you lagi, you boleh berambus!". Kata gadis di hadapanya.
"Baiklah Zara, I akan pergi but you jangan menyesal and jangan cari I lagi sebab you yang buang i dari hidup you. And I akan lupakan you forever my live" balas lelaki di hadapanya.
Zati menyaksikan drama tak bertauliah di hadapannya dengan tekun sekali, manakan tidak, bukan dia seorang sahaja Yang menyaksikan aksi pasangan kekasih itu bertengkar malahan orang-orang sekililingnya juga. "Yang engkorang pi gaduh tengah-tengah mall tu pasaipa, memang jadi tatapan umumlah nak oi"bisik zati di dalam hati.***
Sewaktu di parking."Ni apesal pulak kereta ni main parking je --' mana lah dia dapat lesen kereta"Bebel zati sendiri. Muncul satu suara garau dari satu arah.
"Oh, maaf sebab block kereta Awak. Saya ada emergency tadi. Tak sempat nak cari parking, tu yang block kereta Awak" kata lelaki yang sedang berlari-lari anak mendapatkan zati yang kelihatan bengang.
Dengan keadaan tergesa-gesa lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan terus berlalu tanpa sempat zati berkata apa-apa.
'Eh, dia tu bukan lelaki yang bergaduh sakan dengan gf dia dekat atas tadi ke?" Omel zati di dalam hati. Zati terus memandu keretanya untuk pulang ke rumah kerna hari Sudah senja.***
"Sayang, jom teman abang jogging!". Mahu saja zati terjatuh ke dalam kolam renang saat di sergah suaminya."Hei, terkejutlah, Abang ni kan!" Marah zati. Nizam mengambil tempat di sebelah zati lalu menyandarkan kepalanya ke bahu zati, Konon sweetlah buat gitu. "Sorry Sayang, abang saja nak gurau tak Tahu pula sayang terkejut" balas nizam. "Ye lah, tadi nak ajak pegi mana? Jogging yee. Sayang siap kejap, abang tunggu sini yee". Tanpa sempat di balas oleh nizam, zati terus berlalu pergi Dan menghadiah sebuah ciuman manja di pipi suaminya. Nizam hanya ketawa kecil dengan gelagat spontan isterinya.
"Abang janganlah laju sangat! Penatlah" termengah-mengah zati mengejar suaminya. "Kesian isteri abang ni, penat ye?" Kata nizam. Zati menunjukan muka yang tersangat penat sedangkan dia bukanya berjogging hanya sekadar berjalan semata. Nizam membetulkan tudung isterinya yang sudah tidak terurus itu. Sepanjang waktu di taman nizam tidak banyak bercakap. zati perasaan akan perubahan yang berlaku pada suaminya, tapi bila di tanya jawapan yang di beri hanyalah "abang Sayang isteri abang". Lain yang di Tanya lain pula yang di jawap.
"Okay, Sayang Jom balik. Hari dah lewat petang" kata nizam. Mereka berpimpin tangan untuk ke tempat letak kereta. "abang sayang isteri abang sampai akhir hayat abang" itulah perkataan terakhir yang zati dengar dari mulut suaminya. "Abang jangan tinggalkan sayang, sayang takde sape dah. Sayang ada abang je! Abang bangunlah! Abang!" Dengan sekelip mata dia kehilangan suami tercinta akibat terlibat dalam kemalangan pada petang hari sewaktu perjalanan ingin pulang ke rumah. Kereta mereka di rempuh oleh sebuah lori yang tiba-tiba hilang kawalan.End of flash back.
"Woi, mende kau dok ngelamun tepi kolam ni. Nak kene gigit hantu air ke?!". Apa jadah lah minah ni hantu air ke bendanya. "Eh kau ni, dah bisu pulak ke tak nak jawap soalan aku?" Soal Mia. Mia sedar yang dia Sudah berbuat silap, jelas terpancar di wajah zati yang dia rindukan arwah suaminya. "Zati, kau rindu arwah ye?" Tembak Mia. Zati menanggis lalu memeluk Mia dengan eratnya. Hanya air mata yang dapat menceritakan segalanya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Saat Perit jiwa meronta hanya Mialah tempah dia meluahkan segalanya. Malam berlalu dengan sepi di temani bintang yang menjadi saksi betapa rindunya zati terhadap arwah yang telah pergi menghadap illahi.
YOU ARE READING
JODOH DARI ILLAHI
RomanceMizi seorang Yang tetap pendirian Dan tegas dalam segala hal. Namun sejak mengenali gadis yang bernama Zati hatinya bagai terdetik cinta hakiki. "Apa lagi dia ni nak? Ada je benda yang tak kena aku buat dekat mata kau zati!" - Mizi 'Sebab cinta...