"mana minah ni pegi? penat dah tunggu ni" omel zati . "mok!, sorry lambat aku ada hal tadi dengan encik bai" kata mia. "Jomlah aku nak balik cepat ni, penat dah tunggu kau dari tadi". Mia Dan zati berlalu pergi ke kereta.
***
"Zati, aku nak singgah kedai Cik jah jup. Lapar, tak makan lagi ni. Kau nak kirim apa-apa tak?". Kata mia. "Belikan aku mee goreng je lah eh. Kau belanja, sebab kau Buat aku tertunggu tadikan". "Haa, yelah setakat mee goreng tu apa adahal. Kau stay dalam kereta je ke?". "Aku stay dalam kete je lah. Panas ni" balas zati. Mia menunjukkan tanda okay Dan berlalu pergi ke dalam gerai.*rigntone shawn mendes show you* telefon zati berbunyi "hello, mak?". " wa'alaikumusalam" balas mak zati. 'erk, hee. assalamualaikum' ah sudah mak perli ni omel zati. "kamu ni, benda senang pon selalu lupa nak ucap, ni mak nak mintak tolong ambilkan adik kamu dekat asrama dia hujung minggu ni, boleh tak?' kata mak zati. "oh, pasal tu bleh je mak. anything for you. hehe" balas zati. "kalau macam tu ok lah. mak sibuk sikit hujung minggu ni, maklumlah anak mak long nak kawin dah minggu depan. banyak persiapan nak kena buat". "oh okay mak. zati faham". balas zati. "kamu jangan lupa balik minggu depan, kang merajuk mak long kamu, mak tak tahu", "in shaa allah mak zati balik dalam hari jumaat malam macam tu". "ok lah, jangan lupa ambil adik nanti. karang merajuk pula dia. assalamualaikum", " ok mak, wa'alaikumusalam". ***15 minit kemudian. "jom gerak, maaf lambat sikit. tadi aku borak dengan kawan aku" kata Mia. "takpe, jomlah gerak aku pon dah penat ni" balas Zati. perjalanan pulang mereka hanya bertemankan bunyi lagu dari corong radio semata. Mia telah terlelap di tempat duduk sebelah pemandu, Zati hanya fokus dengan pemanduannya.
***
selepas solat magrib aku terus bertapa di dalam bilik, tiada niat untuk menonton telivision. Malam yang sunyi bertemankan bunyi cengkerik dan kipas. Tiba-tiba air mata aku jatuh tanpa aku sedar. 'Aku rindukan dia" bisik hati kecilku. 2tahun sudah berlalu namun peristiwa itu masih segar di ingatan. Saat bahagia menyapa diri, ujian pula datang merapati. Allah sahaja tempat untuk aku mengadu kasih dan hiba. Manakan tidak, baru setahun aku mendirikan rumah tangga suamiku telah pergi menghadap illahi. kasih yang baru sahaja ingin di semai kian terbuku di dalam hati. Tidak aku salahkan takdir illahi, memang itu ujian untuk diri ini. Meski susah untuk aku lalui namun aku pasti jalan cerita ini lebih baik dari apa yang aku ingini. Aku ingat pada satu kata-kata ini "Allah tak beri apa yang kita MAHU, tapi Allah beri apa yang kita PERLU". 'Ya Allah, sungguh aku redha akan ujianmu". malam kian berlalu, aku terlena dengan dengan tangisan yang pilu. allah sungguh aku rindu.
YOU ARE READING
JODOH DARI ILLAHI
RomanceMizi seorang Yang tetap pendirian Dan tegas dalam segala hal. Namun sejak mengenali gadis yang bernama Zati hatinya bagai terdetik cinta hakiki. "Apa lagi dia ni nak? Ada je benda yang tak kena aku buat dekat mata kau zati!" - Mizi 'Sebab cinta...